I - O5

59 18 5
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ DAUN PINTU ditolak daripada luar. Empat pasang mata yang berada diruang tamu itu mula menoleh kearah pintu masuk utama rumah.

"Jaja?" soal Marissa.

Dayana tersengih kecil. Gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Pintu rumah dikatup rapat.

"Boleh tak kau orang pergi pakai tudung kejap? Yad nak masuk hantarkan bagasi aku ke atas." ujar Dayana.

Masing - masing mula bangun daripada duduk kecuali Irisy. Marissa berlari kearah penyangkut yang berada dibelakang pintu utama.

"Hoi, itu tudung aku!" laung Nuriman. Namun Marissa hanya memekakkan telinganya. Terus selendang itu dililitkan ke kepalanya.

Iman mencebik. Tudung yang sudah terlilit kemas pada kepala Marissa itu ditarik kasar. Habis kebelakang selendang yang terletak elok pada kepala gadis itu.

"Deserve." ujar Iman. Gadis itu menjelirkan lidahnya kepada Marissa.

Iman melangkah kearah bilik tetamu yang berada dibawah. Selang beberapa saat, gadis itu keluar dengan memakai sehelai tudung sarung.

Irisy terkekeh perlahan. Bapak kabut budak - budak ini. Dianah seorang sahaja yang santai mengambil tudungnya.

Sampai ke Marissa dan Iman, habis. Siap berebut tudung lagi budak berdua itu.

Dayana menoleh kearah ruang tamu. Selepas memastikan semuanya sudah selesai memakai tudung── kecuali Irisy kerana gadis itu bukanlah seorang hijabist ──dia menarik daun pintu semula.

Terpampang susuk tubuh Ziyad yang sudah pun berdiri dihadapan pintu rumah tersebut. Dayana menayangkan sengihan kecil.

"Kejap, saya tunjuk mana bilik saya." ujar Dayana. Ziyad hanya mengangguk.

Gadis bertudung bawal itu melangkah naik ke tingkat atas, diikuti dengan Ziyad dibelakangnya.

Masing - masing yang berada diruang tamu mula terpinga - pinga. Keempat - empat gadis itu saling melontarkan pandangan bingung.

"Apahal Jaja itu?" soal Iman.

Irisy menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

"Gaduh dengan Yad ke?" sangkal Marissa pula.

"Tak akanlah gaduh dengan Yad pula. Kan Yad yang angkatkan beg dia itu." ujar Dianah.

Lagian pula, mereka belum pernah dengan isu Dayana bergaduh besar dengan Ziyad. Budak berdua itu mana pernah bergaduh. Masing - masing mempunyai kadar tolenrasi yang tinggi.

"Mungkin Yad ada urusan luar kot? Sebab itu dia hantar Jaja ke sini." ujar Irisy. Gadis itu menjungkitkan bahunya.

Lima minit kemudian, Dayana dan Ziyad turun ke lantai bawah secara beriringan. Gadis itu berjalan kearah pintu diikuti dengan Ziyad.

Dayana menghulurkan tangan bagi menyalami tangan si suami. Ziyad menyambut huluran gadis itu. Kemudian, kekura tangan Ziyad dikucup ringkas oleh Dayana.

"Kalau dah sampai nanti call." pesan Dayana.

"Baik, bintang. Jaga diri. Kalau ada apa - apa beritahu saya cepat."

Gadis itu mengangguk. Senyuman manis dikuntumkan buat Ziyad. Lelaki bertubuh kecil itu terkekeh kecil. Ruas dahi Dayana dikucup ringkas sebelum menapak kearah Honda berwarna hitam milik Ziyad.

Selepas sahaja kereta berpacuan empat roda itu meluncur pergi, Dayana menutup rapat pintu besi rumah. Gadis itu menoleh kearah ruang tamu.

Mata - mata milik penghuni rumah tersebut tertumpu kepadanya. Dapat dilihat jelas pelbagai jenis reaksi yang ditayangkan oleh rakan - rakan serumahnya itu.

SempurnaWhere stories live. Discover now