I - 16

49 16 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ BABY NANTI janganlah dingin sangat dengan Hazaen. Memanglah pada awalnya, bukan Hazaen yang menjadi pilihan hati baby."

Irisy Zhafirah sibuk melilit tudung buat si adik.

Irisy hanya menggumam kecil. Rasanya dia tidaklah terlalu berkasar dengan Hazaen. Cuma dia lebih selesa mendiamkan diri daripada berbual. Mungkin dia masih belum terbiasa dengan Hazaen.

"Jangan melawan cakap Hazaen. Ingat, Hazaen itu suami baby. Nanti jatuh hukum berdosa." pesan Irisy Zhafirah lagi.

"Baby tahulah, Kak Ngah. Boleh tak kita berhenti bahas tentang Hazaen? Baby kurang suka."

"Apa yang baby tak suka tentang Aen itu? Kak Ngah tengok Hazaen itu baik sahaja."

Irisy mengeluh kesal. Kenapalah semua orang disekitarnya sentiasa memuji Hazaen sampai melambung pujiannya? Kalau boleh ditadah segala pujian yang diberikan kepada lelaki itu, pasti sudah berbaldi - baldi penuhnya.

"He's a model. He's a well-known person, Kak Ngah. And he's a good-looking person too. Kak Ngah percaya ke yang dia itu tak ada girlfriend? Silap - silap baby ini simpanan dia sahaja." seloroh Irisy.

"Astaghfirullahaladzim, apa cakap Aen macam itu? Tak baik tahu tuduh melulu?"

"I said what i said. Kak Ngah tengoklah, dia kahwin dengan baby pun sebab tak mahu orang tua dia dan orang tua kita malu. That's it." Irisy masih lagi dengan pendiriannya.

"Baby baharu kahwin dengan Hazaen hari ini. Baring sekatil pun belum lagi. Tetapi tengoklah baby── kemain lagi mengata suami."

"Kak Ngah cuba fikir. Tak akanlah lelaki sesempurna Hazaen itu tak ada kekasih?" soal Irisy. Kali ini tangannya dilipatkan ke dada.

Irisy Zhafirah baru sahaja selesai melilit tudung adiknya itu. Irisy sudah pun siap untuk menghadiri majlis sandingnya sendiri.

Gadis berperan kakak itu menggelengkan kepalanya. Malas mahu menambah - nambah lagi. Susah bercakap dengan anak bongsu ini. Mahu menang sahaja.

"Kak Ngah nak panggil Hazaen. Nanti baby turun dengan Aen. Kak Ngah tak larat nak gendong baby." ujar Irisy Zhafirah.

Setelah selesai mengemas barangannya, Irisy Zhafirah terlebih dahulu melangkah kearah pintu. Ditinggalkan sahaja adiknya itu tanpa berpamitan.

Klak. Tombol pintu dibuka.

Hampir sahaja Irisy Zhafirah mahu menjerit sebaik sahaja melihat susuk tubuh yang berada dihadapan muka pintu.

Cepat - cepat tubuh adik iparnya itu ditolak lalu pintu bilik dikatup rapat.

"Hazaen dah lama ke berdiri dekat luar ini?"

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SAKIT. SUMPAH sakit hatinya.

Tetapi dia tidak boleh berbuat apa - apa. Dia hanya mampu bermain tarik tali dengan diri sendiri sahaja.

Sebegitu bencikah Irisy kepadanya? Apa dia masih belum cukup baik dimata isterinya itu?

Bagaimana dia mahu memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Irisy? Bagaimana cara untuk dia, Hazaen Idham── meluahkan perasaan kepada gadis itu.

Masih belum cukupkah perlakuannya beberapa hari ini bagi membuktikan perasaannya kepada Irisy Zhulaiqa?

Apa masih kurang?

SempurnaWhere stories live. Discover now