II - 14

32 9 1
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ   BUNYI DERINGAN telefon pintar memenuhi segenap ruangan ruang tamu rumah sewa wanita itu. Telefon pintarnya yang berada diatas meja kecil diambil.

Tanpa melihat nama si pemanggil, Irisy menjawab panggilan tersebut.

“Hello?” sapa Irisy sebaik sahaja talian disambungkan.

“Saya dah ada dekat luar rumah awak ini.”

Spontan Irisy menjarakkan semula telefon pintarnya daripada kuping telinga. Tak salah lagi yang menelefonnya ialah Hazaen.

Wanita itu menamatkan panggilan telefon. Langkahnya diatur ke arah pintu utama rumah sewanya. Figura yang berdiri diluar pagar rumahnya ditinjau melalui tingkap.

Sudah hampir seminggu dia tidak bertemu dengan Hazaen setelah wawarcara lelaki itu bersama dengan pihak media.

Dan hari ini── entah kenapa lelaki itu muncul dihadapan rumahnya.

Tudung sarung yang tersangkut dibelakang pintu, Irisy ambil lalu menyarungkan ke kepalanya. Tombol pintu dipulas lalu daun pintu ditarik perlahan.

Serentak dengan itu, figura manusia yang sedang bersandar pada kereta itu menoleh ke arah Irisy. Senyuman manis dikuntumkan oleh lelaki tersebut.

“Awak buat apa datang rumah saya?” soal Irisy datar. Entah kenapa dia tiada mood mahu bercakap dengan Hazaen sekarang ini.

“Saya datang nak jemput Arell.”

“Buat apa? Awak nak bawa anak saya ke mana?” soal Irisy lagi. Kali ini, wanita itu bercekak pinggang.

“Anak kita.” Hazaen membetulkan ayat Irisy sebentar tadi. Tidak lupa juga menekankan perkataan tersebut.

“Anak saya, okay! Suka hati awak aja mahu mengaku anak saya, anak awak!”

“Sekarang ini, Arell ber‘bin’kan siapa?” soal Hazaen seraya bercekak pinggang.

Nampaknya Hazaen tidak mahu kalah dengan Irisy kali ini.

“Macamlah saya heran dia ber‘bin’kan siapa. Persoalannya sekarang ini, siapa yang besarkan dia selama lima tahun ini? Saya ke awak?” soalan Hazaen tadi dipulangkan semula dengan soalan lainnya.

Lelaki itu terdiam. Perlahan - lahan raut muka Hazaen berubah. Niatnya mahu bergurau sahaja dengan Irisy sebentar tadi.

Tak sangka pula kena batang hidung sendiri akhirnya.

Cherie saya──”

“Umi! Abi dah sampai ke?” laung Hairell daripada dalam rumah.

Anak kecil itu berlari daripada lantai dua dan berhenti apabila sampai dimuka pintu. Si ayah yang berada diluar pagar itu dilihat olehnya.

“Abi, Arell dah siap!” ujar anak kecil itu seraya berlari ke arah Hazaen yang berada diluar pagar.

Irisy yang berada dimuka pintu itu terkebil - kebil. Penampilan anak lelakinya itu diperhatikan.

Sejak bila Arell bersiap? Anak lelakinya itu sudah pun lengkap berpakaian kemas.

Pintu pagar, Hairell buka. Terus figura mini melulu memeluk tubuh ayahnya. Senyuman riang jelas kelihatan pada wajah anak lelaki itu.

“Petang nanti saya datang jemput awak. Bersiaplah, saya mahu bawa awak keluar. Tetapi sebelum menjelang petang, saya mahu bawa Arell dengan saya.” ujar Hazaen.

Irisy menggelengkan kepalanya, “Saya tak mahu keluar dengan awak dan jangan bawa Arell keluar.”

“Kali ini aja, Irisy. Saya mahu clear-kan semuanya pada awak. Keluar dengan saya ya, cherie?

SempurnaWhere stories live. Discover now