I - O8

46 18 7
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ PINTU UTAMA rumah tersebut diketuk berkali - kali, kasar. Amarahnya sudah sampai. Dia tekat jika Hazael membuka pintu sebentar lagi, dia bakal habiskan lelaki itu.

Klak. Tombol pintu dipulas.

Sebaik sahaja pintu dibuka, gadis itu melayangkan tumbukan tepat pada tulang pipi lelaki tersebut.

"Hazaen!"

Maka dengan ini, Hazaen Idham rasmi menjadi mangsa keempat yang makan penumbuk seorang Dayana Zhalifah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TENGKUKNYA DIUSAP kasar. Pandangannya tidak lepas daripada memandang jari - jemari kaki yang berbalut stokin itu.

Alahai, malunya. Ini bukan setakat malu, rasa bersalah turut menghujam dirinya.

"Nasib sahaja rumah aku jauh daripada orang - orang. Tak adalah kau kena hujat dengan peminat aku nanti." herdik lelaki itu.

Icepack dilekapkan pada tulang pipi. Tipulah kalau tak sakit kena tumbuk dengan Dayana. Bahkan Ziyad turut mengadu betapa sakitnya apabila isterinya melayangkan tumbukan pada lelaki tinggi lampai itu.

"Maaflah. Aku fikir Hazael yang bakal buka pintu rumah ini. Ternyata silap. Kau buat apa dalam rumah Hazael?" soal Dayana.

"Cari Hazael."

Spontan Dayana mengerutkan dahinya, "Apa kena mengena kau dengan Hazael?"

"Siblings."

Dayana mengangguk faham. Patutlah rupa lebih kurang sahaja. Adik - beradik rupanya.

"Yang kau ke sini buat apa? Cari Hazael juga?" soal Hazaen dan gadis itu mengangguk.

"Kurang daripada seminggu Hazael dan Irisy bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Jadi aku perlukan dia untuk melawat Irisy sekarang. Masalahnya lelaki itu menghilangkan diri pula." kelutuk Dayana.

Kemudian, gadis itu mengangkat wajahnya. Seolah - olah teringatkan sesuatu.

"Waktu kemalangan itu berlaku, aku fikir Hazael adalah orang terakhir yang bersama dengan Irisy. Ternyata aku silap."

Dayana jeda. Wajah Hazaen dipandang, "Macam mana kau boleh ada dengan Irisy pagi kemalangan itu?"

Ya, lelaki yang bertanggungjawab atas tindakan mengejarkan Irisy ke hospital adalah Hazaen Idham. Lelaki yang Dayana ajak berbual malam semalam.

Lelaki yang datang melawat Irisy senja semalam.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

GREP!

LENGAN bajunya ditarik kasar oleh si pemanggil.

"Apa?" soalnya. Nada suaranya agak kedengaran kasar. Lengannya direntap kasar daripada pegangan gadis berkacamata itu.

"Kau yang kejarkan Irisy ke hospital, bukan?" soal gadis itu.

Dia hanya diam. Tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan.

"Aku mahu ucapkan terima kasih kerana telah bantu Irisy. Maaf kalau tingkah aku agak lancang tadi." ucapnya.

Anak matanya turun pada kad pelajar yang tergantung pada leher gadis berkacamata tersebut. Sebaris nama itu dibaca lantang.

SempurnaWhere stories live. Discover now