I - 37

40 14 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ KEADAAN BILIK disemak terlebih dahulu sebelum daun pintu dikatup oleh Hazaen. Lelaki itu melangkah kearah tangga bersama dengan bagasi ditangannya.

Tiba sahaja dilantai bawah, bagasi diletakkan disamping muka pintu terlebih dahulu. Irisy yang berada diruang tamu, Hazaen hampiri.

Ruang kosong yang berada disamping Irisy, Hazaen ambil. Terus bahu isterinya itu dirangkul kemas── ditarik tubuh Irisy supaya merapati dirinya.

Gadis itu rancak berbual dengan Puan Intan. Entah apa yang dibualkan oleh dua orang wanita kesayangannya itu pun dia tidak tahu.

"Dah nak gerak dah ke?" soal Puan Intan kepada anak sulungnya.

"Kalau bonda masih nak berbual dengan Irisy, teruskanlah. Jen boleh tunggu."

"Bonda dah habis berbual dah dengan Irisy. Ha, moh leh beransur ke luar. Bonda iring sampai ke kereta." ujar Puan Intan. Wanita paruh baya itu bingkas bangun daripada duduknya.

Hazaen dan Irisy turut bangun daripada duduk mereka. Dibiarkan Puan Intan berjalan terlebih dahulu. Seterusnya, baharulah sepasang suami isteri itu membontoti langkah Puan Intan.

Irisy menyenggol bahu Hazaen. Spontan Hazaen menundukkan pandangannya. Irisy yang lebih rendah itu dipandang bingung.

"Tak nak sarapan dahulu ke?" soal Irisy separa berbisik.

"Kita sarapan dekat luar aja. Saya ada jumpa kedai yang rate dia bagus. Alang - alang boleh dating." ujar Hazaen. Sebelah mata dikenyitkan.

Irisy menayangkan muka menyampah. Tidak lupa juga buat memusingkan bola matanya Hazaen ini makin tua, makin gatal. Tak padan dengan umur langsung.

Sepasang suami isteri itu berjalan kearah kereta. Puan Intan sudah pun menunggu Hazaen dan Irisy disamping kereta.

"Lepas ini Jen dengan Irisy nak terus balik ke atau nak ke tempat lain?" soal Puan Intan.

"Jen kata──" Irisy jeda. Pandangan yang diberikan oleh Puan Intan berjaya mematikan ayatnya.

Irisy menyungging sengih, "ABANG kata, dia nak keluar sarapan dahulu. Ye tak ye, ABANG?" perkataan 'abang', sengaja Irisy tekan.

"Iya, sayangg."

Hazaen pandang Irisy. Irisy pandang Hazaen. Spontan sepasang suami isteri itu menghamburkan tawanya.

"Kalau belum selesa, tak payahlah nak panggil macam itu. Kekok bonda mendengarnya." keluh Puan Intan. Ada - ada sahaja tingkah budak berdua ini.

"Eh, mana ada. Irisy okay jelah. Kan, abang?"

Hazaen mengangguk, "Iya, bonda. Jen okay sahaja. Mana ada kekok."

Serentak dengan itu, Puan Intan mencubit lembut lengan Hazaen dan Irisy. Ini mesti sengaja mahu menyakat dia.

"Ee, budak berdua sama.Ada sahaja tingkahnya mahu menyakat bonda. Dah, dah. Pergi balik sana. Bonda halau ini."

Lagi - lagi Hazaen dan Irisy menghamburkan tawa. Hazaen mencapai tangan si ibu. Dikucup lembut kekura tangan si ibu. Seterusnya, Irisy turut melakukan perkara yang sama.

Tawa kedua - duanya masih lagi bersisa.

"Sampai hati bonda halau kita orang." cebik Irisy. Muka sedih sengaja dibuat - buat.

"Iya, memang sampai pun hati bonda. Dah, balik cepat. Nanti minggu depan, datang lagi." halau wanita bergelar bonda itu.

Pintu kereta, Hazaen bukakan buat si isteri. Selepas sahaja Irisy melangkah masuk ke dalam perut kereta, pintu kereta dikatup semula. Sempat dia menurunkan tingkap kereta terlebih dahulu sebelum menutup pintu.

SempurnaWhere stories live. Discover now