II - O2

40 10 4
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ JA, HARI ini aku pergi airport dengan ibu dan ayah. Kak Ngah aku baru balik menunaikan Umrah. Nanti bagitahu Yad, Arell tak sekolah hari ini."

"Ha, iyalah. Nanti aku call Yad. Kirim salam aku pada Kak Ngah. Aku ada kerja ini, aku letak dulu." pamit Dayana sebelum wanita itu meletakkan panggilan.

Irisy kembali memasukkan telefon pintar ke dalam beg tangan. Sudah hampir setengah jam mereka menunggu namun bayang Irisy Zhafirah dan abang iparnya tidak kelihatan langsung.

“Mana Kak Ngah ini, ibu? Flight dia landing sebenarnya pukul berapa? Bapak lambat.” rungut Irisy.

“Sabarlah, Irisy oi. Kak Ngah baru nak pick - up luggage ler itu. Kejap lagi sampailah dia. Kalau bosan menunggu, pergilah bawa Arell beli aiskrim.”

“Tak nak. Budak ini kerja dia makan aiskrim aja. Lama - lama gigi itu rosak tahulah.” ujar Irisy. Sempat dia mengerling kearah Hairell.

Anak lelakinya itu berlari kearah Puan Indah. Tubuh neneknya dipeluk erat. Hairell menyembamkan wajahnya pada bahu Puan Indah.

“Nenek tengok, umii.” adu Hairell.

“Sikit - sikit mengadu dengan nenek. Sikit - sikit mengadu dengan nenek. Nenek itu, mak umi tahu?”

Aip, Irisy. Dengan anak pun nak bergaduh. Ibu pelengkung kepala kamu karang.” tegur Puan Indah bersama dengan kekehan tawa dihujung ayatnya.

Irisy mencebik. Ibu ini sejak dua menjak ada cucu, kerjaannya menangkan cucu sahajalah. Tak ada lagi Puan Indah yang selalu menangkan Irisy. Sekarang, Puan Indah benar - benar sudah berpaling tadah daripadanya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TELEFON PINTAR melekap elok pada kuping telinganya. Sambil berjalan, dia juga terpaksa mendengarkan suara si pemanggil.

“Iya, iya. Aku dah turun dah ini. Tinggal nak ke pintu keluar sahaja. Nanti kalau dah nak sampai rumah kau, aku call semula.” ujarnya seraya menamatkan panggilan.

Lelaki berbaju biru itu meneruskan langkahnya. Jam yang melingkar pada pergelangan tangan dikerling sebelum langkahnya semakin dilajukan.

Bum!

Spontan dia memegang dahinya. Dia barusan sahaja berlaga dengan seseorang. Pantas dia mengangkat wajahnya.

Figura yang dilanggarnya sebentar tadi turut memandang kearahnya. Kedua - duanya saling terkejut. Mangsa yang dilanggar oleh dia sebentar tadi menekup mulutnya.

“Hazaen?” soal figura tersebut.

Dia mengukir senyuman kecil, “Kak Ngah...”

“Ya Allah, Hazaen ke ini? Lainnya kamu, Jen. Nyaris sahaja Kak Ngah tak cam kamu.” seloroh Irisy Zhafirah.

Penampilan figura yang berada dihadapannya itu dipandang. Setelah hampir lima tahun tidak bersua dengan lelaki itu, akhirnya mereka bertemu juga.

Hazaen kelihatan lebih tampan daripada sebelumnya. Cuma tubuh bekas adik iparnya tu kelihatan sedikit susut.

Mungkin lelaki itu kehilangan berat badan sepanjang lima tahun kebelakangan.

“Iya, Aen-lah ini. Kak Ngah dengan siapa?” soal Hazaen.

“Kak Ngah dengan suami Kak Ngah, lah.”

Hazaen memandang Irisy Zhafirah dengan pandang tidak percaya, “Kak Ngah dah kahwin? Bila Kak Ngah kahwin?”

SempurnaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ