I - 48

35 14 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  HARI INI sudah pun masuk hari ke-tujuh. Secara tak langsung hari terakhir sebelum semuanya berakhir.

Dan sepasang suami isteri itu masih belum mendapatkan kata sepakat dan kata putus. Begitu juga bagi Hazaen. Dia masih belum dapatkan kepercayaan daripada si isteri.

“Ha, Aen. Mehlah turun sarapan sekali. Ibu ada masak mee goreng.” pelawa Puan Indah.

Lelaki yang berdiri diatas anak tangga itu mengukir senyuman nipis. Dia mengangguk sebelum melangkah turun ke lantai bawah.

Langkah dihayunkan kearah dapur. Kerusi kosong yang berada disamping Irisy, Hazaen ambil. Spontan si isteri menyeret kerusi supaya tidak terlalu rapat dengan Hazaen.

Lelaki itu mengeluh kecil. Irisy benar - benar tidak mahu rapat dengannya. Wanita itu berubah banyak sepanjang seminggu ini.

“Lepas makan nanti, ayah ada benda nak bincangkan dengan kamu berdua. Hazaen nak masuk kerja ke hari ini?” soal Encik Fauzan.

Hazaen menggelengkan kepalanya, “Lewat sikit kot Aen masuk kerja hari ini.”

“Baguslah kalau macam itu. Kita makan dulu. Selesai makan baru kita bincangkan hal tersebut.” ujar Encik Fauzan lagi.

Sepertinya hal yang mahu dibincangkan oleh bapa mertuanya itu kedengaran serius. Sudah tentu perkara itu bakalan berkait rapat dengan Hazaen dan Irisy.

“Jemputlah makan, Aen. Jangan pandang aja mee itu. Tak akan mahunya mee itu terbang sendiri masuk ke dalam mulut kamu.” ujar Puan Indah pula. Kemudian, ayat wanita paruh baya itu diiringi dengan kekehan tawa.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SELESAI SARAPAN, keempat - empat figura manusia itu berkumpul diruang tamu. Encik Fauzan duduk disamping Puan Indah manakala anak dan menantunya duduk bersebelahan disofa berhadapan dengannya.

Sampul berwarna coklat tua diletakkan keatas meja oleh Encik Fauzan. Tidak lupa juga dengan sebatang pen disamping sampul berukuran A4 tersebut.

“Ayah nak Hazaen baca isi sampul itu dengan Irisy. Ayah harap keputusan yang ayah buat ini dapat diterima oleh kamu berdua.” ujar Encik Fauzan.

Hazaen mencapai sampul berwarna coklat tua itu. Seterusnya, isi sampul tersebut dibawa keluar. Terdapat beberapa lembaran kertas dalam sampul tersebut.

Irisy merapatkan jaraknya dengan Hazaen. Isi kandung surat itu dibaca bersama dengan Hazaen. Spontan sepasang mata cantik itu terbeliak.

Wanita itu bingkas bangun, “Ayah, baby minta ayah dengan ibu bagi jalan penyelesaian bukannya selesaikan terus semua ini.”

Baby minta jalan penyelesaian, ayah bagi jalan penyelesaian yang baby minta.”

“Bukan juga dengan cara bercerai, ayah.” bidas Irisy.

Ya, isi kandungan lembaran tersebut ialah tentang penceraian Hazaen dan Irisy. Dia sendiri terkejut setelah membaca lembaran tersebut.

“Ayah titipkan Irisy pada Hazaen untuk kamu berdua saling wujudkan rumah tangga yang baik. Ayah fikir Aen boleh jaga puteri ayah tetapi apa yang Aen buat?”

Hazaen hanya diam. Lembaran tersebut dipandang kosong. Dia tidak tahu mahu beri reaksi apa sekarang.

Perasaannya bercampur baur.

“Keputusan ayah muktamad, baby. Ayah rasa itu sahaja jalan yang terbaik sekarang ini.” putus Encik Fauzan.

“Tetapi ayah──”

SempurnaWhere stories live. Discover now