II - PROLOGUE

44 12 5
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ TERIMA KASIHLAH, Ja. Susahkan kau sahaja nak tolong hantarkan Hairell ke tadika.”

“Eh, kau ini. No worries ah. Lagi pun tak ada susah mananya pun. Anak kau kan satu tadika dengan anak aku. Ziddane itu lagi suka kalau pergi sekolah dengan Hairell.” ujar Dayana.

“Terima kasih sekali lagi. Aku nak kena ke hospital cepat sikit. Hari ini ada urusan dengan budak lab. Nanti balik tadika, kau tak payah jemput Arell. Nanti aku jemput dia.” pesan Irisy.

“Tak apa. Nanti aku suruh Yad jemput Arell. Kau jangan risaulah. Settle -kan dulu kerja kau. Nanti dah settle, datang pick up Arell dekat rumah aku.”

Irisy mengangguk faham. Selama lima tahun hidup sendiri ini, Dayana merupakan salah seorang yang sangat berjasa kepadanya.

Daripada mula Irisy melahirkan hinggalah anaknya, Qawish Hairell menginjak umur lima tahun pada tahun ini.

“Arell, mari sini salam umi. Iedan pun sama.” panggil Dayana.

Dua orang nak kecil itu berlari kearah Dayana dan Irisy. Anak lelaki pertama yang sampai dihadapan Irisy, ialah Hairell sendiri.

Tangan kanan Irisy, Hairell capai. Dikucup lembut kekura tangan si ibu, “Arell pergi dulu.”

“Jangan buat perangai dekat sekolah. Dengar cakap cikgu. Nanti time balik, Arell balik dengan abi Yad, okay?”

Hairell mengangguk faham, “Okay, umi! Arell pergi sekolah dulu.”

Irisy mengangguk kecil. Sempat dia mengusap lembut rambut anak lelakinya itu.

“Hei, Iedan. Salam umi Irisy cepat. Mama nak hantar awak ke sekolah ini.” ujar Dayana.

Anak lelaki bernama lengkap Ziddane Najmi itu mencapai tangan kanan Irisy. Kekura tangan wanita itu dikucup ringkas.

Bye, bye umi.”

Bye, Iedan. Belajar elok - elok. Ini nanti mesti pandai macam mama dia.” ujar Irisy sembari mencubit lembut pipi Ziddane.

Comel betul anak Dayana yang seorang ini. Rupa Ziddane dan Ziyad sebiji betul. Orang kata, copy paste bulat - bulat without edit.

“Aku gerak dululah, Ju. Kau bawa kereta elok - elok. Jumpa petang nanti, lepas kau selesai kerja.”

“Terima kasih, Ja.”

No worries, Irisy. See ya!

Irisy mengangguk kecil. Senyuman manis terukir pada wajah gadis bertudung itu. Selepas sahaja memastikan kereta Dayana meluncur keluar daripada kawasan perumahan, barulah Irisy mengatup rapat pintu utama rumah.

Dia mengeluh kecil. Nasib sahaja ada Dayana dengannya. Jadi boleh Irisy minta tolong hantarkan Hairell ke tadika.

Kebetulan pula, dia ada urusan mendesak di hospital. Mana sempat jika dia mahu ke hospital dan menghantar Hairell ke tadika.

Mahu lambat ibu anak sorang itu jadinya.

Selama lima tahun ini juga, dia tidak pernah dengar cerita tentang Hazaen Idham── bekas suaminya.

Lelaki itu berhenti daripada bermain dengan kereta lumba. Segala media sosial milik Hazaen turut mati. Seolah - olah lelaki itu hilang ditelan bumi.

Kali terakhir Irisy bersua dengan Hazaen adalah ketika tarikh persidangan mereka. Selepas daripada itu dia langsung tidak mendengar khabar tentang Hazaen lagi.

Puan Intan dan Encik Hazreen juga tidak tahu mana perginya putera sulung mereka itu. Hazaen hilang tanpa khabar.

Irisy masih ingat lagi── sebulan selepas mereka sah bercerai. Waktu itu, dia terlewat datang bulan. Rupanya, wanita itu disahkan mengandung.

Pelbagai cara Irisy dan keluarga lakukan untuk menghubungi Hazaen tetapi lelaki itu tidak dapat dihubungi langsung.

Bahkan nombor telefon lelaki itu sahaja mati. Hazaen benar - benar hilang selepas mereka bercerai.

Irisy mengeluh kecil. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Jam yang tergantung elok pada dinding rumah, Irisy kerling.

Sudah hampir pukul tujuh setengah pagi. Dia perlu segera ke hospital sebelum menjelang pukul lapan pagi.

SempurnaWhere stories live. Discover now