I - 14

43 15 17
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ RIUH - RENDAH kedengaran memenuhi segenap ruangan rumah Puan Indah dan Encik Fauzan.

"Awak masuklah dahulu. Saya nak tolong abang Jen dahulu." ujar Ziyad. Tubuh Dayana ditolak masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.

Dayana hanya mengangguk. Sepasang kasut Converse dibuka. Kemudian, Ziyad mengambil kasut milik Dayana.

"Masuklah, biar saya susunkan."

"Terima kasih, Jie."

Ziyad mengangguk kecil. Kepala isterinya yang masih berlapik tudung itu diusap lembut. Sudah jadi rutinnya buat menyusunkan kasut gadis itu.

"Sama - sama, bintang."

Gadis berkacamata itu melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Tujuan pertamanya adalah ruang tamu.

Rakan serumah Dayana sudah pun berkumpul dipusat ruang tamu. Tanpa berlengah, dia mengambil tempat kosong disebelah Dianah.

Spontan gadis yang memiliki dagu terbelah itu menoleh, "Eh, Ja! Lambatnya sampai."

"Yad singgah beli hadiah kejap. Nak beli hadiah itu senang je tetapi nak pilih hadiah yang susah. Yad kata lain, aku kata lain. Last - last beli dua hadiah berbeza." seloroh gadis itu. Bekas keropok ditangan Dianah, Dayana rampas.

Dianah berdecit perlahan. Bekas Tupperware berisi keropok itu dirampas semula. Suka - suki dia sahaja mahu main rampas - rampas.

"Mesti mahalkan hadiah yang kau beli?" soal Marissa. Gadis itu bertumpang dagu menggunakan tangan kanannya.

"Entah. Yad yang bayar tadi. Dia mana pernah bagi aku usha resit barang."

"Lah kau. Tadi kata beli hadiah berasingan tetapi bayarnya orang yang sama."

"Suka hati akulah. Kau single── diam." kelutuk Dayana. Jarinya ditundingkan pada Marissa.

Habis ternganga Marissa dibuatnya. Terkejut dengan ayat yang meluncur keluar daripada mulut sahabatnya itu.

"How dare you, Dayana Zhalifah."

Marissa memegang dada kirinya. Kedua - dua belah tangannya mencengkam kuat dada dibahagian kirinya── seolah - olah dadanya sakit.

"Fuh, Marissa yang kena kutuk, aku yang terasa." sampuk Nuriman. Gadis itu sama - sama memegang dada kirinya. Kepala direhatkan pada bahu Marissa.

"Aku nak join terasa boleh tak?" soal Dianah pula. Mimik muka sedih ditayangkan.

"Bagus, Triple S." gumam Dayana.

Irisy menoleh kearah gadis berkacamata itu, "Triple S?"

Jari telunjuk, Dayana tunding pada Marissa.

"Single."

Kemudian jarinya bergerak menunding kearah Iman.

"Sendu."

Terakhir, jarinya berhenti pada Dianah.

"Sedih."

Melongo masing - masing mendengarkan Dayana.

"Saling melengkapi sungguh. Dah boleh buat group WhatsApp, Kroni Triple S." ujar Dayana bersama dengan kekehan tawa diakhir ayatnya.

"Astaghfirullahaladzim, nasiblah malam ini kenduri doa selamat dengan makan - makan. Kalau tak, dah lama aku baling Jaja ini." geram Iman.

Gadis berkacamata itu tertawa. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Geli hatinya dapat pedajjal sahabat - sahabatnya itu.

SempurnaWhere stories live. Discover now