DH ✏️ 3

2.6K 248 15
                                    

Seokjin berpusing ke kiri dan kanan. Tapi tetap tak boleh tidur. Entah apa yang tak kena. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Namun matanya tiada tanda mahu lelap.

Kedudukan katil mereka :

Taehyung (atas)        Seokjin
Jungkook (bawah)    Namjoon

[LOKER]                   [LOKER]

Woozi                      Hoseok
Yoongi                     Jimin

{ Dapur }                  { Cermin }

Ini membolehkan Seokjin melihat jelas Yoongi pun hanya merenung bahagian bawah katil atasnya (?).

“ Yoongi~ ”

Yoongi tersentak lalu mencari empunya suara tersebut. Dilihat Seokjin yang memandangnya dengan muka innocent.

“ Mwoya...? ” Tangannya mendarat di atas dahi yang agak luas itu. “ Apa yang kau nak cakap dalam kelas tu? Cakaplah~ ” Seokjin separa memaksa. Yoongi menjeling Seokjin tajam.

“ Takde papelah.. ” Yoongi memejam mata. Sah budak ni nak tidur. “ Yahh! Bagitahulah!! ” Seokjin menjerit. Nasib baik lima kids tu spesies dibaling bom atom pun takkan bangun lagi. Woozi pula entah ke mana. Tiada kelibat dia di atas katil. Di dorm lain mungkin.

“ Bila kau dengar, kau akan tahu... ” Yoongi umpama bermain tarik tali. Lantas dia terlelap dengan posisi tidur paling cool. Jangan tanya macam mana dia tidur. Karang ada jebon yang try nak buat, sekali patah sana-sini— WOO NYUSAH MAK BAPAK AKU NAK BAYOR SAMAN.

Seokjin pula termangu sendiri. Memikir maksud makhluk yang pelik seorang ni.

Sreet....

Seokjin tersentak. Bunyi besi diseret jelas kedengaran. Apa yang perlu dilakukan sekarang? Nak pergi check, takut dia takkan jumpa enam dongsaeng dia lagi. Nak berdiam diri, dia akan diselubungi rasa nak tahu seumur hidup.

Tak lama kemudian, bunyi tersebut berhenti. Ya... sebab ada bunyi lain pula mengganggu corong telinga Seokjin. Satu soalan menghuni mindanya.

‘ Siapa yang rajin sangat melapah daging malam-malam buta ni? ’

❝  A R G H H H H ! ! ! ! ❞

Seokjin lantas menutupi dirinya dengan selimut. Omma!! Siapa pemilik suara kasar yang menjerit kesakitan tu?! Dan.. suara tu berpunca dari...

Atas kepalanya?

✽✽✽

Longlai langkah Seokjin pagi ini. Segalanya dilakukan dengan tidak bersemangat. Mukanya pucat dan eyebag jelas melingkar di bawah mata.

“ Seokjin hyung. Hyung kenapa? Macam demam je aku tengok ” tanya Jungkook risau. Tangannya yang sedang membetulkan tali leher jadi terhenti.

Seokjin yang berteleku di atas katil Namjoon memandang Jungkook yang memandangnya risau. Yoongi turut memasang telinga demi mendengar perbualan si maknae dan hyung.

“ H-hyung... ”

“ HYUNG !! ”

Mereka berlari mendapatkan Seokjin yang tiba-tiba rebah di pangkuan Jungkook.

✽✽✽

“ Noona~ Uri hyung.... gwaenchanha? ” Tanya Namjoon risau. Mereka berenam kini berada di bilik kesihatan sekolah. Termasuk Yoongi yang tanpa sengaja turut diheret Jimin tadi.

“ Dia okay. Demam biasa je tu. Demam terkejut rasanya. Lebih baik kamu bawak dia pergi klinik nanti. Takut makin teruk ” terang jururawat bertugas ber-name tag Miss Han itu. Mereka menghembus nafas lega.

“ Gomawo, noona ” Miss Han mengangguk sambil tersenyum. Kemudian dia berlalu ke kaunter. Mereka berebut-rebut untuk melawat Seokjin.

“ Yah ! Hyung ! Bagi maknae dululah ! ”

“ Hei ! Kau maknae jadi bagi peluang kat hyung dulu ! ”

“ Woi ! Aku leader merangkap yang paling rapat dengan Seokjin hyung . Bagi aku masuk dulu ! ”

“ Leader ke blender ke , bagi aku masuk dulu ! ”

“ Yah !! ”

Yoongi hanya memerhati mereka dari belakang sambil bersandar dengan pokerface dan tangan di dalam poket seluar. Wuisshhh~ Cuba bayangkan Yoongi pakai uniform sekolah and then bergaya macam tuu ♡♡

“ Nok harom sekalian, aku mohon supaya sedar sini namanya bilik sakit, bukan konsert ” serta-merta adegan tarik menarik rambut, baju dan seluar terhenti.

Lantas bebola mata segera mencari tuan suara garau tersebut. Dan ternampaklah Yoongi dengan pokerfacenya sedang duduk di sisi katil Seokjin.

“ M-macam mana... ”

Mata Yoongi digulingkan. Menunjuk satu arah yang... di dinding sama tapi di sudut yang berlawanan. Faham kan?

Kelihatan satu pintu ternganga luas. Seluas mulut mereka yang melihat pintu itu. “ Heh. Galak sangat bergaduh. Tak perasan ada pintu lain. Apa? Kau pikir aku hantu ke? ” sindir dan pesan Yoongi sekaligus. Automatik mereka tersengih-sengih.

“ Urghh... ” Kelihatan Seokjin memegang kepalanya sambil memandang atas. Satu per satu dari mereka terus menerpanya.

“ Hyung! ”

“ Yah... kesian Seokjin hyung ” Namjoon menolak Taehyung sedikit dari terus mendekatkan diri dengan Seokjin. Mukanya berkerut.

“ Korang... hyung kat mana ni? ”

“ Kat bilik sakit sekolah. Tadi hyung pengsan tiba-tiba. Oksigen pun jahat tak nak masuk ke peparu kitorang tau. Huhuhu ”

“ Oi drama king. Kau jauh sikit. Aku takut Seokjin hyung makin sakit tengok drama swasta kau ni ”

“ Lantaklah drama king ke hape. Dari kau. Beku takde perasaan. Dasar alien! ”

“ Yak! Alien kau panggil aku?! Tak guna punya sepupu! Sini kau! ”

“ Sepupu aku manusia bukan alien! Yah! Jangan tarik rambut akulah! ”

PAK !

“ Omma! ”

“ Nak kena lagi ? ”

Jimin dan Taehyung menggeleng sambil menggosok kepala. Pfft ni tangan orang ke papan kayu ni?

“ Hyung. Kenapa dengan hyung sebenarnya? Takde angin takde ribut tiba-tiba demam kenapa? ”

“ Demam perlu ada angin dengan ribut ke? ”

Lagi sekali kepalanya jadi mangsa ketukan tapi dari orang yang berlainan. Dua makhluk yang bising tahap dewa tu terus diam tapi bibir tercebik-cebik menahan tangis.

“ M-malam tadi ... ”

Semua memfokus kepada Seokjin yang tertunduk sambil menggentel hujung selimut. Yoongi tahu apa yang ingin dikatakan Seokjin. Sebab dia pun selalu dengar semua tu.

Everyday~ Everynight~ Ayyy (͡° ͜ʖ ͡°)

Death Highschool 「와」 Endless RevengeKde žijí příběhy. Začni objevovat