↱ DH + ER Special ↲ 셋

404 53 0
                                    

“ Kenal tak bunga ni? ”

Raymond dan Junhae memerhati gambar yang diberi oleh Mark dan Jaebum. Junhae pantas menggeleng kerana dia memang tak tahu apa-apa pasal bunga. Sebaliknya, Raymond mengerutkan dahi.

“ Appa? ”

“ Ada gambar lain? " tanya Raymond serius. Mark pantas mengeluarkan beberapa kertas laminate dari sampul surat yang diterimanya. Raymond meneliti sekeping foto yang diambil dari sudut yang lebih jelas.

" Pokok datura " ujarnya setelah agak lama berdiam diri. Kini mereka semua pula berkerut dahi.

" Ini.. Bukan ke kawan kamu yang mati kat hospital dua tahun lepas? " soal Raymond sambil memandang Mark. Mark mengangguk. " Dia mati dengan yang kena tikam tu.. " ujarnya perlahan, hampir tidak kedengaran.

" Punca kematian dia sebab sakit jantung, kan? Tapi dia atau keluarga dia takde sejarah sakit jantung " soal Raymond lagi walaupun dia tahu soalan itu mungkin akan mengembalikan sakit hati anaknya. Mark hanya mengangguk.

" Mungkin ... " Raymond berjeda. Tarikh pada hujung foto itu diperhatinya.

" Kenapa, ahjusshi? " tanya Junhae dengan rasa curious. Raymond membalas pandangan mereka semua yang kelihatan tertanya-tanya.

" Pokok datura ni memang cantik. Tapi, beracun " mereka tersentak. Taehyung mati sebab makan racun ke cenggana ni?

" Pokok ni boleh sebabkan halusinasi, sakit jantung dan paling teruk, amnesia. Agaknya tu ke penyebab kawan kamu ni mati? " Mark terdiam.

Nampak gaya, tekaannya sebelum ini tepat.

' Tapi apa kejadah motif pergi makan bunga pulak? Takkan dia nak bunuh diri? ' soal Mark dalam hatinya. Dan akhirnya dia terfikirkan sesuatu.

Jawapan pada persoalannya ada pada sesiapa sahaja yang mengirim foto-foto itu.

✽✽✽

" Hyung nak aku.. siasat siapa yang hantar surat ni? " tanya Junhae, keliru. Mark mengangguk laju.

" Nak buat apa? " soal Junhae lagi dengan dahi berkerut.

" Hyung nak jumpa dia. Hyung nak tanya mana dia dapat gambar-gambar ni. Well, maybe kalau dapat jejak kat mana dia, kita boleh tahu kenapa Taehyung makan bunga tu " terang Mark panjang lebar dengan muka penuh harapan.

" Okay. Nanti aku cari " Junhae tersenyum manis dan Mark bersorak gembira.

✽✽✽

12 Oktober

+ 8 a.m +

" ARGHH!!! "

Jeritan nyaring pada pagi itu berjaya menghentikan aktiviti memasak Mark dan Jinyoung pada pagi itu. Mereka berdua mendongak ke atas.

" Pahal pulak tu? " Jinyoung bersuara. " Macam suara Bambam je.. " kata Mark. Mereka berdua berpandangan seketika sebelum masing-masing meninggalkan dapur yang masih menyala apinya dan bawang yang terkupas separuh.

Sampai sahaja di tingkat atas, kelihatan Youngjae, Jackson, Yugyeom dan Jaebum yang masih berbaju tidur sedang panik sambil cuba membuka pintu bilik Bambam yang berkunci.

" Eo, hyung " panggil Youngjae. Jinyoung pantas berlari ke biliknya dan keluar semula bersama kunci pendua.

Sebaik sahaja dia membuka pintu, perkara pertama yang dilihatnya ialah tubuh Bambam yang berada di atas katil, berselubung di sebalik selimut. Jelas kelihatan yang dia sedang menggigil.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now