DH ✏️ 4

2.7K 233 1
                                    

“ Hey! Apa kamu semua buat kat sini?! Masuk kelas! Jigeum! ” suara rotan melibas angin kedengaran di udara. Yoongi selaku yang paling lama menuntut di sekolah itu tentunya tahu dari mana bunyi yang tak diundang tu berasal.

“ Lari! ” Jeritnya sebelum hilang lesap terus . Mereka berenam termasuk Miss Heo tercengang. Jimin sempat menarik lengan Yoongi menyebabkan dia pun terheret sama dengan larian Yoongi.

“ HYUNG!! ” Jungkook turut mengikut langkah lelaki yang dikenali sebagai hyungnya. Yelah, kalau hyung Woozi mestilah hyungnya juga.

“ Kitorang masuk kelas dulu , saem . Annyeong!! ” Akhirnya tiga lelaki yang berbaki turut mengikut jejak Yoongi , Jimin dan Jungkookiee...

Hening. Cuma tinggal Miss Heo dan Seokjin.

“ Kamu kenal diorang berenam tu? ” semacam ada kilat di cermin mata berbingkai tebal Miss Heo itu . Tajam jelingan yang dituju kepada Seokjin.

“ Err... kenal . Sepupu dengan classmate saya ” kata Seokjin sambil menunduk . Miss Heo mengangguk sekilas sebelum melangkah pergi. Seokjin menarik nafas lega.

✽✽✽

“ Kamu ke mana tadi? ” Berkerut dahi Leeteuk semasa Namjoon melangkah masuk ke kelas . Jam yang terpacak di atas papan hitam dijelingnya . Jarum jam sudah menunjukkan lebih pukul 9 pagi , anak didiknya yang seorang itu pula baru menunjukkan diri .

Namjoon tersengih-sengih. “ Err.. tadi hyung merangkap roommate saya pengsan kat dorm . So kitorang bawak dia pergi bilik rawatan ” jelasnya . Leeteuk mengangguk sebelum menyuruh Namjoon duduk di tempatnya .

“ Annyeong . Pelajar baru ke? ” suara seorang yeoja menyentakkan Namjoon lantas dia berpaling . Wow... ini manusia biasa atau bidadari syurga? Cantiknya... !

“ Err... nae . Baru masuk semalam . Hihi... awak dah lama ke ada kat sini ? ”

“ Ha'ah . Semalam ada hal jadi saya tak datang . By the way ... Kim Yong Sun imnida ” Yongsun menghulur tangan . Namjoon menyambut sambil tersengih “ Kim Namjoon imnida ”

Dan akhirnya Namjoon tersengih lebar sampai loceng menjerit .

✽✽✽

“ Woi... ” bahunya dicuit makhluk yang sedang mengunyah sandwich buatan manusia yang digelar makcik kantin . “ Mwoya ? ”

“ Apa kena dengan Namjoon hyung tu? Dari tadi aku tengok senyum sorang-sorang. Kena rasuk ke apa? ” Jimin lantas mencepuk makhluk yang memang cakap ikut sedap pankreas dia je . “ Haish kau ni . Mulut tu cantik lagi tak boleh ke? Kau berapa lama tak gosok gigi huh? By the way ha'ah . Aku pun pelik apa pasal dengan hyung sorang ni ” Jimin menjawab panjang lebar sambil matanya tidak lepas memerhati Namjoon.

Namjoon yang mengunyah kimbap sambil mata menerawang ke langit . Pulak tu tersenyum tak sudah macam anak si miskin baru kena pinang dengan putera raja . Agak-agak kimbap tu dah ditaruh racun senyum kot?

“ Woi . Kau pahal dari tadi tersengih macam orang menang loteri . Buang tebiat ke nak mampos? ” Hah amekkau terkekuar dah bahasa mak meon sorang ni. Kelihatan Yoongi memandang Namjoon dengan pandangan pelik.

“ Yihihi... tak adalah hyung ”

“ Dah tu? Gaya orang dah jatuh cinta pun ada ”

“ Hyung ni ahli nujum ke apa? Mana hyung tahu? ” Namjoon menggembungkan pipi sambil melukis corak rawak menggunakan jari telunjuknya di atas meja. Corak gadis itu agaknya.

“ Uhuk ! Uhuk ! ” segera Jimin tersedak sandwich yang baru masuk ke kerongkong . Taehyung kelam - kabut menghulur air sirap dengan mulut penuh . Hoseok tercengang menampakkan nasi di dalam mulut . Tak senonoh betul makhluk sorang ni . Yoongi pun tersembur kimchi yang pedas tu.

“ What ?! Ada orang dah rampas Namjoon hyung ?! Ha~ Ayokk... aku bagitahu Jin hyung ” Jungkook tersengih mengusik macam Namjoon tu budak-budak .

“ Siapalah yang bertuah sangat akan dapat pakej perang dunia ketiga dari Jin hyung ni eh? ” Hoseok memerli . Siap jongket kening lagi. Tahu sangat yang Seokjin memang takkan bagi walau seorang pun dari mereka bercinta di zaman sekolah.

“ Siapa? ” Tanya Yoongi dengan debaran . Actually , dia tak kisah pun kalau Namjoon jatuh hati melainkan dengan-

“ Yongsun ! Dia duduk sebelah aku ! Beruntung betullahhh ! ” Nasib baik kedudukan mereka agak jauh jadi takdelah makhluk tak diundang memasang antena (?).

Jujur , jawapan tu Yoongi mahu menghentak kepala sendiri ke dinding . Cepat-cepat diterjah muka Namjoon yang duduk di sebelahnya .

“ WHAT ?! YONG SUN ?! KIM YONG SUN ?! JINJJA ?! ” Tinggi suara yang dimuntahkan Yoongi . Nasib baik makanan dalam mulut tak dimuntahkan sekali . Just ... menyemburlah...

“ Euww... ಠ-ಠ ” Namjoon menyapu mukanya dengan tangan. “ Yup , Kim Yongsun . Hyung kenal ? Hyung pun ada crush kat dia huh ? ” Namjoon menghala jarinya tepat di batang hidung Yoongi hingga menyebabkan lelaki itu juling air .

“ Tak. Perempuan macam tu? Memang taklah. And aku nak nasihatkan kau ... jauhkan diri dari dia kalau kau nak selamat ” berkerut dahi mereka berlima mendengar kata-kata Yoongi.

“ Wae , hyung ? Macam aku cakap aku suka vampire pun ada reaksi hyung ni ”

“ Kau takkan percaya apa aku kata tapi kalau kau nak tahu ... kau kena cari segala benda sampai akar umbi pasal sekolah ni ”

Dengan ayat yang mampu membuatkan orang berfikir setengah mati , Yoongi berlalu meninggalkan mereka dengan tanda tanya yang tidak mungkin dijawab .

Apa yang mahu disampaikan makhluk pelik tu sebenarnya ?

✽✽

Yoongi duduk bersendiri di atas kerusinya . Bunyi yang kedengaran hanyalah kipas yang dah berkarat menunggu masa untuk mencium lantai dan bunyi jarum jam berdetak menanda waktu tak pernah berhenti .

“ Korang ... korang tak tahu apa yang dah berlaku kat sekolah ni . Sekolah ni tak seindah yang orang dengar . Sekolah ni ... Mimpi ngeri dalam hidup ”

❝ ARGHHH !!❞

Yoongi memejam mata dan meraup wajah kasar . Kalau boleh dia mahu menyumbat mulut makhluk yang membuat bunyi jeritan tu . Tapi apakan daya ... tiada satu pun manusia biasa yang mampu menutup jeritan roh yang menderita dengan cara tersadis.

Tiada siapa mahu terkorban di sana. Tempat menuntut ilmu yang sepatutnya suci.

Demi riwayat yang panjang , yang mempercayai jadi korban. Keegoan manusia membunuh sahabat sendiri . Layakkah ciptaan Tuhan yang kejam itu dinamai sahabat?

Jeritan ketakutan tadi kembali berleluasa . Tapi hanya Yoongi mendengarnya . Bunyi itu berasal dari bangunan yang tidak jauh dari bangunan kelasnya. Yoongi tahu itu bukan jeritan si roh seperti tadi . Sebaliknya , teriakan manusia yang merasa ajalnya sudah tiba .

Nampaknya , si pemburu sudah memiliki mangsa baru .

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now