ER [ 25 ]

812 97 18
                                    

Jinyoung menyepak batu yang banyak bertaburan di tanah. Mulutnya merengus kasar.

“ Aigoo kat mana dia sorokkan lokasi Mark? ” Jinyoung menggigit bibir, cuba mencari jawapan. Namun akhirnya pasrah dan memutuskan untuk singgah di Cafè Bene.

Secawan real chocolate latte panas dan sepiring kek keju dipesan. Apabila pelayan tersebut berlalu, Jinyoung mengeluarkan handphone Mark dari poket jaket labuh yang dipakainya.

“ Jawapannya pada telefon ni? Haduhh dia nak uji IQ aku pulak dahh ” rungut Jinyoung. Butang on ditekan dan aplikasi yang terdapat dibuka satu per satu. Kesemuanya dapat dibuka kecuali satu.

Forum DLH. Hanya aplikasi itu sahaja yang memerlukan kata laluan. Dahi Jinyoung berkerut. Kejadah apa pulak forum chat bebudak sekolah dikunci tapi Kakaotalk tak?

“ Entah-entah malaun yang mesej aku tadi yang lock sebab jawapan ada kat sini ” Jinyoung mencebik.

“ Cehh. Aku pun adelah app ni ” Jinyoung mengeluarkan telefonnya pula. Aplikasi yang sama ditekan.

“ Takde apa pun ” keluhnya. Segala benda yang terkandung dalam aplikasi itu ditekan-tekan dengan kebosanan. Sehingga jarinya tertekan forum Daily Note.

Forum itu membolehkan para pelajar atau penggunanya mencatat perkara penting yang terjadi di sekolah. Ada juga sesetengah pelajar yang menggunakannya sebagai diari.

Jinyoung membetulkan duduk. Telefonnya di tangan berganti dengan telefon Mark.

0-0-0-0
Access denied!

0-4-0-9
Access denied!

1-9-9-5
Access denied!

1-1-1-1
Access denied!

“ Ish! Sial betullah! ” gumamnya perlahan. Pada masa yang sama, pelayan kafe itu meletakkan pesanannya di atas meja. Matanya melihat Jinyoung yang tidak mempedulikan kehadirannya, sebaliknya berkerut-kerut dahi memandang skrin telefon.

“ Ada apa yang boleh saya tolong cik? ” tanyanya sopan. Barulah Jinyoung tersentak lalu mengangkat muka.

“ Err... S-saya lupa password aplikasi kat telefon ni ” kata Jinyoung ringkas. Pelayan itu mengangguk faham. “ Kalau lupa, boleh cuba uninstall dan install balik app tu. Nanti kata laluan tu hilang sekali ” kata pelayan yang terlindung mukanya di sebalik topi.

“ Jinjjayo? Eo kamsahamnida. ” ucap Jinyoung seraya tersenyum. Pelayan itu membalas senyumannya kemudian berlalu pergi.

“ Orae manhida ” gumamnya perlahan lalu mengerling Jinyoung yang sedang menghirup air coklat yang dipesan.

✽✽✽

“ HADUHHH AKU LUPA FORUM NI KENA GUNA ID NGAN PASSWORD ” Jinyoung memaki hamun. Geram dibuatnya. Huh tabahlah nakk.

Suapan terakhir dihabiskan lalu dia bangun bagi membuat pembayaran. Melepasi deretan kedai, Jinyoung menahan teksi yang boleh membawanya ke sekolah.

↗ Daegu Last Highschool ↗

“ Kamsahamnida ahjusshi ”

Pemandu teksi itu hanya mengangguk lalu memecut kenderaannya pergi. Jinyoung berlari masuk ke dalam kawasan sekolah lalu mendapatkan makmal komputer.

Lampu dinyalakan. Kipas dihidupkan. Hanya komputer di meja guru sahaja yang digunakan.

Microsoft Word dibuka. Fail senarai ID dan password murid dicari lalu dibuka.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now