↱DH + ER Special↲ 다섯

418 56 7
                                    

+ 2 petang +

Petang itu redup dengan awan melitupi langit. Cuaca agak sejuk dengan angin bertiup perlahan. Mark berjalan perlahan mendaki anak tangga bukit itu dengan sejambak bunga kekwa putih dalam tangannya.

Dia berniat menziarahi tempat rakan-rakannya bersemadi setelah menghantar Jaebum dan Baekwon ke rumah. Kata Junhae, lebih baik jika Baekwon tinggal dengan mereka buat sementara waktu.

Kakinya berhenti di hadapan pusara Yoongi. Kelihatan Min Sohee duduk berlutut di situ dengan dress, selendang dan kaca mata yang semuanha berwarna hitam. Sohee berpaling ke tepi apabila berasa ada seseorang di sisinya.

“ Eo, Mark-ah? ” Sohee tersenyum lalu berdiri. Kaca matanya dibuka. Mark membalas senyumannya.

“ Noona datang lawat Woozi dengan Yoongi? ” soalnya. Sohee mengangguk. “ Lama tak jumpa, Mark. Maaflah, noona sibuk sikit dengan assignment kolej tu ” Mark hanya menggeleng tanda tidak mengapa.

“ Mark macam mana? Okay sekarang? ” Mark hanya senyap memandang tanah sebelum menggeleng perlahan. Senyuman Sohee mula pudar. Bahu Mark disentuh.

“ Kenapa? Ada masalah ke? ” soalnya prihatin. Mark melepaskan keluhan sebelum memandang wajah Sohee.

“ Mark pun tak tahu nak cakap macam mana, noona. Rumah kitorang macam.. kena terror ” Mark mula membuka cerita.

Sohee mendengar satu per satu perkara yang diceritakan Mark.

“ Pada noona, tak mungkin Yuki hidup semula. Kita sendiri tengok roh Hyunhae yang dia hidupkan semula tu bunuh Yuki kan? ”

“ See? Yuki boleh hidupkan orang semula. Tak mustahil dia pun hidup balik ”

“ Tapi Mark, siapa yang hidupkan dia semula? Semua orang upahan dia dah ditangkap kan? Yongsun, Yeonrin ahjumma dengan Hyunjong saem dah bongkarkan semuanya ”

“ Tapi kita tak tahu siapa yang ajar dia sihir-sihir ni semua kan? Tak mustahil orang tu masih hidup ”

Sohee terdiam. Betul juga apa yang dikatakan Mark. Kepalanya tiba-tiba pening dengan masalah yang entah datang dari mana.

“ So, nampaknya kita masih ada kerja yang tak selesai ”

“ Yea~ ”

Sohee baru sahaja mahu membuka mulut apabila telefonnya berdering. Panggilan diangkat dan dia berjalan menjauhi Mark.

Ekor mata Mark mengekori Sohee yang berhenti di hadapan tangga sambil bercakap dengan seseorang di hujung talian.

Matanya memandang kembali pusara Yoongi yang dihiasi sejambak bunga carnation putih. Mark dapat mengagak bunga yang masih segar itu ‘buah tangan’ dari Sohee.

Mark melutut lalu bunga yang dibawanya diletakkan di atas pusara Yoongi. Dia tersenyum lemah memandang pusara orang yang dirinduinya itu.

‘ Kalau kau ada kat sini, mesti kau dah mengamuk lepastu kerjakan orang yang kacau aku dengan diorang tu kan? ’

Kedua telapak tangannya dicantum lalu matanya dipejam.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now