DH ✏️ 13

2K 213 27
                                    

Pagi Sabtu. Hari yang cerah. Burung mulalah membuat konsert sambil terbang di langit tinggi. Unggas pun mula bergurau senda hingga kedengaran bunyi bising.

Tak... Ini bukan masa untuk bahagia.

Yoongi menulis sesuatu di atas tanah.

어디서?

Perkataan itu dituju buat Woozi. Walaupun mungkin orang lain akan membacanya, Yoongi tetap berharap Woozi yang akan menjawabnya.

✽✽

Namjoon, Seokjin, Jimin, Hoseok, Taehyung dan Jungkook menemani Yoongi yang keseorangan di hospital.

Actually, bukanlah seorang. Dia boleh berborak dengan So Hee. Walaupun So Hee takkan membalas.

“ Hyung~ ” panggil Jungkook. Seokjin menyahut walaupun matanya tidak lepas dari memfokus kepada game Mario dalam tablet.

” Hyung tak rasa pelik ke pasal Woozi tu? Dia jarang sangat muncul. Even kalau dia muncul pun bila dia jawab soalan kita atau dia nak cari Yoongi hyung. Kookie pelikla... mana dia pergi padahal dia roommate kita jugak. Dalam kelas pun kerusi sebelah asyik kosong je ” panjang lebar Jungkookie meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“ Hmm... dia dah nak pindah sekolah kot. Tu pasal selalu takde sebab kena uruskan perpindahan dia. Atau mungkin dia memang dah pindah, tu pasal tak tidur kat hostel. Dan sebab tu jugak kau tak nampak dia dalam kelas ” Seokjin memberi alasan logik. Jungkook hanya mengangguk memikirkan jawapan yang diberi.

“ Tapi hyung ... hari tu aku jumpa dia dalam sekolah. Boleh ke orang luar masuk kawasan sekolah? Pulak tu.. masa sesi pembelajaran. Dia tak belajar ke ? ” sampuk Taehyung menyangkal tekaan Seokjin.

“ Bila masa kau jumpa dia ? ”

“ Diamlah kau ”

Seokjin hanya diam. Sebetulnya dia pun tak rapat dengan Yoongi, apatah lagi Woozi. Jadi macam mana dia nak tahu tentang semua ni?

‘ Aku tak kira. Hari ni aku nak tanya ssaem juga ’ ikrar Jungkook. Dan setelah itu mengalihkan pandangan apabila Yoongi keluar lalu menutup pintu wad ICU. Riak muka Yoongi kelihatan agak terkejut melihat mereka jadi penunggu tak berbayar di situ. 

“ Yeogi mwohae? ” Tanyanya. Seokjin buat muka frust. “ Buat apa lagi ? Tunggu kaulah ” jawabnya. “ Ada aku suruh ? ” Ayat yang agak sentap membuatkan semua memandangnya dengan mulut sedikit ternganga.

Yoongi berlalu dengan poker face tanpa memikirkan langsung perasaan makhluk yang mendengarnya .

“ Kurang asam punya mamat albino . Bukan nak cakap terima kasih . Entah apa yang dia belajar kat sekolah pun aku tak fahamlah . Ok fine start hari ni aku tak nak teman kau lagi . Huh ! ” Seokjin berjalan menghentak kaki dengan mulut memuncung .

Yang lain hanya menggeleng kepala dengan telatah childish hyung mereka .

✽✽✽


“ Mrs Jung ! ”

Mrs Jung memberhentikan langkahnya lalu berpaling ke belakang . Kelihatan Jungkook berlari-lari anak mendapatkannya . Mrs Jung hanya menunggu Jungkook di situ tanpa hasrat hendak turut berlari lalu memeluk Jungkook ala-ala ibu yang baru menjumpai anaknya .

“ Nae Jungkook-ah ? Kenapa lari-lari ni ? Baru lepas lari dari saman polis ? ” Tanya Mrs Jung memandang Jungkook yang termengah-mengah.


“ Takkan saya kena saman pulak saem . Saya baik budaknya . Hensem pulak tu ” sempat Jungkook dia memuji diri sendiri gaya macam nak mengurat cikgu sendiri. Mrs Jung tersengih.

“ Kenapa awak cari saya ? ”

“ Saya nak tanya sesuatu. Pasal Min Woozi ” permintaan Jungkook berjaya mematikan wajah tersenyum Mrs Jung.

“ W-Woozi ? ”

“ Wae saem ? Apa yang jadi ? Kenapa dia selalu tak masuk kelas ? Kenapa dia tak selalu kelihatan kat dorm padahal kami roommate ? Apa yang saya tak tahu ? ” bertubi - tubi soalan dari Jungkook apabila dia terperasan perubahan wajah dan suara Mrs Jung sebaik nama Woozi dikeudarakan. Mrs Jung memandang Jungkook dengam wajah serius.

“ Macam mana kamu ... ”

✽✽✽

Yoongi terasa mahu menangis melihat satu perkataan di bawah tulisan pada pasir yang diukirnya pagi tadi.

나 항상 너의 곁에 있어 , 형 ♡

❛ Aku sentiasa berada di sisimu,hyung ❜

“ Woozi-ah ... ”

Yoongi berjalan menyusuri kolam sekolah tenang . Air berkocak menandakan kedatangan angin sepoi malam itu .

Yoongi duduk di pangkin yang dikelilingi bunga- bungaan hasil tangan pencinta alam sekitar sekolah yang terlebih baik hati untuk menggubah bunga hutan tersebut.

Sesuatu menangkap perhatiannya. Sehelai nota kecil melayang-layang di hadapannya lalu jatuh perlahan di atas tanah. Yoongi mengutip nota kecil itu.

❛ 윤기형이 위해 ❀ ❜

Hyung, aku memang tiada di sisi hyung . Aku memang tak boleh bersama hyung. Aku tahu hyung selalu tertanya ke mana aku pergi.
Aku memang tiada di mata hyung... tapi aku nak hyung tahu yang aku selalu baring di sebelah hyung ketika hyung lena. Aku sentiasa mengawasi Jungkook dan hyung dia. Dan hyung perlu tahu aku sentiasa ada di hati hyung.

Terima kasih sebab jaga aku hyung walaupun aku degil. Kalaulah aku dengar cakap hyung. Semua takkan jadi macam ni. Maafkan Woozi, hyung.



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now