DH ✏️ 5

2.3K 221 13
                                    

“ Annyeonghaseyo ” Namjoon menunduk hormat 50° darjah kepada penjaga kaunter makmal komputer tersebut. Lelaki tersebut hanya mengangguk sebelum kembali mengelap habuk pada pasu bunga kecil di kaunter.

Tiga lelaki yang tak berapa normal di belakangnya hanya membontoti hyung mereka seorang itu bagai anak ayam membontoti ibunya .

Buat apa mereka ke makmal petang yang time orang nak berambus dari tempat yang menyesakkan minda ni ? Sahlah nak tafsir maksud tersirat Yoongi yang asyik berkias. Nak main game, habis semua laman web games dah diblock oleh pihak sekolah . Dan di sini pastinya mereka mahu menjadikan isi tersirat lagi berselirat tu tersurat dalam mesyuarat .

❛ Daegu Last Highschool Story ❜

Maka keluarlah bermacam jenis laman web memapar kisah sekolah yang tampak misteri lagi suram tak bersiram suasana ceria—

BURUKNYA !

Perkataan itu yang terkeluar dari mulut Hoseok dan Namjoon sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di sini . Hmmm... kenapa sekolah tu tak dihiasi warna selain warna gelap ? Hijau , biru , pink tu diorang tak kisah sangat tapi ... kalau di sekolah normal ... sekurang - kurangnya dicat putih supaya haba dapat diserap keluar dan tak mengganggu fokus pembelajaran dengan kepanasan maksima .

Ini terbalik pulak . Warna yang menggelapkan mata kelihatan di mana - mana . Silap - silap kalau datang sekolah ni malam - malam , boleh sesat tak jumpa jalan ! Huishhh ... siapalah si malang yang menerima nasib tu ye ?

Daegu Last Highschool Mystery

Tajuk itu sungguh menarik perhatian mereka berlima . Lantas anak panah laju meng-klik tajuk tersebut yang tertera jelas dengan ink berwarna biru .

Sepuluh anak mata memfokus kepada setiap bait perkataan yang tertulis di situ .

Daegu Last Highschool . Seluruh penghuni Daegu mengetahui kisah sekolah yang menyeramkan ini . Sekolah legend yang dikatakan misteri . Ini kerana sepanjang lima tahun pembukaannya , seramai lebih kurang seratus ribu pelajar menerima nasib yang sama iaitu HILANG TANPA JEJAK . Pelbagai usaha sudah dilakukan tapi tiada sebarang petunjuk dijumpai . Seolah - olah kehilangan mereka dirancang dengan sungguh teliti .

✄ Bukan itu sahaja , sekolah yang keseluruhannya bercat hitam ini juga dikatakan menjadi tempat tinggal seekor vampire yang sudah ratusan tahun menjadi penghuni tetap . Mengikut lagenda , pengetua yang juga pengasas sekolah ini membuat perjanjian dengan vampire tersebut untuk menumpang tempat tinggalnya dan didirikan sekolah yang hingga hari ini berdiri kukuh . Namun dengan syarat vampire tersebut masih boleh tinggal di kawasan sekolah tersebut . Dikhabarkan , tingkat teratas Daegu Last Highschool ialah tempat bersemayam makhluk ini .

Selesai membaca, mereka saling berpandangan. Mata mereka sama membawa maksud ‘SETAN MANA BERANAKKAN VAMPIRE DALAM SEKOLAH NI?!’ cukup menjelaskan bahawa mereka tidak sanggup dan tidak perlu menggali maklumat di laman web lain pula.


✽✽✽

Jungkook menggigit hujung bucu bantalnya . Selimut bercorak Taeyang dari Big Bang itu menyelubungi seluruh tubuhnya kecuali kepala . Dia duduk bersila di atas katil . Menghadap Jimin , Taehyung dan Namjoon . Masing - masing mempamer muka penuh tanda tanya .

“ Kau kenapa ? -_- ” Serentak itu yang terkeluar dari mulut mereka . “ Sssttt .... kita duduk satu sekolah dengan vampire ?! Seriously ?! Maigad maigad my heart is my heart is... HUWARGH !! OMMA !! ” Tak semena - mena Hoseok yang menumpang bersama Jungkook menjerit .

“ Ish ... tu kan just cerita orang je . Entah-entah tipu je . Kau ni ... cepat sangat percaya orang ” sebetulnya ayat itu dicipta untuk melegakan hati sendiri . Jantung tiba-tiba berdegup laju umpama baru lepas lari dari kawanan jerung di lautan luas .

Suasana krik krik melanda lagi sebelum dipecahlan oleh suara yang tertua di dalam dorm . “ Tulah pasal... macam pelik je... takkanlah ... ” Seokjin seolah ragu dengan cerita mereka .

Pap!

Mereka memandang ke arah pintu yang terbuka tiba-tiba. Kosong. Tiada sesiapa di luar. Hanya kegelapan malam serta pohon yang bergoyang ditiup angin jelas di hadapan mata. Masing-masing meneguk air liur yang terasa berpasir.

Jin memberanikan diri mendekati pintu. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Angin pun tak terasa. Habis tu macam mana pokok ni boleh bergoyang?!

Bam!

Terus pintu yang tak bersalah tu dihempas kuat. Sampai terjongket bahu lima manusia yang jadi patung separuh masa dalam dorm tu.

“ Waeyo , hyung ? ” Tanya Taehyung pelik dengan kelakuan Jin. Jin yang tersenyum palsu. “ Takde apa . Angin kat luar sejuk sangat . Kuat pulak tu . Tu pasal hyung tutup . Tak pasal-pasal angin hempas pintu ni . Tu pasal kuat ” auta belaka.

Jin tidak mahu lima namja itu tak tidur lena sebab fikir kejadian tu. Well, diorang ni dari baka yang suka perbesarkan hal kecik. Pernah sekali, Jimin TERmasukkan wallet Taehyung dalam mesin basuh. Apa lagi... koyaklah semua benda dari kertas dalam wallet tu. Nasib baik takde duit. Tapi si Taehyung ni bukan main marah sebab gambar idol dia koyak -.- padahal ada sejuta lagi poster Irene tertampal dalam bilik yang di kongsi dengan Jungkook. Sampai meluat Jungkook nak masuk dalam bilik tu. Tampal gambar IU takpelah jugak—

Sekali lagi pintu terbuka. Kelihatan Yoongi berdiri sambil mengelap rambutnya dengan tuala putih yang tersangkut pada leher. Rambutnya kusut-masai dan basah. Mungkin baru lepas mandi.

“ Asal korang tengok macam nak makan aku ? ” Aktiviti mengusutkan rambut jadi terhenti apabila menyedari pandangan lima pasang mata yang memerhati. Serentak dengan tegur Yoongi, mereka mengalih arah dan menggeleng kepala berkali-kali.

“ Yoongi ... ”

“ Hmm ? ”

“ Mana Woozi? ”

Tangan Yoongi terhenti sampai di pemegang loker . Agak sentap dengan pertanyaan pendek dari Jin . “ Ha'ah . Kat kelas pun tak nampak dia, hyung ” kata-kata Jungkook menambah lagi perasa di hati Yoongi.

“ D-Dia ... ” Yoongi tak tahu bagaimana hendak menjelaskan . Sebab dia sendiri tak tahu ke mana Woozi menghilang . Tapi dia tahu sebabnya .

“ Hyung .... ”



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now