ER [ 1 ]

1.4K 133 9
                                    

" Kalau puan berminat, puan boleh hubungi kami.. " terang jurujual itu sambil tersenyum. Tetapi wanita yang berselubung dengan hoodie putih itu hanya diam. Matanya liar memerhati segenap sudut ruang tamu rumah itu.

 Matanya liar memerhati segenap sudut ruang tamu rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Nanti. Biar aku tengok dulu rumah ni. "

Jurujual itu hanya mengangguk walaupun dia terasa janggal dengan kata ganti nama diri yang tidak formal digunakan oleh wanita itu.

Lantaklah. Asalkan rumah ni terbeli.

Beberapa minit berlalu dan mungkin juga berpuluh minit. Jurujual itu mula kebosanan apabila tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut wanita itu sepanjang dia membontotinya ke segenap sudut rumah.

" Macam mana puan? "

Wanita itu berhenti. Jurujual itu mula kecut perut apabila bakal pembelinya itu menghadiahkan jelingan setajam pedang.

" Okay "

Jurujual itu menghembus nafas lega lalu tersenyum nipis.

" Nanti aku telefon kau kalau aku nak beli rumah ni "

Jurujual itu kembali tergamam. Sangkanya wanita itu akan terus menyatakan persetujuan untuk membeli rumah mewah tersebut setelah hampir dua jam menawaf.

Sakitnya hati Ya Ampunnn. Namun wajahnya ditampal senyum kelat.

" Baiklah, puan. Saya akan KIV rumah ni untuk puan " katanya sambil tersenyun sedangkan hati sudah menyumpah seranah tidak puas hati.

Wanita yang berada di usia lingkungan 50-an itu hanya menggangguk lalu keluar dari rumah. Di luar, sudah tersedia kereta mewah berjenama Huawei putih menunggunya.

Sebaik sahaja kereta itu hilang dari padangan mata, wajah jurujual itu kembali kelat.

" Tak guna punya orang tua. Kau tawaf rumah ni sampai dua jam nak buat apa? Baik beli terus! Perfekkk kot rumah ni! Dahlah luas! Tak tau bersyukur dah jumpa rumah! Baik kau beli untuk aku! Dasar orang kaya! Tak tau nak syukur! Huh! "

Dia terus-terusan membebel tidak puas hati sehingga pintu pagar dan grill rumah banglo berdekorasikan barat itu dikunci. Dengan hati yang panas, dia memecut motorsikal murah second hand di atas jalan raya.

🍁🍁🍁🍁🍁

" Aku tak peduli. Aku nak kau beli rumah tu "

" Siapa kau nak paksa aku syhton? "

" Salah tu.. Aku kan vampire "

" Haih... Untuk apa aku tolong kau ? "

" Aku kan isteri kau. Isteri pertama pulak tu. Anak kau tu pun anak kandung aku. Perempuan mandul tu kau boleh manjakan, apasal aku yang susah payah lahirkan zuriat kau ni pulak tak boleh mintak macam-macam ? "

Hyunjong merengus geram. Dia sudah kehabisan hujah mahu melawan pilihan orang tua yang licik ini.

Memanglah dia kahwin dua, sah dengan makhluk yang sakit mengada-ngada pastu failed dalam bab melayan keluarga.

Kalau tak sebab harta, takda maknanya aku nak kahwin dengan vampire cap ayam ni, keluh Hyunjong dalam hati.

" Fine. Lepas ni jangan menyusahkan aku lagi "

" Tengoklah " Yuki senyun sinis. Tak mungkin dia akan lepaskan sumber kewangan tetapnya.

" Aku tak kira! Kau kacau aku lagi aku akan ceraikan kau! "

" Dan aku takkan lepaskan sebanyak 95% saham syarikat Gliterra Inc. yang sekarang ada pada tangan aku, " bidas Yuki sinis. Hyunjong terdiam namun riak wajahnya menunjukkan dia tidak puas hati.

" Aku balik dulu ya, sayang~ Jaga syarikat aku baik-baik.. Annyeong.. " dengan gedik kukunya yang terlebih panjang seinci digeser ke dagu Hyunjong sebelum berlalu pergi.

Sebaik pintu ditutup, Hyunjong menolak segala benda yang berada di atas meja kopi dengan kemarahan.

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now