DH ✏️ 30

1.9K 181 11
                                    

Seokjin memandu kereta membelah angin. Lajunya mencecah 200km/j namun dia tidak peduli. Hatinya penuh cemas. Begitu juga tiga namja di belakang, tidak menegur langsung, bahkan disuruhnya menambah lagi kelajuan. Nyawa sendiri bagai tidak penting ketika ini.

" Hyung! Ppalli ppalli! Kookie nak jumpa Hoseok hyung!! " jerit Jungkook bersemangat. Seokjin hanya diam menahan geram. Ada ke patut disoraknya macam nak bagi semangat kat pelumba kereta professional?

Setibanya di perkarangan hospital, dengan semangatnya mereka meluru masuk ke wad ICU. Tidak peduli sama ada kereta sudah dikunci atau belum, asalkan tidak terlepas berada di sisi Hoseok saat ini.

Kebetulan, ketika itu juga doktor yang merawat Hoseok sedang berkata sesuatu kepada jururawat di sebelahnya. Seokjin yang lariannya terlebih laju segera brek mengejut dengan mencengkam kemas lengan doktor itu. Tanpa mempedulikan riak wajah doktor yang sudah bertukar, Seokjin terus membuka mulut.

" Hoseok mana doktor? Dia okay kan? Please cakap dia okay ?! "

" Err.. cha--chakkaman. Ka-kamu ni keluarga Jung Hoseok ke? " soal Doktor Youngbin membuatkan Seokjin mengepal penumbuk. Bukan ke dia yang bawa Hoseok ke hospital tempoh hari? Macam manalah doktor ni boleh lupa muka aku yang cun melecun ni, getus hati Seokjin.

" Ya.. saya sepupu dia. "

" Oh. Mana omma dan appa kepada Jung Hoseok? "

' ehh banyak tanya pulak dia ni '

" Omma dan appanya kerja di Jepun. Dia tinggal di asrama dengan kami , " Seokjin cuba menyabarkan diri bila melihat doktor itu hanya mengangguk.

" Mac-- "

" Encik Jung Hoseok sekarang masih dalam keadaan koma. Objek tajam yang digunakan untuk menyerangnya tembus sampai ke lapisan atas hatinya. Kami memerlukan penderma secepat mungkin, atau Encik Jung mungkin tidak dapat diselamatkan lagi ," terang Doktor Youngbin.

Seokjin terduduk. Jungkook ternganga manakala Taehyung dan Jimin sedang menangis berpelukan. Tak ingin melihat drama sedih lama-lama mungkin, Doktor Youngbin segera berlalu ke bilik kerjanya.

Seokjin meraup muka, cuba menghapus air mata kesedihan. Otaknya buntu. Sudahlah Yoongi sekarang di Jeju, menghadiri kursus asdfghjkl ape benda tah.

' Wae? Kenapa semua ni kena jadi? Kalaulah aku mintak izin ssaem untuk biar salah seorang teman Hoseok, mesti tak jadi macam ni , ' getus hatinya, kesal.

Tiba-tiba Jungkook bangun dari duduk, merempuh pintu wad ICU. Langkahnya diikuti Jimin dan Taehyung yang mulanya terpinga-pinga.

Bunyi mesin penjangka hayat (?) sahaja yang mengisi ruang kecil itu. Jungkook mendekati hyungnya yang seorang itu perlahan-lahan. Wajah Hoseok yang semakin pucat ditatapnya lama. Sedih, baru semalam mereka bergelak ketawa. Hari ini Hoseok kembali terbaring kaku bagai patung bernyawa.

Tangan Hoseok dicapainya. Sejuk bagaikan ais. Jungkook menggenggam tangan itu. Tangan yang selalu mengusap kepalanya ketika dia sedih, tangan yang mengetuk dahinya ketika berbuat salah, tangan yang sentiasa membantunya.

Taehyung, Jimin dan Seokjin hanya memandang sendu segala tindak-tanduk Jungkook. Itu pun dah tersedu-sedu tahan nangis.

" Hyung-nim.. "

Kali ini Taehyung pula bingkas bangun. Menyentuh tiap helai rambut Hoseok. Satu titis air berasal dari matanya hinggap di tangan Hoseok.

Cepat-cepat dia menyeka mata. Berpura-pura tersenyum walaupun jelas mata dan hidungnya sudah merah saga.

" Siapa yang berani cederakan hyung huh ? " Jimin mencengkam kasar kulit sofa. Bagai mahu mengoyakkannya. Kesedihannya bertukar menjadi dendam.

Seokjin, Jungkook dan Taehyung turut tersedar ada dalang di sebalik kejadian yang menimpa.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now