DH ✏️ 29

1.6K 158 3
                                    

" Awak.. dah berapa hari kita sesat ni ? " Yongsun bertanya lemah. Namjoon hanya diam. Sebetulnya dia cuba sedang fokus, mana tahu tiba-tiba ada orang ke, ular ke, rimau ke nak baham tak ke naya?

" Entah... maybe... lima hari kot..." jawab Namjoon selepas berdiam seketika. Yongsun mengeluh. Pakaian yang dipakainya kini comot. Pulak tu, makanan pun terpaksa makan daun-daun kayu dan buah-buah yang tak dikenal pasti beracun ke tak. Air? Kome tunggu jelah hujan turun.

" Awak.. saya takut.. saya nak balik... " Yongsun merengek sambil matanya melilau-lilau takut. Namjoon terpaksa bertahan dengan karenah Yongsun yang agak mengada di tengah belantara.

" Shhh~ " Namjoon membuat isyarat diam. Yongsun mengerutkan dahi dan mengangkat sedikit kepala sebagai tanda 'apa?'.

Namjoon mendekati Yongsun yang kira-kira 7 langkah jauh darinya. " Dengar tak ? " Tanya Namjoon. Yongsun terdiam, cuba mendengar dengan fokus.

Prak.. prak..

Serta-merta Yongsun menggigil. " B-bunyi ap-apa tu awak ? " tanya Yongsun. Namjoon menggeleng tanda tidak tahu.

" Rasanya... bunyi orang pijak ranting kayu.. " Namjoon separuh berbisik. Automatik Yongsun memeluk Namjoon ketakutan.

" Aw-awak or-orang apa pulak kat tengah hutan ni? "

" Molla~ Awak duduk sini diam-diam. Biar saya tengok , "

" Ja-jangan. Saya takut.. "

" Gwaenchanha. Duduk sini diam-diam tau.. "

Yongsun terpaksa membiarkan kelibat Namjoon hilang dari pandangannya. Walaupun hari siang tapi...

Sorang diri tengah hutan.

Dengan bunyi pelik tak dikenal pasti dari mana.

Tak ke seram tu?

" Arghhh ! "

Yongsun kaget. Suara itu bukan sura Namjoon.

" Lepaskan aku! "

" Kau fikir aku nak lepaskan kau ?!! "

" Bukk! "

" Sial jahanam kau! "

Yongsun kaku kala ini. Tidak berani ke depan, berundur pun tidak mahu.

Seketika kemudian kelihatan rimbunan semak di hadapannya bergerak kasar. Yongsun menyediakan kakinya untuk berlari jika bahaya menyibuk.

Tapi yang muncul ialah Namjoon. Perkara itu membuatkannya lega namun wajah Namjoon yang memiliki kesan torehan menghairankan Yongsun.

Belum sempat Yongsun bertanya, Namjoon terlebih dahulu menariknya pergi.

" YONGSUN-AH LARI CEPAT! "

" Huh ? "

Walaupun tengah blur tapi terpaksa jelah diikut langkah Namjoon. Daripada kena tinggal tengah hutan sorang-sorang.

¤¤¤¤¤

Meanwhile...

" Wehh korang aku tak sedap hatilah.. " kata Seokjin tiba-tiba. Semua mata beralih memandangnya.

" Kenapa pulak hyung ni? Takkan tak sedap hati sebab sale barang dapur nak habis kot , " usik Taehyung. Jimin dan Jungkook terkekeh-kekeh ketawa.

" Ishhh budak-budak ni! Bukanlah! Takde kerja aku nak ingat benda tak penting! " bentak Seokjin membuatkan mereka terdiam terus.

" KangIn... " sebut Hoseok tiba-tiba. Seokjin memandang Hoseok yang kelihatan seperti masih termenung lagi.

" Eihhh apesal aku tak sedap hati nihh? Jangan cakap KangIn dah jumpa Namjoon dengan Yongsun! " tiba-tiba Hoseok mendegus membuatkan mereka terperanjat.

" Kau pun rasa macam tu ? " Tanya Seokjin. Hoseok mengangguk perlahan. " Hyung~ aku takut KangIn apa-apakan diorang... " Hoseok meluahkan kerisauannya.

Seokjin mundar-mandir. Kata-kata Hoseok tadi menambahkan kerisauannya. Maknae line hanya diam kebingungan.

¤¤¤¤¤

Malam itu...

Seokjin, Jimin, Taehyung dan Jungkook terpaksa pulang ke dorm kerana sekolah pada keesokan hari. Mark pula mengikut ayahnya ke Amerika semula atas urusan kerja.

Tinggal Hoseok bersendiri di dalam wadnya.

Golek sana golek sini dah macan hantu pocong bergolek-golek, tapi tetap dia tak boleh tidur. Malam itu terasa panas. Air-cond seolah-olah tidak berfungsi. Malam itu dilaluinya dengan resah gelisah.

Entah apa yang mengganggu fikirannya, Hoseok sendiri tidak tahu. Mungkin kerana KangIn terlepas? Mungkin kerana tiada sesiapa menemaninya? Ah~ Hoseok bingung sendirian.

Sedang dia cuba melelapkan mata, terdengar bunyi tapak kaki di luar wad. Hoseok terkaku. Entah siapa pula mahu datang pukul 3 pagi?

Hatinya menanti penuh debar. Pintu wadnya terkuak sedikit, terjegul muka seorang wanita berpakaian jururawat di sebalik daun pintu. Hoseok menghembus nafas lega.

" Encik Jung tak tidur lagi? Saya nak tutup lampu sebenarnya ni , " ujarnya lembut.

" Err.. sa-saya nak.. er.. ca-cari benda kejap. N-nati saya tutup sendirilah lampu tu," bohong Hoseok sedikit tergagap. Jururawat itu hanya tersenyum lalu mengangguk.

Sebaik pintu ditutup..

" Ahhhhh! "

" Huh? " Hoseok blur. Dia yakin itu suara jururawat yang menemuinya tadi. Mengapa pula dia menjerit?

Sekali lagi pintu dibuka. Hoseok cepat-cepat menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Badannya menggigil dan berpeluh walaupun air-cond terpasang.

Tap.. tap.. tap..

' Eiihhh apa benda pulak ni.. pergilah main jauh-jauh... ' rengrk Hoseok dalam hati. Tidak berani langsung dia bergerak.

Tup!

Hoseok tahu seseorang sudah menutup suis lampu. Cahaya yang memasuki matanya sudah hilang. Tapi dia tetap tak berani bergerak walau secuit.

Sss....

Hoseok gementar. Sesorang menyeret sesuatu yang halus pada selimut itu. Serentak itu kulitnya terasa pedih.

Setelah diamati rasa sakit itu, Hoseok sedar yang 'orang' itu menggunakan benda tajam untuk menggores kakinya. Ketakutannya bertambah hebat.

Di sebalik cahaya bulan yang menerobos masuk, Hoseok dapat melihat bayang seseorang sedang merenungnya kini. Jantungnya berdegup dua kali ganda jauh lebih kencang.

Dilihatnya bayang itu bergerak, mengangkat tangannya. Tergenggam sesuatu yang runcing di tangannya.

Hoseok tidak sanggup melihat lagi. Terus memaksa matanya ditutup, rapat.

SSAK!

~~

Death Highschool 「와」 Endless RevengeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora