ER [ Final ]

708 85 7
                                    

A/N : Sila mainkan media.

Youngjae terus jatuh pengsan selepas menjerit disebabkan ngeri melihatkan kepala Yuki yang pecah sepertiga. Otaknya yang lembik menjejeh keluar jatuh ke tanah. Darahnya terpercik mengenai KangIn yang sudah terpejam rapat matanya, tidak lagi bergerak.

Sohee dan Yongsun berpelukan menutup mata. Pada masa yang sama, Jaebum sudah berjaya memotong wayar pagar elektrik itu lalu menarik Jinyoung dan Junhae keluar pada kadar segera.

Tubuh Yuki pegun selama lima saat sebelum jatuh menimpa Mark yang cemas cuba mengejutkan KangIn. Serentak itu Mark merasa kepalanya diserang pening yang teramat, ditambah pula silauan matahari yang terik memancar sedangkan dia baru sahaja bebas dari tempat kedap cahaya bawah tanah.

Dalam kekalutan, mata Mark sempat menangkap kelibat seseorang yang berjubah putih di bumbung, pada tangannya tergenggam kemas sepucuk pistol. Rambut putihnya panjang mengurai ditiup angin. Tersenyum ke arah Mark sebelum dia hilang di sebalik angin bersama juraian air mata.

Tanpa mempedulikan suasana, Jaebum memulakan pergaduhan dengan ketukan buku lima pada kepala Jinyoung sebaik sahaja lelaki itu melabuhkan punggung di bonet kereta.

" KAU KENAPA?! DAH PUAS HIDUP?! "

" EH KAU TU YANG DAH PUAS HIDUP. Kau tau tak betapa payahnya nak cari engkorang dengan klu yang kau tinggal tu?! "

" Klu amende pulak dah?! "

" Yang kau hantar kot email tulah! "

" Eh pakcik tolong sikit eh email aku tu entah apa ke menjadah password dia pun aku dah lupa! "

" Tapi.. Boleh je kau bukak kat phone kau...? "

" Phone aku? "

" Yalah. Ni? " Jaebum menayang handphone yang dikeluarkan dari poketnya.

" Tu bukan phone akulah! Phone aku ada kat poket beg ni! " nafi Jinyoung lalu mengeluarkan handphone miliknya dari poket beg sandang itu menyebabkan Jaebum terkesima.

Raymond pula menolak tubuh Yuki yang berada dalam keadaan jijik dan mengerikan itu ke tepi. Mayatnya diurus oleh pihak polis.

Sohee menyapu-nyapu luka yang terdapat pada seluruh wajah Mark, langsung tidak terperasan yang Mark mengalihkan matanya memandang KangIn yang sudah dipeluk kemas oleh Yongsun yang memerah matanya kerana menangis.

" Oppa tolonglah bangun! " raung Yongsun sekuat hatinya. Tubuh KangIn digoncang-goncang memaksa abangnya bangun. Namun hampa, KangIn tidak memberi reaksi apapun.

Walaupun Yuki tidak mati di tangannya, tetapi dia mati dalam keadaan perit dan keseorangan, tanpa ada yang mempedulikan pemergiannya.

Sekarang baru dia rasakan segala kepahitan yang perlu mereka telan selama ini.

Tetapi dengan berakhirnya hidup Yuki, adakah dendam itu akan turut dibawa pergi?

Mata Mark terus terpejam rapat.

✽✽✽

『 Sebulan kemudian 』

+ 11 a.m +

Junhae meletakkan sejambak bunga ros gabungan warna putih kuning di tepi sebuah batu nisan berukiran perak. Dia sengaja memilih dua gabungan warna itu untuk melambangkan kesedihan dan persahabatan.

Hari itu, mereka semua berkabung dengan pakaian serba hitam dan tanpa sebarang perhiasan walaupun sekadar pin rambut. Pusara bertanah merah yang baru dikambus pagi itu menjadi tumpuan.

“ Terima kasih sebab lindungi kami. Terima kasih sebab pertaruhkan nyawa demi kami. Selamat tinggal ” bisik hati Junhae. Sudah pastinya tiada sesiapa dapat mendengar.

Yongsun menghela nafas lemah lalu melangkah turun dari perkuburan yang terletak di bukit itu, dituruti Sohee yang memiliki agenda lain. Tidak lama kemudian, seorang demi seorang berlalu meninggalkan tempat berlatar belakang kesayuan itu hingga tinggal hanya seorang sahaja yang masih termenung.

Mark Tuan. Dia masih dibelenggu rasa bersalah terhadap Yongsun, disebabkan dialah gadis itu kehilangan satu-satu abang yang dimiliki.

Mark membaca bait perkataan pada batu itu buat kesekian kalinya.

김강인 • Kim Kang In
8.9.1996 – 3.10.2013
영원히 기억할께

“ Terima kasih, KangIn.
Terima kasih sebab sedar kesalahan kau. Terima kasih sebab berubah. Terima kasih sebab sanggup bahayakan diri. Terima kasih sebab selamatkan kami. Terima kasih sebab berkorban untuk kami. Terima kasih untuk segalanya ” Mark berjeda kerana dia tidak mampu terus menahan tangis. Matanya jelas memerah dan berair lalu dikesat lembut.

“ Aku maafkan kau. Jadi tolong.. Maafkan aku juga.. ” Mark yang sedari tadi duduk melutut kini berdiri, menunduk hormat lalu melangkah pergi.

Jinyoung yang sememangnya menantikan Mark terus memaut bahunya dan berjalan bersama. Tetapi entahkan sengaja atau tidak, Mark langsung tidak mengendahkan Jinyoung malahan matanya memandang sederet perkuburan yang sudah ditumbuhi rerumput.

“ Kau pandang apa lagi tu? Cepatlah, dah nak hujan ni! ” tegur Jinyoung lalu memandang langit yang dilitupi awan kelabu lalu memulakan sesi bebelan. Tetapi sayang Mark langsung tidak mengambil peduli isi ceramah panjangnya. Dia lebih berminat kepada pusara-pusara yang baru disinggahi Sohee tadi.

Ya. Kim Seokjin, Kim Taehyung, Park Jimin, Jung Hoseok, Jeon Jungkook, Kim Namjoon, Min Yoongi dan juga... Min Woozi.

Angin bukit bertiup kencang, menerbangkan dedaunan kering. Jinyoung berlari meninggalkan Mark memandangkan hujan sudah merenyai turun namun Mark tidak peduli.

Saat kaki memijak anak tangga pertama, pusara mereka yang dipayungi pohon berdaun lebat ditatap lalu dia tersenyum ikhlas buat kali pertama.

“ Nampaknya masa aku untuk bersama korang masih lambat lagi ” monolog hati kecilnya lalu di menoleh ke arah yang ditujunya.

Hatinya masih memainkan kata-kata.

“ We may separated into two different world now. But I want you to know that our friendship will last forever :) ”

“ We'll meet again, my dear friends ”

Masa untuk mulakan hidup baru yang bahagia, kerana dia masih memiliki orang yang dicintainya.

— The End

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now