DH ✏️ 6

2.2K 224 16
                                    

Semua mata beralih ke arah Woozi yang tersengih ceria di muka pintu. Yoongi tersenyum kelat.

“ Yah! Kau pergi mana hah?! Puas aku cari ! ” Jungkook bercekak pinggang tidak puas hati. Woozi tersengih sambil menggaru kepalanya yang dihiasi rambut putih yang sekali pandang macam uban penuh atas kepala.

“ Mian. Mian. Aku ada hal ” ujarnya sebelum menutup pintu. Dan seterusnya badan Woozi yang tak berapa tinggi itu mendarat di atas katil Jungkook yang boleh tahan luas. Pandangan membunuh Jungkook tidak dihiraukan.

“ Nak tidur dengan kau boleh tak? ” pintanya selamba dengan bersilang kaki. Bak kata yang popular, buatlah macam katil sendiri.

“ Boleh tu boleh. Tapi aku tidur ganas sikit. Kalau jatuh jangan marah ” Jungkook me-warning awal-awal dan setelah itu Hoseok terus berlari ke katil milik sendiri.

“ Oh yeah! ” Woozi terus menyungkurkan dirinya yang tadi bersila sopan.

Tup!

“ Omma! ”

“ SETAN MANA TUTUP LAMPU NI HAH SETAN?! ”

“ JAGA MULUT KAU KIM NAMJOON! ”

“ Baru pukul berapa duh! ”

“ Awal gila tutup lampu syall! ”

Kedengaran suara-suara memprotes makhluk yang menutup lampu dorm.

“ Gaiss! Tolonglah tidur sekarang dan jangan menggedik nak bergerak walaupun secuit! ”

Tegas suara itu. Semua terkedu.

“ K-kenapa? ”

“ Kalau kau masih nak hidup, dengar apa yang aku cakap ” dan kesemua mereka menyerbu katil sendiri dan tidur berselubung.

Tap... tap... ❞

Kedengaran tapak kaki berjalan di atas lantai tanpa kasut. Kedengaran seperti tapak sengaja dihentak keras.

Seokjin berpeluh-peluh di sebalik selimut namun dia cuba untuk bertenang dengan menyanyi kecil lagu yang membuai perasaan.

Namjoon terasa nak menangis namun kerana dia ialah yang paling tabah antara mereka, hatinya separuh berjaya membuang rasa takut yang membunuhnya.

Yoongi kaku seperti patung mannequin yang tidak bernyawa. Cuba menepis rasa takut dan trauma yang pernah dialami kerana kejadian ini.

“ Omma... tolong Hoseok ” doanya berkali-kali. Sungguh Hoseok rasa hendak berlari keluat dari asrama menakutkan itu namun apabila terfikir kemungkinan makhluk di luar itu bakal mengejarnya, dia cuba bertahan.

Akhirnya mereka semua terlelap dalam kepanasan dan keseksaan.

❝ Arghh!! ❞

✽✽✽

“ H-hyung... ”

Jungkook bersuara dalam kepayahan. Hmm... nampak gayanya demam Seokjin berjangkit pada si maknae.

“ N-nae? ”

Entah kenapa pagi itu mereka semua diserang penyakit gagap. Namun status Yoongi masih belum diketahui kerana seperti biasa dia ‘menyimpan emas’ di dalam mulut kecuali menjawab pertanyaan yang perlukan penjelasan panjang lebar.

“ Ap-apa y-yang jadi malam tadi? ” Jungkook menatap wajah Seokjin. Namun Seokjin tidak tahu hendak menerangkan memandangkan dia juga pelajar baru.

Seokjin memandang Namjoon. Namjoon memandang Hoseok. Hoseok memandang Jimin. Jimin memandang Taehyung. Dan mata Taehyung terarah pada Yoongi yang duduk di atas katil, separa badannya ditutupi selimut dan termangu. Yoongi, satu-satu manusia yang tahu berkenaan kejadian malam tadi

“ Yoongi hyung~ ” seru Jimin. Yoongi memandang Jimin kosong. Namun dia memahami kehendak enam orang lelaki yang juga roommate-nya. Yoongi menghela nafas berat.

“ Perempuan tu... Hyo Yuki. ‘Penunggu’ sekolah ni ” ujarnya. Kepalanya disandarkan di dinding.

“ Hyo Yuki? ”

“ Hmm... ”

“ Dia akan muncul sekali setiap bulan. Mencari korban sebagai makanan dia. Pada setiap anak bulan ” cerita Yoongi.

“ Pada setiap anak bulan? ”

“ Bukan pada bulan purnama ke hyung? ” Yoongi menjeling Namjoon yang nampak sangatlah suka tengok cerita seram.

“ Cahaya merupakan kelemahan dia ” mereka semua mengangguk faham.

“ Then, kenapa tak serang dia dengan cahaya? ” Tanya Jungkook.

“ Kitorang tak tahu dia duduk kat mana. Takde sorang pun tahu. Siapa je sanggup nak cari? Dia tu ‘pemburu’ cekap. Silap-silap masa tengah cari tu dia nampak dan tunggu masa kita terleka je untuk serang. Kalau tahu kat mana dia tinggal pun, takkan sempat bercerita. Orang kata dia tinggal kat macam-macam tempat kat sekolah ni. Paling popular tingkat 3 Blok F. Tapi, sesiapa yang pergi ke tingkat atas tu akan hilang dan takkan kembali ” terang Yoongi.

“ Korang! ” Kedengaran bunyi pintu diketuk. Yoongi terus menghampiri pintu yang macam macam nak roboh dah.

“ Nuguseyo? ”

“ Akulah! Wonho! ”

Selak pintu dibuka. Wajah penat Wonho ditenung. “ Waeyo? ”

“ Yoongi... s-semalam... dia.. datang serang roommate aku ” cerita Wonho.  “ Mwo? ”

Yoongi menarik Wonho masuk. Pintu ditutup lalu dia duduk di sebelah Wonho yang bersandar di tepi dinding. Enam orang lagi tergigit bibir sendiri.

“ Apa kau cakap? ” Yoongi menadah telinga. Enam lelaki yang setia bersila di atas katil turut melebarkan piring telinga.

“ S-semalam... sebelum blackout... Hyunwoo hyung pergi ke tandas. Bila blackout, aku, Minhyuk dengan Kihyun cuba nak cari dia. Juheon, Hyungwon dengan I.M tinggal kat dorm. Dekat lorong menuju ke tandas tu, kitorang dengan ada orang menjerit. Jadi kitorang lajukan lagi berjalan. Bila kitorang sampai kat tandas, kit-kitorang nampak.... Yuki... tsk tsk... ” tiba-tiba sahaja air mata merembes laju membasahi pipi Wonho.

“ Wae? Wae? Apa jadi? ” Soal makhluk penyibuk bernama Taehyung sambil menggigit bantal. “ Dia tengah makan Hyunwoo hyung! Huwarghh!!! ” Makin deras tangisan Wonho. Hoseok turut menangis-nangis. Tidak sanggup jika dirinya juga diratah lahap oleh makhluk tak berhati perut tersebut.

“ Apa?! ”

“ Kitorang terus patah balik ke dorm dan terus suruh diorang tidur sekali atas lantai. Dan tadi... kitorang tengok kat tandas... cuma kepala Hyunwoo hyung je yang tinggal ” Wonho menamatkan cerita sadis tersebut. Dan dia tersedu tidak behenti dengan mata memerah.

Bungkam. Masing-masing tidak tahu bagaimana harus bereaksi. Terdetik juga rasa menyesal pindah ke sekolah yang tidak disiasat latar belakang terlebih dahulu.

Dan Jungkook terperasan sesuatu.  Sejak malam tadi... selepas blackout, kelibat Woozi tidak lagi kelihatan.

Woozi... kemana kau pergi?



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now