DH ✏️ 27

2K 188 8
                                    

A/N : Kalau nak feeling lagi, silakan cari lagu Caravansary by Kitaro.

Semakin laju pusingan roda troli katil itu, semakin menggila perasaan enam anak muda itu.

Hati tidak putus-putus berbisik kata semangat buat lelaki yang terbaring, matanya tertutup rapat. Wajah Hoseok semakin berona putih pucat.

Setibanya di wad kecemasan, mereka berenam ditahan di hadapan pintu. Dengan pasrah, terpaksa jugalah mereka menunggu di kerusi yang disediakan.

Disebabkan hanya terdapat lima kerusi, Mark memilih untuk mundar-mandir di hadapan pintu, sekali tengok macam suami yang menunggu isterinya di wad bersalin.

Sesungguhnya dia masih terasa sangat-sangat bersalah. Mark tidak sudah-sudah menyalahkan diri sendiri akibat mencabar KangIn.

Dia seolah-olah terlupa pembunuh seperti KangIn tentunya seorang yang nekad, tidak segan membuat perkara sebegitu.

Akhirnya dia mengalah, tersandar lemah di daun pintu. Semakin melurut jatuh, memeluk lutut, matanya tidak henti mengalirkan air.

Satu jam...

Dua jam...

Yoongi menjeling sekilas jam yang melekat pada pada tangannya. Jam sudah lebih dari pukul 2 suku pagi.

Mengeluh lemah, perlahan-lahan dia mendekati Mark yang tertunduk, memandang lantai yang putih. Yoongi mencangkung di sebelah Mark yang kelihatan pasrah.

" Mark-ah~ "

" Kau baliklah dulu... tukar baju kau dulu... " mata Yoongi menatap T-shirt yang dipakai Mark, dicat dengan darah.

Mark hanya menggeleng perlahan, tanda tidak mahu. " Shir..shireo... na--na yeogi gidarisseo.. " bantah Mark perlahan.

" Mark hyung... better hyung balik dulu, tukar baju tu. Hyung rasa doktor akan bagi ke hyung lawat Hoseok hyung dengan baju bau darah... mengganggu sistem pernafasan ja.. " mendatar suara Taehyung cuba bergurau. Namun hanya disambut senyum hambar.

" Hyung balik dulu.. rehat.. kalau ada apa-apa nanti kitorang call , " sampuk Jimin sambil tersenyum. Mark memandang Yoongi, Taehyung dan Jimin silih berganti. Sebelum akhirnya mengangguk lemah setelah dipujuk.

Mark cuba untuk berdiri, dibantu Yoongi, kerana tampaknya Mark seperti hilang kudrat dan semangat.

Baru beberapa langkah Yoongi dan Mark menapak, Taehyung mememanggil mereka. Menggunakan ibu jari, Taehyung menunjukkan Seokjin dan Jungkook yang sudah terlentok lena dibuai mimpi.

¤¤¤¤¤

Seokjin mencuba membuka matanya perlahan-lahan, silau dek panahan cahaya entah dari mana.

Seketika berkelip-kelip, dia bingkas bangun dari 'penelentangan'.

" Aikk macam mana aku boleh sda kat dorm? Bukan semalam aku kat hospital ke? Siapa pulak bawak aku datang sini? Hoseok macam mana? "

Bertalu-talu soalan keluar dari mulutnya.

" Wow wow wow.. lek bradehh.. gosok gigi pun belum dah membebel-bebel.. nah.." Yoongi menghulur secawan teh apans kepada Seokjin yang masih blur.

" Kau nak ambik ke nak aku simbah kau dengan air teh ni huh ? " ugut Yoongi dan Seokjin terus merampas cawan itu.

" Mana Hoseok? Jimin? Taehyung ? Mark? " Seokjin menyoal laju.

" Taehyung dengan Jimin stay kat hospital. Mark pulak awal pagi dah ke hospital. Just kita bertiga je ada kat dorm sekarang ni , " kata Yoongi. Seokjin mengangguk faham.

" Macam mana kitorang boleh ada kat sini ? " soalnya lagi, pelik. Yoongi merenung Seokjin dengan pandangan hendak menelan.

" Hmpphh! Kau tau tak kalau ikutkan, tak ingin aku angkut korang balik! Tapi budak dua ekor tu paksa jugak. Kau tau tak, kitorang terpaksa heret kau sampai kereta? Orang tengok pun dah macam nampak aku tengah heret mayat tau tak! Payah bebenor nak kejutnya! " bebel Yoongi tanpa batasan. Terus meletus ketawa Seokjin.

Yoongi hanya memuncung. Setelah ketawa Seokjin reda, suasana kembali sepi. Mereka kelihatan termenung sendiri.

" Hoseok... " tiba-tiba terpacul nama itu. Seokjin memandang Yoongi yang terus faham maksud pandangan tersirat itu.

" Emm.. Tae call aku.. dia kata kesan kelaran tu dalam dan panjang sangat. Hampir je kena urat nadi Hoseok , " kata-kata itu membuatkan Seokjin jadi sesak nafas.

" But he's okay now. Just.. belum sedar lagi.. " ibarat baru menelan sebotol madu, Seokjin kembali menstabilkan pernafasan setelah itu.

" Wehh kau kejut Kookie aku nak gi hospital kayy " arah Seokjin dengan nada diktator yang kejam tanpa tolak ansur, dan terus mencapai tuala pingkeuu di belakang pintu, menuju bilik mandi.

" What the.. " Yoongi hanya mampu tercengang melihat kepantasan super turbo Seokjin. Lalu dia memandang Jungkook lama.

" Bukannya aku tak nak kejut.. "

" Masalahnya.. budak ni tido ke mati ? " tanya Yoongi sendirian.

Mana taknya, dia cuba mengejutkan Jungkook dengan cara memakaikan earphone, dan membuka lagu dengan volume tertinggi.. namun tiada hasil.

Dah gaya patung tak bernyawa aje si Jungkook tu. Masalahnya dia bernafas lagi.

Duhh... pelik betul.

¤¤¤¤¤

Terkedek-kedek Yoongi dan Jungkook cuba melawan lajunya kaki Seokjin. Bukan tu je, hampir semua benda yang menghalang jalan dirempuh oleh lelaki itu.

Setibanua di tingkat 3, Seokjin terus merempuh masuk ke wad Hoseok. Yoongi dan Jungkook pula terpaksa berhentk di luar seketika, tercungap-cungap menarik nafas.

" Dia-- memang-- selaluhh- macam ni-- ke ? " tanya Yoongi tercungap-cungap seraya bersandar pada dinding.

Jungkook yang sedang rukuk gaya terseksa terus mengangguk laju sebelum mengangkat kepalanya kembali. Peluh berkeringat terbit walaupun suasana macam dia ais kutub.

" Yang peliknya masa latihan lumba lari Seokjin hyung selalu dapat tempat last. Serius pelik , " sempat Jungkook mengupat hyungnya.

Kalau didengar, dikejarnya budak biskut tu dengan kuali satu hospital.

Tidak lama kemudian, pintu wad dibuka dan kepala Taehyung terjengul keluar.

" Engkau orang tak nak masuk ke apa ? " tanya Taehyung dungu, dibalas jelingan oleh Yoongi dan Jungkook sebelum keduanya menolak Taehyung ke tepi, dan meluru mendapatkan Hoseok yang masih tidak membuka matanya.

~~

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now