ER [ 19 ]

893 107 14
                                    

“ Ughh.. ” Mark membuka mata. Kepalanya berdenyut dengan kesakitan yang masih tersisa. Usai otaknya meneliti kedudukan diri yang sedang menunduk ke tepi, Mark segera mengangkat kepala.

“ Aishh jinjja... ” keluhnya perlahan. Dia cuba untuk bangun tapi terduduk kembali kerana tangannya tergari kemas di belakang kerusi.

“ Ugh! ” dengusnya perlahan. Seketika Mark diam, untuk memerhati keadaan sekeliling lalu menyedari dia berada di suatu tempat yang asing. Hanya dirinya seorang berada di situ. Terikat tidak bertenaga di atas kerusi kayu.

Darah yang mengalir dari dahi dan celah bibirnya sudah berhenti, tetapi kemeja sekolah dan blazer rasmi sudah tercemar oleh hanyir darah yang terbiar.

Hanya ada satu lampu gantung di situ. Itu sahaja sumber cahaya yang ada. Memang tak cukup untuk memenuhi ruang sepenuhnya. Pintu keluar pun tak nampak langsung. Cahaya matahari langsung tak masuk. Entah ada tingkap ke tak. Oleh itu, Mark tidak dapat mengagak masa terkini. Entah lama ke tak pengsannya tu.

Yang dia tahu, Jinyoung and those kids must been worried. Agaknya tengah kecoh cari dia satu daerah tu. Haih.

Appa? Appa mesti gelabah tak tentu hala. Mark kenal sangat dengan perangai ayahnya sendiri. Appa memang comel bila dia menggelabah.

Pedulikan orang yang takde kat depan mata. Sekarang, perempuan puntianak yang tak guna tu perlu dibereskan supaya tak menghabiskan oksigen kat muka bumi, sebab mereka takde kepentingan hidup kalau asyik menyusahkan orang lain.

✽✽✽

『  Meanwhile 』

❝ MARK!!! ❞

❝ TUAN YI-EN!! ❞

❝ WEH TOLONGLAH JANGAN MAIN SOROK-SOROK!! BUNIAN SOROK KAU KANG! ❞

❝ FVCK! MANA HYUNG NI?! ❞

❝ BERHENTI MENCARUT JACKSON WANG! ❞

❝ Yugyeom yang carut! Bukan aku! ❞

❝ Tapi pengaruhnya dari kau! ❞

Ya, tepat jangkaan. Enam manusia sibuk mencari lelaki bernama Mark Tuan Yi-En yang hilang sejak dua hari lepas. Report polis dah buat tapi tu lah, polis ni banyak prosedur mengarut nak kena buat. Lembap pulak tu. Haih!

“ Tunggu keputusan dari pihak kami ” ewah kau pikir nyawa manusia boleh buat main ke? Silap-silap keputusan keluar nanti jumpa mayat Mark je— astaghfirullahalazim.

Maka mereka membuat keputusan untuk mencari Mark dengan tenaga sendiri walaupun masing-masing dah penat. Yelah dah pukul 9 malam dah ni. Tapi sayang kawanlah katakan, redha jelah masa dihabiskan pun.

Raymomd pun masih belum dimaklumkan dengan kehilangan Mark. Al-maklumlah takde nombor telefon nak call pun. Pergi pejabat orangnya takde, sibuk memanjang.

“ Korang rasa mana Mark hyung pergi? ” soal Youngjae saat mereka semua melepaskan lelah dengan bertenggek di tangga lobi sekolah. Mereka semua menggeleng kepala tanda tidak tahu.

Mark ialah spesies manusia yang pendiam. Tak banyak cakap apatah lagi nak bercerita pasal diri sendiri. Ke mana dia suka pergi atau apa dia rasa semuanya terselindung disebabkan poker face dia. Poker face yang tak dapat dipisahkan sejak berkawan dengan Yoongi. Jadi agak mustahil untuk mereka meneka ke mana Mark melarikan diri.

“ Bangunan tu.. ”

Mereka semua memandang Jinyoung.

“ Korang tak rasa ke bangunan tu menarik ? ” soal Jinyoung seraya menghala lampu suluhnya ke arah bangunan yang tidak berani didekati sesiapa, Blok F.

“ Apa yang menariknya? Dahlah macam nak roboh pun ada! ” bidas Jackson. Menarik? Kehilangan Mark buatkan Jinyoung jadi butakah?

“ Maksud aku, menarik sebab kita tak cuba cari kat bangunan tu lagi ” kata Jinyoung lalu berdiri. Matanya masih tidak lepas dari memandang Blok F. Kesemua mereka berpandangan kaget sebentar.

“ Micheosseo? Bangunan tu kan bangunan terlarang? Sejak berpuluh tahun dulu lagi kot! ” bantah Jaebum.

“ Jaebum, kau sendiri cakap Mark masuk dalam sekolah semula, sorang-sorang untuk jumpa Sir Henry. Tapi Sir Henry sendiri dah cakap yang Mark takde jumpa dia dan dia tak panggil Mark pun. Tak mustahil Mark tipu kau untuk ke bangunan tu. Lagipun kita dah cari kat merata tempat kat sekolah, kecuali bangunan tu.. ” ulas Jinyoung panjang lebar.

“ Okay. Tapi apa motif Mark nak pergi situ pulak? ” soal Jaebum, masih tak puas hati. Kali ni siap silang tangan. Jinyoung terdiam sejenak.

“ Mungkin.. ” sahut Jackson. Kini perhatian beralih kepadanya pula.

❝ Ya. Hyo Yuki si vampire Blok F yang tak guna tu takkan hidup lagi tahun depan. Aku akan pastikan! ❞ — Mark

“ Seolma.. ” bisik Jackson perlahan. “ Wae? Wae? Seolma mwo? ” Bambam mula mengendeng. Jackson memandang Jinyoung.

“ Mark hyung pernah cakap yang dia takkan biarkan— ”

“ Yuki hidup ” sambung Jinyoung dan Jackson serentak. Yang lain memandang mereka pelik.

“ Yuki? Siapa? ”

Jackson dan Jinyoung tidak menjawab, sebaliknya memandang sesama sendiri, dan bagai berhubung melalu telepati, serentak mereka berdua berlari ke satu arah. Terkocoh-kacah empat lelaki yang terpinga-pinga di belakang mendapatkan mereka.

Dan mereka berhenti di hadapan pintu masuk Blok F yang kelihatan suram dengan aura membunuh. Sesiapa pun yang mendekat pasti akan melarikan diri.

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now