DH ✏️ 28

2K 191 9
                                    

" Porphyria ? "

Yoongi mengangguk yakin. Tika itu hanya mereka berenam di dalam wad yang menempatkan Hoseok. Ke-lima lima mereka memayang muka blur, memandang Yoongi.

" Porphyria ni sejenis penyakit, di mana penghidapnya bertindak seakan-akan vampire. Penyakit ni tak berjangkit, tapi boleh diwarisi melalui keturunan. Porphyria berasal dari perkataan Yunani, porphura yang bermaksud ungu. Sebab warna beberapa bahagian kulit pesakit ni hampir menyamai warna ungu. Pelik, kan? Actually porhyria ni ada banyak, tapi Yuki ni menghidap Cutaneous porphyria. Ia akan serang neuron saraf kulit, menyebabkan mereka jadi sensitif pada cahaya ultraviolet matahari. Biasanya pesakit porphyria ni bermuka pucat, lesu dan tak bertenaga. Pesakit porphyria juga kekurangan satu jenis darah penting, hemoglobin. Takde hemoglobin, takde darah dan tak bertenagalah. So that's why para nujum dan doktor pada zaman dulu sarankan pesakit-pesakit ni minum darah untuk dapatkan tenaga, " terang Yoongi panjang lebar, dan ayat terakhirnya berjaya membuatkan mereka membuat muka jijik.

" Euwww aku lagi rela mati dari kena minum darah. Euwww menjijikkan , " protes Taehyung dengan gayanya sekali.

" Lagi rela mati konon. Pegang pisau pun dah meraung macam nak kena tikam , " ejek Jimin, menyampah. Terus libasan tangan Taehyung hinggap di perutnya.

" Eiishhh this kid , " Jimin membalas kembali dengan melempang pipi Taehyung. Ternganga lelaki itu jadinya. Penamparnya pula hinggap di mata Jimin yang sedang meniup tangan, bangga.

Jungkook, Yoongi dan Seokjin hanya memerhati pergaduhan mereka. Tanpa sedikit pun niat hendak menghentikan.

Namun mata mereka membulat apabila telapak tangan Taehyung hinggap di wajah Hoseok. Tapi bukan itu yang membuatkan mereka terkejut. Sebaliknya bunyi mengaduh yang datang dari mulut Hoseok.

Mereka semua terus mengerumuni lelaki yang sedang terbaring itu dengan perasaan curious bercampur gembira.

" Kau orang ni dalam hospital pun boleh main-main lagi. Nasib baik kau cepuk muka aku. Kalau kena leher aku tadi, aku mati jadi hantu aku sembelih kau pulak, " Taehyung dan Jimin tidak mempedulikan isi bebelan itu, sebaliknya terus memeluk Hoseok.

" Hyung! Neoneun ireonna!! " jerit maknae line teruja. Pelukam dikemaskan sampai sesak nafas Hoseok jadinya. Nasib tak mati terus.

" Woii mati sepupu korang ni karang , " tegur Yoongi dengan nada teruja. Maknae line terus meleraikan pelukan. Wajah Hoseok yang masih kelihatan tidak bermaya ditenung penuh tanda tanya.

" Tak payahlah pandang macam nak makan aku. Aku dah sedar dari semalam broo... tapi masa tu Mark je yang belum tidur. Taehyung dengan Jimin dah berdengkur tidur kat bawah , " tanpa ditanya Hoseok menyusun kata.

" SIAP KAU MARK ! "

Seokjin tersengih. Memandangkan keadaan makhluk-makhluk yang masing-masing mengugut Mark yang tiada di ruang wad itu, dia teringat kepada Namjoon tiba-tiba.

¤¤¤¤¤

Meanwhile...

Daegu-si Mega Hospital
Psikiatry ward

" Lepaskan akulah! "

" Kau siapa nak paksa aku ?! "

" Selimut tu panaslah gila ! "

" Arghh panas !! "

" Tutuplah benda tu bodoh! "

Tidak dihiraukan kata-kata makian tersebut, malah seramai sepuluh orang kakitangan hospital di bahagian psikiatri terus-terusan berusaha menangkap Yuki yang kerap kali melarikan diri, keluar dari wadnya.

Namun larian Yuki tidak lama apabila tiba di bahagian koridor sahaja, dia sudah menggelupur kepanasan. Hal itu menyebabkan pihak kakitangan tidak perlu membazir tenaga mengejarnya.

Akhirnya kedua belah kaki dan tangan Yuki berjaya diikat pada besi katil. Namun begitu kata-kata kesat masih kedengaran. Menyakitkan telinga, lalu doktor yang bertugas menyuruh salah seorang jururawat menyuntik ubat bius pada lengan Yuki.

Barulah dia terdiam.

Di luar wad, seseorang sudah menunggu dengan setia. Sekali-sekala memerhati pesakit mental yang berkelakuan aneh dan gurauan menggerunkan.

" Mark ," panggilnya. Mark segera menoleh dan berdiri apabila namanya dipanggil. Lelaki separuh umur itu didekati. "Appa..." panggilnya. 

" Macam mana dengan dua orang kawan Yoongi yang katanya.. tak jumpa lagi tu? " Mark mengeluh mendengar soalan appanya. Ya, Yoongi sudah memaklumkan tentang Namjoon dan Yongsun yang sehingga hari ini masih tidak ditemui.

" Mollayo, appa. Nobody knows where they are.... Diorang hilang macam tu je, tiba-tibe tak balik, dari waktu sekolah masih dijalankan, " kata Mark. Suaranya turut menandakan dia simpati terhadap kehilangan dua manusia yang tidak diketahu masih selamat atau... ermm.

" Gwaenchanha. Chingu appa anggota sukarelawan penyelamat. Appa akan minta tolong diorang , " Raymond Tuan memberi jaminan seraya menepuk bahu anaknya. Mark tersengih setuju, gembira memiliki ayah seperti Raymond yang sporting.

" Oh by the way, kdah cuba cari mereka di hutan dekat dengan sekolah tu? " tanya Raymond tiba-tiba. Mark kelihatan tercengang seketika, wajahnya juga kelihatan seperti sedang berfikir.

" Cadangan yang bagus appa. Okay Mark nak jumpa diorang kejap annyeong! " Mark terus berlari meninggalkan appanya yang masih berdiri di hadapan wad Yuki. Dengan pecutan raja cheetah, tanpa henti kakinya berlari ke wad Hoseok.

Sampai-sampai je, terus dihempas pintu. Terhinjut bahu enam namja yang bertapa di dalamnya. " Kau kenapa huh? Nak mati awal cakap! Ni lagi satu pahal kau tak bagitahu kitorang yang Hoseok dah sedar dari semalam huh ? " bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Yoongi namun semuanya dijawab dengan sengihan. Jimin, Taehyun dan Jungkook turut memandang Mark dengan pandangan tidak puas hati.

" Yoongi, korang dah cari ke Yongsun dengan Namjoon dekat hutan sebelah sekolah korang tu ? " tanpa menghiraukan padangan mata mereka, Mark terus menanya. Yoongi dan Seokjin saling berpandangan. Kemudian mereka menggeleng. Namun riak wajah menunjukkan ada harapan di hati.

" OMG kalau betul diorang kat hutan tu, means Namjoon hyung dengan Yongsun noona sebenarnya dekat jelah kan? " soal Taehyung, dan akhirnya mereka bersorak mendengar kenyataan logik itu.

" Hajiman...! " kata Mark separuh  menjerit. Sekali lagi, pandangan tidak puas hati dihunus. Iyalah, baru nak happy-happy dia spoil pulak.

" Bukan ke KangIn lari ke sana juga?" terdiam kesemua lelaki itu. " Kalau dia jumpa Yongsun dan Namjoon.... ? " Mark menambah. Dan mereka tersentak, kerana tidak memikirkan akibat jika Nam-Sun terserempak dengan KangIn.

Suasana meriah tadi kembali suram.

~

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now