DH ✏️ 24

1.9K 179 5
                                    

Sesudah sesi menyanyi dalam bilik air yang mengikut kepercayaan Muslim boleh mengundang setan suka berdamping dengan kau, Yoongi mengheret Mark ke perpustakaan mini di tingkat tiga.

Di sana Yoongi menceritakan from A-Z asbab dia datang ketika Mark tengah bahagia membuta. Mark pula mendengar dengan mamai. Agaknya disimbah air sejuk pun belum tentu sedar sepenuhnya.

“ Kau dengar ke tak ni ?! ” Yoongi menghentak Kamus Oxford ke meja. Tersentak Mark dibuatnya. “ Dengar, dengar. Okay... so kau nak buat apa ? ” tanya Mark dengan muka blur. Yoongi merenung Mark tajam, Mark hanya tersengih tersipu-sipu.

“ Kau rasa aku nak buat apa sekarang? ”

“ Ermmm... siasatlah.. kot... ”

“ Tch.. tch... tch... Salah. ” Yoongi menggelengkan kepalanya berkali-kali sebelum kembali menatap Mark, tajam.

“ Aku betul-betul nak humban kau dari tingkap ni sekarang ni ”

“ Errr.. okay okay. Kau tunggu kejap ” Mark bangun dari duduknya. Pergi ke rak berlabel ❛ Psychologist ❜. Rak ini wujud kerana Raymond Tuan, ayahnya merupakan seorang doktor yang bekerja di wad psikiatri.

Mata Yoongi tak lepas memerhati tindak-tanduk Mark yang mengusap dagu ala-ala.professor. Yelah, takut nanti dalam duk fikir macam Albert Einstein tu, tertidur pulak dia nanti.

Seminit...
Dua minit...
Tiga minit...
Lima minit...
Sepuluh minit...

Yoongi menguap dan memandang Mark geram. Mark pula masih kekal dengan gaya professor dia. Lantas satu buku berdekatan dicapai.

“ Aduh! ” Mark menggosok kepalanya. Memandang Yoongi yang bermuka tak bersalah dengan perasaan geram.

Buku yang jatuh tadi diambil. Lantas dibaling kepada Yoongi namun dengan bergayanya dielak seraya ketawa berdekah-dekah.

Pap!

Kali ni Mark pulak yang gelak tak ingat dunia. Tapi tak lama bila satu buku hinggap di muka pula.

Akibat dari itu.. mulalah sesi ‘Mari Membaling Buku’ dianjurkan oleh Mark Tuan dan Min Yoongi.

Bak!

Ah sudah~ Kedua-duanya tergamam. Muka merah Raymond Tuan di pintu dipandang takut.

“ Bertuah punya budak berdua! Kemas balik buku-buku tu! ” Suara halilintar itu menyebabkan kedua-duanya kelam kabut mencapai kesemua buku yang berterabur di atas lantai.

“ Lepas ni jumpa appa kat bawah! Hmph! ” Pintu dihempas dan mereka memandang sesama sendiri.

“ Kaulah ni! ” Mark membaling buku ke arah Yoongi namun dibalas kembali.

“ Tuan Yi En! Min Yoongi! ”

“ Arasseo appa arasseo! ”

✽✽

Diam.

Masing-masing tiada eye contact kecuali Raymond Tuan. Konfem diorang takut dengan appa Mark lepas kena marah.

“ Apa masalah kamu berdua sebenarnya? ” tanya Raymond.

“ Err... ”

“ Apa er.. err? Cakaplah! ”

Mark menyiku Yoongi. Yoongi menyiku Mark kembali sampai pening kepala Raymond jadinya.

“ Err... kau ceritalah ” kata Mark. Yoongi merenung Mark dengan tidak puas hati namun menyedari pandangan Raymond terarah kepadanya, terpaksa diceritakan segalanya buat kali kedua.

Raymond hanya mendengar kata-kata Yoongi tanpa mencelah. Lantas dia mengerutkan dahi sesudah Yoongi bercerita.

“ Appa rasa appa pernah dengar pasal ni... ”

“ Memanglah. Daegu Last Highschool tu popular satu Daegu ”

“ I'm not talking about that. I mean ‘simptom’ yang Yoongi cakap tadi ”

Mereka hanya diam memerhati Raymond yang kelihatan cuba mengingati sesuatu.

“ Ahah! ” Raymond bangkit dan membuka laci yang berada pada rak yang menampung TV diatasnya.

“ Ah~ This old book ” Di tangannya ada satu buku yang setebal Kamus Oxford. Yang sudah agak usang dan berhabuk. Kelihatan seperti baru dikeluarkan setelah berkurun lamanya ‘bertapa’ di dalam laci.

“ Aikk... buku apa tu appa? Tak pernah nampak pun? ” tanya Mark pelik. Sepanjang hidupnya, tak pernah pula dia tahu buku tu pernah wujud di rumahnya.

“ Memanglah. Buku ni tak pernah appa keluarkan lepas kamu lahir. Appa sayang buku ni... Ini hadiah terakhir dari kawan appa, sebelum dia maut dalam feri yang tenggelam di Scotland. Disebabkan bidang vampire ni takde kena-mengena dengan kerjaya appa, appa cuma simpan je. ” terang Raymond membuatkan Mark terangguk faham.

✽✽

“ Adumak mana pulak si pinggan kaca nih.. keluar dahlah tak bagitau. Dibuatnya dia tak balik-balik macam Namjoon jugak macam mana? Siapa susah? Sekolah jugak ” Seokjin masih membebel-bebel apabila melihat katil Yoongi masih kosong sejak dari pagi sampai malam.

“ Sejak bila pulak nama Yoongi hyung jadi pinggan kaca? ” tanya Taehyung dungu. Namun dibalas jelingan oleh Seokjin.

“ Nak melawak sikit pun tak boleh.. ” bisik Taehyung sendiri sambil mencebik.

“ Lahaiii Namjoon oii baliklah cepat. Makin gila hyung kita nih.. ” keluh Hoseok. Seokjin jadi 100% kuat membebel selepas kehilangan Namjoon. Kalau tak satu benda pun dia tak peduli.

Nenek kebayan pun tahu nak berhenti membebel kott.

Kerana masih hormatkan hyungnya yang seorang itu, Jimin menahan diri dari mengikat Seokjin di tiang katil.

‘ Omma... Kookie nak tidur.. ’ rungut Jungkook dalam hati. Suara Seokjin betul-betul mengganggu dirinya yang hendak tidur. Hatta berselubung dalam selimut pun masih tak boleh hilangkan suara Seokjin dari telinga.

Nak dengar lagu pun handphone habis bateri. Kosaba jelah.

Bebelan Seokjin berhenti apabila seseorang mengetuk pintu.



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now