DH ✏️ 15

1.9K 196 8
                                    

Jungkook masih termenung mengingati perbualannya dengan Mrs. Jung siang tadi.

Macam mana kamu boleh kenal Woozi sedangkan kamu pelajar baru ?

Apa maksud saem ? Dia kan seatmate saya

Maksud saya... dia dah takde... kira-kira seminggu sebelum kamu masuk sampai sekarang. Pihak sekolah terima kamu untuk ganti posisi Woozi

Kalau betul apa yang dikatakan Mrs Jung, jadi selama ni dia tidur dengan siapa? Rindukan siapa? Bercakap dengan siapa?

Kenapa Mrs Jung tak dapat melihat Woozi, padahal Seokjin hyung dan semua boleh nampak Woozi?

‘ Bukan ke diorang pun pandang aku pelik time aku bercakap dengan Woozi dalam kelas ? ’

“ JEON JUNGKOOK...! KAU TERMENUNG APA TU?! KAU PIKIR AKU TUNGGUL KE HAH?! ” Jerkah Taehyung yang tiba-tiba ada di sebelah Jungkook. Terjongket bahu Jungkook jadinya.

“ Bila masa hyung ada kat sini ? " tanya Jungkook terkejut dan secara tidak langsung mengabaikan soalan Taehyung.

“ Kira-kira setahun lepas.. ” jawab Taehyung geram.

Rasanya dah lebih 15 minit dia membebel kat tepi Jungkook. Boleh pulak Jungkook tak perasan dia ada kat tepi? Mintak kaki betul. Namun Jungkook hanya tersengih.

“ Ada apa hyung panggil aku? "

Taehyung mengeluh geram. Muka tak-tahu-apa-apa Jungkook dipandang sebal.

“ Inilah dia makhluk tak pakai telinga. Aku nak bersembang tadi kau palau. Pastu tadi Seokjin hyung punyalah panggil kau tak dengar? Orang lain semua dah turun makan, JUNGCOOK! ” terkulat-kulat Jungkook menerima ayat keras dari mulut Taehyung yang dah mula nak merajuk.

“ Err... mian, mian hyung. Ka–kajja... ” Jungkook tersengih bersalah dan dalam teragak-agak dia meraih tangan Taehyung.

Taehyung masih memuncung namun menuruti langkah Jungkook

✽✽✽

“ Mana Woozi ? ”

“ Woozi... Woozi... dan Woozi. Aku lempang sekali, muka senget ke tepi ” balas Namjoon sebal. Orang depan mata tak diendahkan, terus meluncur perkataan ‘Woozi’.

“ Eleh... dia pun sama. Yongsun, Yongsun, Yongsun. Macamlah dia takde hidup kau tak tersusun ” Hoseok memulangkan paku buah keras lalu Namjoon tersipu-sipu.

“ Yoongi hyung... ” panggil Jungkook lembut. Yoongi hanya menatal Jungkook kosong.

“ Hyung takde sembunyikan apa-apa dari kitorang... kan ? ” Yoongi sedikit tersentak. “ Sembunyikan apa, Kookie-ah ? ” tanya Seokjin pelik. Tapi Jungkook mengendahkan dan matanya masih tertumpu pada Yoongi yang merenung nasi macam nak telan.

Apa masalahnya kalau dia nak telan nasi tu? Memang manusia perlukan nasi untuk hidup pun...

Dalam gerakan slow motion, Yoongi menggelengkan kepala.

“ Habis tu.. hyung tahu tak yang Woozi dah lama tak masuk kelas ? Hyung ni ambik tahu pasal Woozi ke tak? ” tanya Jungkook lagi. Entah apa yang dia nak sibukkan sangat pasal hubungan adik-beradik orang lain.

“ Hyung tahu... ”

“ Then kenapa tak tegur dia ? ”

“ Aku dah tak boleh jumpa dia lagi! Dan stop sebut pasal dia!  Kau tak faham, Jungkook! Kau takkan faham! ” Yoongi membentak kegeraman.

Mereka semua tersentak. Meskipun Yoongi seorang yang dingin, namun belum pernah dia meninggikan suara sebegitu sekali.

Dan akhirnya mereka berenam tinggal terkaku di situ.

‘ Apa sebenarnya yang terjadi ? ’

“ Korang... ”

Seorang perempuan persis bidadari tersenyum nipis memandang mereka. Dan Namjoon mula dirasuki penyakit angaunya.

“ Haii... Yongsun. Hehe.. ”

“ Aduh.. dia buat dah... ” keluh Hoseok perlahan. Namjoon di sebelah dikerling-kerling.

Tapi bukan boleh salahkan Namjoon pun. Dia tak kenal KangIn. Apatah lagi nak tahu Yongsun tu adik KangIn.

“ Hai.. Namjoon. Emm... korang kawan dia– Yoongi ke ? ” tanya Yongsun teragak-agak menunjuk ke arah Yoongi yang sedang meniti anak tangga.

“ Uhm... ”

“ Sabarlah. Dia memang macam tu. Dingin. Tapi sebenarnya lembut hati kalau kena caranya ” kata Yongsun seolah-olah dia memang rapat sangat dengan Yoongi menyebabkan Namjoon menarik muka kelat.

“ Noona dah lama ke kenal dengan Yoongi hyung ? ” tanya Taehyung blur. Yongsun menggelengkan kepala.

“ Noona... kawan Woozi ” katanya perlahan. Jungkook terus tertarik memandang Yongsun.

“ Means.. noona tahu kat mana Woozi kan ? Noona tahu apa yang jadi antara diorang kan ? Noona kenal Yoongi hyung jugaklah kan ? ” soalnya bertalu-talu. Yongsun jadi tergamam mendengar soalan yang mengalahkan shoot gun khas dari Jeon Jungkook.

“ Erm.. Kenal jugaklah... tapi.. em... ” kelu Yongsun jadinya. Sekejap terasa menyesal kerana pandai-pandai menegur enam namja tersebut. Manalah dia tahu ada tukang busybody dalam kumpulan tu.

“ Yongsun-ah... duduklah dulu ” panggil Namjoon lembut dan Seokjin memandang dengan pandangan maut.

Yongsun mengangguk lalu mengambil tempat sebelah Namjoon yang masih tersengih.

“ Emm... macam mana korang boleh kenal Woozi ? ”

" Roommate "

Yongsun memandang Jimin di hadapannya. “ Tapi kan.. dia dah hilang seminggu sebelum korang masuk sekolah ni. Macam mana korang kenal dia? ” soalan dari Yongsun menyebabkan mereka bingung kecuali Jungkook yang mengetahui lebih awal.

“ Oh~ Yoongi ceritakan eh? ”

“ Aniya. Dia memang ada dengan kitorang. Di classmate Jungkook. Uhm.. kitorang memang ada bercakap dengan dia.. err.. ” Seokjin teragak-agak akibat kebingungan.

“ Seolma.. dia kan dah mati. Orang jumpa mayat dia kat— ”

“ MATI ?! ”

“ MAYAT ?!! ”

Jungkook terasa mahu menangis mendengat kenyataan dari mulut Yongsun manakala Hoseok benar-benar tidak mempercayai telinganya tika itu.

Pendek kata... tekak mereka terasa berpasir mendengar perkataan itu.





(͡° ͜ʖ ͡°)

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I. R.A.Y.A

Internet ajak gurau doh ಠ⌣ಠ

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now