ER [ 27 ]

711 104 4
                                    

↱ Selasa, 9 pagi ↲

“ JAEBUM HYUNG!!! ”

“ Amende doe pepagi dah kecoh ”

“ WOI BANGUN!! DAH PUKIL SEMBILAN WOI! ”

“ Mwo?! ”

“ Kenapa Jinyoung tak kejut kita?! Park Jinyoung!! ”

“ J-Jaebum hyung.. Jinyoung hyung takde kat bilik dia.. ”

“ DIA PERGI SEKOLAH TAK KEJUT KITA?! ”

“ Chakkaman.. Igeo.. Aku jumpa nota kat atas meja lampu dia.. ”

Aku tak pergi lama pun. Jangan risaukan aku. Jaebum, jaga diorang nae? :)

— Jinyoung

“ Shibal. Mana kau pergi Jinyoung? ”

✽✽✽

Mark terjaga dari tidur-tidur ayam apabila terdengar bunyi keriukkan pintu dibuka.

Kelihatan Yuki di muka pintu besi itu sedang tersenyum manis. Mark ingin membalas senyum itu dengan senyuman sinis namun entah kenapa bibirnya kaku mengeras. Mungkin kerana dia merasakan semyuman Yuki bukan dibuat-buat, sebaliknya ikhlas.

Yuki yang pandai berlakon atau Mark yang mudah terpedaya?

Mark menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Yuki yang berjubah kelawar putih dengan rambut mengurai berjalan mendekati Mark yang masih terikat kuat pada kerusi.

“ Kau nak apa? Tak puas lagi bunuh kawan-kawan aku? ”

“ Seronok sangat ada orang berdendam dengan kau? ”

“ Seronok? Bahagia atas penderitaan orang lain? ”

Mark terkedu memandang Yuki yang memegang tempat bersandar pada kerusi itu dengan wajah simpati. Serta-merta Mark merasa berang dengan wanita yang berada sangat hampir dengannya kini.

“ Mianhae.. ” katanya sambil mengeluarkan pisau lipat yang disembunyikan di sebalik jubahnya sedari tadi.

Mark separuh terperanjat. Takkan semudah tu psiko seperti Yuki hendak membunuhnya?

Ah.. Mungkin Yuki mahu mencederakannya sahaja.

Mark memejam mata serapatnya.

Ssak!

“ Eh? ”

Tali yang mengikatnya sudah terputus dan jatuh ke lantai. Mulut Mark separuh terbuka melihatkan perkara yang langsung tidak dijangka olehnya.

Mark terkedu memandang Yuki yang memotong tali tersebut. Walaupun tangannya sudah terlepas dari ikatan, badannya terkaku dan langsung tidak mampu bergerak.

Yuki mendekatkan mulutnya dengan telinga Mark yang masih terpaku.

“ Lari.. Pergi.. ”

Bisikan halus bergema betul-betul di telinganya. Perlahan-lahan Mark menoleh lalu merenung mata Yuki. Mata yang sayu dan dipenuhi keikhlasan.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now