ER [ 17 ]

889 106 4
                                    

“ Perempuan tu tak habis-habis nak menyusahkan aku ” rungut Hyunjong. Landskap taman ala Inggeris di banglo atas bukit itu ternyata tidak berjaya menyejukkan kepalanya yang terus-menerus mengingati Hyo Yuki, wanita yang tidak pernah diterima sebagai seorang kawan, apatah lagi sebagai isteri.

Dia pernah menentang habis-habisan keputusan ayahnya untuk menikahkan dia dengan Yuki, namun ayahnya menawarkan untuk menerima Jo Yeonrin yang tidak pernah berkenan si hati keluarganya sebagai menantu kedua beserta sebuah banglo khas untuk mereka berdua sahaja.

Setelah kematian Kim Jaejun, Hyunjong cuba menceraikan Yuki namun satu-satu kakaknya menerima padah apabila turut menjadi mangsa kekejaman Yuki. Kim Hyunhae turut disantap dengan rakus, serakus-rakusnya. Malahan Yuki turut mengugut menjadikan Yeonrin sebagai mangsa. Sejak kejadian 10 tahun lalu itu, indeks kebencian Hyunjong pada Yuki semakin meningkat.

“ ARGH! ”

Meja yang tidak bersalah sekali lagi menjadi mangsa kemarahan Hyunjong. Terbelah dua meja tersebut dan terus dibaling ke bawah bukit. Pft tak padan dengan tua. Sado rupanya.

Malangnya hati macam kaca. Sedeyh.

✽✽✽

Tiga minggu kemudian

Jinyoung menjeling Mark yang tersenyum-senyum dengan perasaan geram. Yugyeom dan Bambam menggelakkannya tanpa pengetahuan Jinyoung dan lelaki itu sendiri tidak mahu peduli. Sekarang, fokusnya hanya Mark Tuan.

“ MACAM MANA KAU BOLEH DAPAT POINT 92%?! KAU TU BELAJAR PUN MAIN-MAIN!! ” jerit Jinyoung lalu terus ditariknya kolar baju Mark dan digoncang-goncang tanpa mempedulikan lelaki itu yang sudah nazak hampir mati kelemasan.

“ WOI WOI HARI TU DIA DAH MASUK HOSPITAL JANGANLAH BUAT CAMNI LAGI WEI ” ujar Jaebum cemas lalu cuba meleraikan kekemasan tangan Jinyoung dari terus menyeksa salur pernafasan Mark.

“ KALAU MARKAH LAGI TINGGI DARI AKU TU BUKANNYA AKU KESAH SANGAT PUN TAPI NI PALING TINGGI DALAM BATCH KITA WEI!! MUSTAHIL!! ” Ya, watak Jinyoung sebagai omma yang kuat bebel tapi lembut berubah sebanyak 72°.

“ MAMA!! SAVE ME!! (´;Д;`) ” Mark berlari menyorok di belakang Yugyeom. Almaklumlah Yugyeom tu tinggi melangit, sorok tak nampak ( ̄∀ ̄)

“ Aku bukan mama hyung ” balas Yugyeom dengan suara dingin.

Youngjae, Bambam dan Jackson tergelak kuat. Tidak lama kemudian Mark dan Yugyeom turut menghambur tawa.

Tengah hari yang agak dingin itu dipenuhi gelak tawa tujuh remaja lelaki yang baru mendapat keputusan ujian awal tahun.

“ Eo? Ada Chatime kat sinilah! ” jerit Youngjae bahagia. Terlihat van minuman Chatime yang berada di seberang jalan dari pintu pagar sekolah. Dan automatik kakinya berlari dengan gaya fangirl nampak ‘husband’.

“ YA YA YA! ”

“ Aishh kau ni. Biarlah diorang! ”

“ Keundae— ”

“ Youngjae hyung! Gidaryeo! ”

“ ADEUL-AH! ”

“ URINEUN NEO-UI ADEUL ANIYA!! ”

Maka tinggallah Mark dan Jaebum sahaja di situ. Mark sekadar memerhati dan terus memgambil tempat di bangku yang berada di bawah sebuah pokok sakura yang berbunga lebat. Jaebum turut duduk bersebelahan Mark.

“ Apa yang kau buat tu? ” soal Jaebum, sekadar mahu menghilangkan kebosanan.

“ Certain things. That you dont need to know ” balas Mark. Jaebum sekadar mengangguk padahal bukannya faham sangat pun apa yang dikatakan lelaki kelahiran Amerika tersebut.

Tiba-tiba anak mata Mark menangkap kelibat sesuatu.

Seorang wanita, berpakaian jubah hoodie putih. Rambut hitam lurus panjang mengurai dilepaskan di sisi wajahnya yang tidak kelihatan.

Wanita itu terkihat terhendap-hendap beberapa kali ; bagaikan cuba memastikan tiada mata yang melihat tingkahnya. Namun pada masa yang sama, tidak menyedari kehadiran sepasang mata yang dipenuhi dendam.

Sebaik sahaja kelibat wanita itu menghilang, fokus Mark tertumpu kepada puluhan kuntum bunga sakura yang bermain di kakinya ; ditiup angin.

“ Woi! ” pehanya ditepuk dan dengan spontan Mark memandang Jaebum di sebelah yang bertanggungjawab mematikan lamunannya.

“ Jauh termenung. Ingat kat ahjuss— ”

“ Aa weh. Aku lupa tadi Sir Henry kata nak jumpa aku lepas sekolah. Kau tunggu sini eh? Sepuluh minit aku tak datang juga, korang baliklah dulu. Kau bawak balik beg aku eh? Bye! ” kata Mark lalu menanggalkan beg sandang dan terus berlari masuk ke kawasan sekolah semula. Meninggalkan Jaebum yang tercengang ; tidak sempat berkata apa-apa.

“ Aku takkan lepaskan dia lagi.. Aku takkan lepaskan dia lagi.. ”

✽✽✽

Mark melangkah penuh waspada. Tak mungkin dibiar kehadirannya di tingkat 3 Blok F disedari.

Tujuannya membohongi Jaebum yang terlampau naif tentang perancangannya itu hanya satu ; mencari dan memastikan kelibat yang dilihat tadi memang merupakan vampire jadian si pembunuh rakan-rakannya.

Matanya melilau ke kiri dan kanan sambil langkah diteruskan. Sehingga akhirnya dia hanya perlu melangkah setapak sahaja untuk berada di hadapan pintu bilik darjah yang paling hujung ; yang merupakan pintu di mana kelibat tadi dilihat.

Mark ternampak enam orang lelaki di bawah sana ; sedang asyik bergurau lagak adik beradik. Bibirnya kini mengukir senyum nipis.

❛ Andai aku tak berjaya, mungkin tak dapat jumpa korang lagi... Tapi..  ❜

Dia memandang ke langit lalu tersenyum. Seolah ada yang berjaya  membuatkannya tersenyum serta membalas senyumannya.

Dan sebaik kelibat Mark menghilang ke dalam bilik darjah itu, saat itulah pancaindera penglihatan Park Jinyoung memandang tepat ke bilik itu.

Tanpa sedar, perbezaan masa selama satu milisaat itulah yang menandakan peperangan dendam yang direncana selama ini bermula. Bukan sahaja melibatkan Mark Tuan dan Hyo Yuki, tetapi juga manusia naif yang berada di sekeliling mereka.

계속

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now