ER [ 7 ]

1.1K 115 8
                                    

Hari sudah menginjak malam. Mark menghadap kotak-kotak di dalam bilik stor. Kebanyakan kotak-kotak berhampiran pintu ialah miliknya kerana dia baru berpindah ke banglo itu.

Cadangnya nak kemas barang malam ni. Sementara yang lain berpusing pening perah otak kat ruang tamu menjawab soalan matematik tambahan , kerja sekolah yang diberi oleh saem. Tu pun dia tengok diorang sempat lagi lipat kertas nota matematik jadi kapal terbang. Tak tau nak hormat ilmu ke hape?

" Uhuk uhuk.. Aku masuk hari tu tak perasan pulak berhabuknya sampai macam ni " Mark terbatuk kecil sambil tangannya mengibas habuk dan hama di sekeliling. Kes malas nak kemas storlah ni.

Satu kotak berwarna koko yang berada di atas kotak diangkat lantas diletakkan di lantai. Kotak itu dibuka lantas diselongkar. Habis bersepah barang yang dia nak bawak masuk ke bilik atas lantai.

Mark berhenti menyongkar apabila tangannya memegang satu kotak kecil yang panjang, berwarna hijau dan terdapat satu bunga mawar yang digubah dari kain jarang berwarna ungu di hujungnya.

' Kotak ni .. ' Mark berbisik lantas kotak itu dibuka. Kotak itu sebenarnya milik Seokjin, dia dapat dari Taehyung.

" Kalau hyung rindu kat Seokjin hyung, bukalah kotak tu. Seokjin hyung pernah cakap dia simpan benda² yang dia sayang dalam kotak tu "

" Habis tu, engkorang? "

" Barang Seokjin hyung tu banyak hyung.. Suku rumah kitorang tu dah penuh dengan barang dia saja. Tu belum lagi yang dia tak angkut ke Daegu "

" Hah yelah. Gomawo "

Mark tersenyum sendiri mengingatkan perbualannya dengan Taehyung di hadapan unit kondominium mereka, setahun lalu ketika dia menghantar Taehyung pulang ke kondo. Katanya nak ambik barang sambil kemas sikit barang kat situ. Tapi last-last tak dapat masuk pun sebab tak jumpa kunci. Hurmm...

Kotak tu hanya disimpan. Dia tak pernah membukanya kerana baginya, kotak itu masih kepunyaan peribadi Seokjin.

Mark mengeluh sekejap lantas dia membuka kotak itu.

" Deyy apadahh yitu Taehyung kunci yitu rumah ada di sinilah deyy " Mark terjerit kecil dengan slanga mamak yang kian popular di Malaysia. Teruja bila menjumpai segugus kunci yang berlabel ' Lot 648 '. Rupanya kunci disembunyikan Seokjin di dalam kotak ini. Haiihhh

Vangang punya Taehyung (*'∇`*) Dah pegang kotak kunci tapi taknak check. Hurmm...

Lantas barang-barang di atas lantai dibiar bersepah. Peduli hape aku. Dia berjalan menuju ke luar.

" Hah kau nak pergi mana pulak? Pikir ni hotel nak keluar masuk sesuka hati? " tanya Hyera tanpa memandang Mark ; tapi menonton television dengan mengunyah keropok lekor.

" Ada hal jap "

Tak sempat sesiapa menjawab Mark terlebih dahulu menghempas pintu rumah setelah melangkah keluar.

Jinyoung memandang Hyera tajam.

" Mwo? " tanya Hyera apabila memandang Jinyoung.

" Rumah ni bukan rumah kau nak kawal² orang suka-suka hati. Lagi satu dia tu namja. Lantak dialah nak pergi mana. Balik pukul 3 pagi pun. Kau yang yeoja tu, baru tak boleh keluar lewat camni. Kena kacau ngan kaki mabuk baru padan muka. Ni pun aku tengok dah tak serupa yeoja. Cubalah kau berperangai serupa yeoja sikit. Ni dah serupa namja aku tengok. Kaki tu hah, LANTAI DAH TAK WUJUD KE HAH SAMPAI KAKI PUN KAU LETAK ATAS MEJA?! SEBELAH PINGGAN KEROPOK PULAK TU! " Dan mereka mengeluh beramai-ramai sambil menjeling Hyera geram.

Yelah, Jinyoung ni bila dah membebel tak tahu cara berhenti.

Akhirnya sesi belajar menjadi sesi ' Ceramah Park Jinyoung dan Pendengar Terpaksa '.

🍁🍁🍁🍁🍁

Kondominium Daestal ✿

Mark memarkir kereta di kawasan parkir bawah tanah. Sebaik memastikan kereta dikunci, dia menuju ke arah lif dan menekan butang ke tingkat 6.

" Lot 648.. " Bisik Mark perlahan lalu membuka kunci.

Perkara pertama yang dia lakukan ; memetik sius lampu. Dan terserlahlah keadaan rumah yang kemas tapi berhabuk sana-sini. Tu pun takdalah kemas mana.

" Sayangnya rumah luas macam ni takde siapa jaga.. " keluh Mark perlahan. Bukannya dia taknak duduk situ tapi MALAS SIA BARU DUA HARI DIA PINDAH KE VILLA.

Mark membuka sliding door beranda. Cahaya bintang diperhatikannya. Dari beranda, dia dapat melihat tasik yang hanya berhadapan. Pandai diorang pilih port nak duduk. Romantik aje suasana dia haihhh.

" Jap jap. Aku ada idea. "

🍁🍁🍁🍁🍁

Restoran Fuyuka ✿

Sohee menghampiri Mark yang duduk santai di meja gazebo. Hujan yang turun renyai menyebabkan dirinya sedikit basah. Lantas dia duduk di hadapan Mark. Mark tersenyum memlihat tingkah Sohee yang kelam-kabut semacam.

" Hah Mark. Kenapa nak jumpa noona ? " soal Sohee sambil felip hair beberapa kali lalu diperah sekejap ; berusaha mengeringkan rambutnya.

" Aniya.. Noona.. Okay ke tinggal kat asrama ? " Mark memutar-mutar cawan di hadapannya. Sohee berkerut pelik.

" Okay je. Kenapa ? " soalnya sambil masih berusaha mengeringkan rambutnya. Rambut dahlah panjang basah pulak tu EIHH SUSAH NAK URUS WEH.

" Noona tahu kan yang Yuki terlepas .. " Mark membetulkan duduk.

" Yup. Habis tu? " Sohee makin pelik dengan pertanyaan tak munasabah Mark.

" Okay. Dulu Yuki tinggal kat bangunan sekolah yang berhadapan dengan dorm. Jadi Mark takut kalau dia kembali ke tempat tu dan perhatikan noona.. " kata Mark meluahkan yang terbuku di hatinya. Sohee mengeluh perlahan.

" Well, what can I do, Mark? Walaupun rumah noona dekat Daegu, tapi dekat Dalseo-gu. Sekolah dekat Jung-gu. Jauh.. " Sohee menunduk.

" Kawan-kawan Yoongi. Noona tahu kan.. Yang mati sorang demi sorang sebelum Yoongi .. " suara Mark mengecil. Sungguh dia sangat rindukan mereka semua.

" Uhmm " Sohee hanya menggumam kerana tahu bercakap panjang mungkin menyebabkan Mark terasa. Dia ni dahlah hati tisu.

" Diorang ada satu kondominium kat sini. Noona duduk kat sana eh? Nanti Mark bagi kunci " kata Mark sambil tersenyum.

" Tapi macam mana kalau parent diorang- "

" Tak noona. Appa Mark kenal dengan appa Seokjin, diorang sama² doktor. Jadi Mark dah minta izin tadi. Dia bagi.. "

Sohee terdiam.

" Okay. Noona setuju "

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now