↱DH + ER Special↲ 일곫

421 56 5
                                    

Baekwon menoleh ke kiri, arah ke mana Mark pergi tadi. Kelihatan samar-samar di hujung jalan, Mark berjalan di sebalik kabus.

Baekwon segera berlari untuk menghampiri Mark. Namun langkahnya mula perlahan dan akhirnya berhenti.

Baekwon terkedu. Mark bukan berseorangan. Ada suatu tubuh berambut panjang di hadapannya.

Pada masa yang sama, Jaebum yang baru tiba bersama Jinyoung dan Jackson menepuk bahu Baekwon. Nafasnya agak laju kerana berlari.

" Kenapa kau berhenti kat sini? Mana Mark? " tanya Jaebum sambil memandang kiri dan kanan. Baekwon agak terkejut melihat mereka.

" Apa korang buat kat sini? Mana yang lain? " soalan berbalas soalan, Baekwon berpaling ke belakang, mencari Yugyeom, Youngjae dan Bambam.

" Junhae baru sampai tadi. Aku suruh dia jaga budak-budak tu " jelas Jaebum dengan bercekak pinggang, menghela nafas.

" Mana Mark? " Jinyoung mengulang soalan Jaebum.

" Dia pergi kanan tadi " ujar Baekwon. Jackson mengerutkan dahi. " Buat apa pergi tasik malam-malam macam ni? "

" Dia kan tak sedar apa dia buat. Eh, tadi aku nampak ada sorang perempuan dengan dia tadi. Dia macam tengah ikut perempuan tu " kata Baekwon lagi membuatkan mereka mula panik.

" Kalau camtu, kita kena cepatlah! " kata Jinyoung lantas berlari ke arah tasik. Jaebum, Jackson dan Baekwon turut mengejar langkah Jinyoung.

Setibanya di tasik, kelibat Mark tidak kelihatan di mana-mana. Jantung mereka mula berdegup laju tanda risau. Tambah-tambah lagi kabus semakin tebal di kawasan tasik itu.

Tangan Jinyoung membentuk huruf 'o' tanda bersedia menjerit namun pantas ditegah Baekwon.

" No, jangan sebut nama sesiapa. Bahaya. Kita cari je senyap-senyap " arah Baekwon. Jinyoung menurukan tangannya perlahan-lahan sambil mengangguk.

" Okay. Korang pergi berdua. Kau, ikut aku " kata Baekwon lantas menarik Jackson berdiri di sisinya. Jaebum dan Jinyoung mula bergerak ke ke kanan manakala Jackson dan Baekwon ke arah kiri.

Baru sahaja mereka mahu mula mencari Mark di sekitar tasik itu, Jackson tanpa sengaja teralihkan lampu telefonnya ke arah tasik.

" Hyung, tu!! " jeritnya, membuatkan mereka semua menoleh. Kelihatan di sebalik cahaya malap, kelihatan tubuh Mark semakin jauh ditelan air.

" MARK!! " Jerit mereka, serta-merta terlupakan pesan Baekwon. Pantas mereka berlari ke arah tasik itu semula.

" WOI KAU BUAT APA TU?! " jerit Jinyoung. Namun Mark tidak menoleh, sebaliknya semakin jauh berjalan di dalam air.

" Jackson, kau kan pandai berenang. Pergilah selamatkan dia! " gesa Jinyoung, menolak-nolak tubuh Jackson. Jackson mengangguk-angguk lalu membuka kasutnya.

" Eh, jang- "

" AHH!! PANAS!! "

Belum sempat Baekwon menghabiskan kata-katanya, Jackson pantas menarik kembali kakinya yang sudah berada di dalam tasik lantas jatuh terduduk.

Jinyoung dengan panik menyuluh dan meneliti kaki Jackson. Mereka terkejut melihat kaki Jackson yang sudah mula memerah dan kulitnya menggelupas dari hujung jari hingga ke buku lali.

" APESAL TASIK NI PANAS PADAHAL MALAM-MALAM NI SEJUK NAK MAMPUS HAH?! " amuk Jaebum. Perasaan marahnya kepada orang yang menganggu hidup mereka hampir tidak mampu dikawal.

" Macam mana ni, Baekwon?! " hampir sahaja Jinyoung menangis dalam suaranya. Baekwon sendiri kelihatan panik memerhati Mark yang sudah tidak kelihatan.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now