↱ DH + ER Special ↲ 하나

452 37 12
                                    

↭ Setahun kemudian ↭

⇋ 3 Oktober 2014 ⇋

Cuti sekolah! Yugyeom dan Bambam dengan dramatiknya baling semua buku dan berpeluk sesama sendiri sebaik sahaja loceng tanda tamat sekolah berbunyi. Itu adalah hari terakhir mereka bersekolah. Entah apa hal sekolah tetiba baik sangat bagi cuti sebulan sempena perayaan Hallowe'en.

Selain itu, mereka turut sempat melarikan diri serentak dengan pekikan nyaring guru yang mengajar mata pelajaran terakhir hari itu.

“ Hyung!! ” mereka berdua menerpa ke arah Jinyoung yang ralit menilik sesuatu. Sepantas kilat, dua cepukan hinggap ke dua kepala berbeza.

“ Bertuah punya budak! Nasib baik aku muda lagi, takde sakit jantung. Kalau tak, mati keras aku kat sini ” marah Jinyoung sambil menjeling tajam. Mereka berdua mengaduh sakit sebelum tersengih.

“ Apa benda tu hyung? ” tanya Yugyeom yang menyibuk cuba melihat benda di tangan Jinyoung.

“ Manalah hyung tahu. Benda ni patutnya sampai kat Mark, tapi kelas dia takde kat kelas tadi. Pastu hyung baru balik dari tandas, dia suruh hyung yang bagi kat Mark ” terang Jinyoung. Sampul surat besar dan tebal itu dipeluk erat ke dada.

“ Bukaklah ”

Puk!!

“ Aduh... Hyung!! ” Bambam mencebik dan menggosok kepalanya yang sekali lagi menjadi mangsa. Yugyeom di sebelahnya ketawa tanpa suara.

“ Merepek. Aku sepak karang ” kata Jinyoung lalu meneruskan berjalan kaki. Mereka berdua membontoti Jinyoung di belakang.

Sesampai sahaja dia pondok pengawal, kelihatan Mark dan Jaebum sudah pun berada di situ. Kedua-duanya sibuk dengan telefon bimbit masing-masing.

“ Mark, ni ada surat untuk kau ” Mark terus berhenti menatap telefonnya dan mengambil sampul surat itu dengan pandangan hairan.

“ Awek mane pulak kuno sangat main hantar surat cinta ni hurm? ” soal Jaebum tanpa mengalihkan pandangan dari telefonnya.

“ Tu bukan surat cinta, karangan cinta dah tu hyung. Bapok tebal ” sampuk Yugyeom dengan sikunya tersangkut pada bahu Bambam, yang agak pendek kalau nak dibandingkan dengan dirinya.

“ Uishh ape tu? Duit eh? Tebalnya~ ” Jackson yang muncul dengan Youngjae tiba-tiba bersuara. Youngjae pula buat tak peduli, sibuk dengan minuman yang dibelinya di kafe sekolah. Jinyoung hanya menjongket bahu.

“ Dahlah, jom balik. Aku mengantuk ni. Nanti-nanti jelah aku bukak ” Mark bersuara setelah membelek-belek surat yang tebalnya lain macam itu. Mungkin memang betul kata Jackson, ada duit gamaknya. Dia segera menyimpan sampul itu di dalam beg.

✎✐✎

→ 10 Oktober 2014

+ 6 petang +

“ Apa benda tu Mark? ” soal Jinyoung sambil menampar tangan gatal Yugyeom dan Bambam yang terus menyerang cupcakes comel yang baru dihidangnya. Petang itu, mereka bertujuh bersantai-santai di halaman belakang villa yang disewa (๑ ิټ ิ)

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now