DH ✏️ 9

2.1K 201 16
                                    

“ Korang! Saem semua mesyuarat! Kita bebas buat apa je ! ”

Kedengaran bunyi sorakan memenuhi ruang kelas. “ Alahai... apesal ssaem takde pulak? Diorang ni dahlah jenis hyperactive sekor sekor. Tak amanlah hidup aku jadinya ” rungut Jimin. Bingit telinganya diterkam suara-suara yang menjerit suka.

Mulalah macam-macam jenis benda yang muncul atas meja. Formasi meja pun senget benget jadinya. Semua gara-gara kaki gosip yang mula berkumpul. Dari topik Song Hye Kyo yang dicemburui sebab dapat berlakon dengan Song Joong Ki, keterlajak larisan penjualan tiket Boboiboy The Movie, kisah cinta romantik My Love From Another Star, ketidak logikan tindakan pakcik jual ikan yang pergi buat kapal guna daun sampailah kes orang bunuh diri kat simpang hujung sekolah.

Ada yang majalah setambun atas meja. Majalah hiburan belaka. Bukannya ilmiah macam kamus Oxford, majalah Solusi atau nota pelajaran. CLEO, Playboy, KLiK, E-pop, bla bla bla banyak lagi atas meja tu. Lol, majalah banyak tu baik buat kitar semula, ada juga faedahnya, bebel Jimin dalam hati.

“ Jiminnie... ” panggil Taehyung. “ Ne? Nak tolong aku buat homework ke ? ” Tanya Jimin tanpa mengalihkan pandangan kepada Taehyung yang sedang menatapnya.

“ Eihh... takde maknanya. Kerja aku pun menimbun. Ni aku nak tanya ” kerusi yang tadi menghadap ke hadapan, kini dipusing ke kanan bagi memudahkan dirinya meneruskan agenda menggangu fokus Jimin.

“ Apa ? Tanya jelah ” Jimin menyelak-nyelak buku latihan yang hampir separuh digunakan itu. Cermin matanya dibetulkan sedikit.

“ Sejak bila kau jadi ulat buku? ” Taehyung menyengetkan kepala. Setahunya, makhluk bernama Park Jimin tersangatlah susah untuk menelaah buku sekolah. Tidur pun dengan komik bersepah sana-sini. Buku teks? Rasanya dah bersawang kot kalau saem tak suruh buka.

“ Masa kau tido tengah hari semalam, kitorang main truth or dare. Jungkook bagi aku dare untuk dapat top 3 dalam exam akan datang. Kalau aku berjaya dia akam date dengan aku sehari! Yesss!! ” Berapi-api mata Jimin. Lagi berapi hati Taehyung.

“ Mwo?! Seolma! Andwae! Kookie curang dengan aku!! Kenapa dia tak bagitahu aku? Oyemjii. Jimin-ah, jebal aku merayu... aku boleh carikan kau sepuluh juta awek asalkan kau tak keluar dengan Kookie ” Taehyung mula berdrama. Tangan Jimin yang rancak menulis digoyang-goyang.

“ Yak! Terconteng terus buku aku! Kim Taehyung! Oleh sebab tu, kau tak boleh protes apa-apa pasal deal aku dengan Kookie. Full stop! ” Tangan Jimin ke udara. Ink kerana dia cuba menahan tangannya dari mencucuk pen ke dalam mata Taehyung.

Pertikaman lidah antara Jimin dan Taehyung terus berlangsung secara live dalam kelas. Aktiviti tak berfaedah itu berhenti dan classmates mereka terus memerhati WWF tanpa tiket. Masuk free je.

“ Woi! Nak bergaduh pasal awek, gaduh depan dialah! Biar dia tahu perangai menyetan korang yang dua kali lima tu! ” Bentak Hong Jisoo, si ketua kelas yang pendiam tapi tegas.

Terdiam terus Jimin dan Taehyung namun masing-masing menarik muka masam. Kelas sunyi seketika. Namun tak lama apabila DK dirasuk perangai gilanya lagi.

“ Aku nak keluar kejap ” Taehyung tidak menunggu respon apa-apa dan terus melangkah keluar. Meninggalkan Jimin dengan cebikan rajuk.



Muehehe pendek je. Pasal story ni pun pendek so... saja nak banyakkan chapter 乁( ˙ ω˙乁)

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now