ER [ 34 ]

538 68 7
                                    

+ 11 a.m +

Yeonrin akhirnya terduduk lemah apabila tangannya dihiris bilah-bilah pedang yang diguna buat mempertahankan diri. Yeonrin menjerit kesakitan. Mata pedang urumi bukan sembarangan. Silap hari bulan boleh putus juga tangan tu.

Yuki pantas mengambil kesempatan, pedang dicampak ke tepi, sepucuk pistol ditarik keluar dari poket hoodie. Tubuh tua Yeonrin ditolak kasar. Yeonrin yang memang sedia lemah terus jatuh berguling menjauhi tapak berdirinya Yuki dan langsung tidak sedarkan diri.

Yuki langsung menghalakan pistolnya tepat ke muka Mark. Jarak antara wajah Mark dan muncung pistol itu hanya kira-kira 2 meter. Mark meneguk air liur sebelum anak matanya memandang wajah bengis Yuki.

Namun dia sedikit pun tidak gentar. Kalau dia mati, perempuan tak guna tu pun perlu mati. Iris mata Mark terlukis kebencian yang lebih dalam dari lautan.

“ Dalam banyak-banyak manusia yang aku pernah jumpa, kau nilah manusia paling menjengkelkan. Kawan kau tu pun sama je ” ujar Yuki dengan marah yang terpapar jelas pada riak wajahnya. Mark hanya mendiamkan diri.

Sedangkan mereka yang berada di luar sana hampir putus nyawa menonton adegan yang tidak mahu dilihat itu. Adegan di mana Yuki mula menarik picu dengan air muka yang tidak lagi sinis atau tenang.

“ Aku silap. Aku tak patut biar kau hidup dari awal lagi. Jadi apa kata aku buat apa yang aku patut buat sekarang, hurm ? ”

“ HYO YUKI! BERHENTI! INI BUKAN APA YANG KAU JANJIKAN!! ” Terdengar satu suara yang terdesak sangat mahu menghentikan tetapi semuanya sudah terlambat.

“ MARK! ”

BANG!

Flashback

32 jam sebelum itu..

" LEPASKAN AKULAH! " KangIn meronta-ronta tanpa henti, menyampah apabila dia merasakan ada manusia yang mencengkam kemas kedua-dua belah lengannya dengan kemas dan kasar. Ianya sangatlah menyakitkan kulit dan hati. Pada masa yang sama, matanya turut diikat dengan sehelai kain berwarna hitam. Tidak lama kemudian, dia didudukkan secara paksa.

" Cukup. Kamu berdua boleh pergi " KangIn berhenti meronta apabila terdengar suara yang amat-amat dikenali. Suara sejuk berais lagikan tegas yang biasa menengking pada telinganya. Sesaat selepas itu, rasa amarah menguasainya.

" Huh... Boleh tak kau berhenti je? Atau at least jangan babitkan aku dalam apa-apa agenda busuk kau?! " tengking KangIn. Sejujurnya, dia tidak mahu mengulang kembali kerja kotor yang dibuatnya sejak dia menginjak remaja. Kekosongan masa ketika berada di penjara membuatkan dia lebih banyak menghabiskan waktu dengan termenung memuhasabah diri sendiri. Jadi, dia menyedari kesalahan sendiri.

Yuki mengelilingi KangIn yang masih tidak melihat apa-apa dengan perlahan. Sesekali tangannya menyentuh penyandar kerusi. dia mengekek sinis saat berada di belakang KangIn.

" Kim KangIn, bukan kau ke yang kata.... " Yuki mendekatkan mulutnya paa telinga KangIn lalu menyambung "... setiap benda yang aku buat, kau akan sokong? Hurm? " soalan Yuki membuatkan KangIn terdiam menyedari kebenaran kata-katanya.

" Sokong tak bermaksud aku akan ikut campur. Tak semestinya aku akan terlibat sama! Tolonglah, kalau kau tak boleh hentikan semua dendam karut kau ni, aku takkan suruh kau berhenti pun. Cuma janganlah libatkan aku lagi! " rayu KangIn bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu menjadi patung bodoh yang sering menjadi permainan Yuki, si perempuan tanpa belas itu sekali lagi.

" Baiklah. " Yuki melepaskan pegangannya pada kerusi tadi, malah senyum sengetnya turut hilang. " Tapi jangan lupa, aku yang keluarkan kau dari neraka dunia tu.. "

" Neraka amende? Penjara tu lebih aman damai ibarat syurga dari kena menghadap muka kau " ejek KangIn perlahan, langsung tidak disedari oleh Yuki yang tersenyum-senyum sendiri, pastinya sedang merancang sesuatu yang licik lagikan kejam.

" Peluang terakhir, Kim KangIn... " Yuki mengerling KangIn di belakangnya lalu dengan gerak perlahan, pengikat mata cucunya yang seorang itu diuraikan. Terkebil-kebil biji mata KangIn, bukan kerana cahaya yang menyilau, tetapi sekeliling yang terlebih gelap sampai dinding juga tidak kelihatan.

" Kau bunuh mereka, atau... kau nak aku sendiri yang turun padang? " wajah KangIn memutih mendengarkan soalan maut dari wanita kejam itu. Ini kerana dia sendiri pernah menyaksikan bagaimana Yuki membunuh pihak lawannya.

Mata dicungkil, lidah dipotong dengan mulut ternganga, lalu tempurung kepala ditereh seakan-akan batang pokok getah demi mendapatkan darah segar dari otak, sampai Yongsun yang pada ketika itu baru berusia 8 tahun pernah bertanya sama ada Yuki ialah puntianak jadian atau zombie yang terminum toksik .

Bukan itu sahaja, isi perut habis dikorek keluar, tulang kaki dipatah-patah lalu dicarik begitu sahaja. Jantung yang berdenyut-denyut direntap secara paksa. Paling sadis, semua itu dilakukan ketika mangsa masih bernyawa!

Mengingati semua itu, KangIn memang tidak sanggup membenarkan tangan Yuki bekerja.

" Ini kali terakhir, lepas ni kau tak perlu terlibat lagi " pujuk Yuki lagi, tetapi dengan nada halus yang meremangkan bulu roma.

KangIn terdiam sejenak sebelum mengangkat muka yang memang tak rela langsung.

" Baiklah... "

“ OPPA!! ” jeritan nyaring Yongsun memecah suasana genting. Gadis itu mula berjurai air matanya menyaksikan tembakan itu mengenai perut abangnya yang muncul entah dari mana.

Anggota polis pula terlopong luas mulutnya dan pistol yang sedari tadi diacu mulai melorot ke bawah melihatkan banduan yang dicari-cari itu melutut memandang tanah sambil menekan perutnya dengan riak sakit yang ditahan-tahan.

Mark yang berada selangkah di belakang KangIn turut terkesima. Spontan, kedua-dua belah tangannya memaut bahu KangIn yang sudah merenung Yuki dengan wajah tegang.

“ Kau kata yang namja ni menyusahkan kau. Tapi pernah tak kau fikir.. Dah berapa ratus ribu orang yang dah kau susahkan selama ni hah? Kau tak nak orang menyusahkan kau, tapi kau sendiri suka menyusahkan orang. Tak malu ke hah? Dasar tak sedar diri ” sembur KangIn geram, jelas sudah jelak dengan drama tak berkesudahan yang dikarang Yuki.

Mata Yuki yang membulat terkejut mulai memerah saga. Pistol digenggam semakin kuat hingga hampir pecah. “ Kau... Jangan ikut campur.. ” suara Yuki bergetar menahan marah. Tangan yang mengacu pistol juga turut menggeletar.

“ B-bukan kau ke yang.. suruh aku... terlibat? Sekarang aku tunaikan permintaan kau.. halmeoni. ” Katanya tersekat-sekat menahan sakit dan diakhiri sengihan sinis buat Yuki. Namun sengihan itu hanya sementara hingga dia rebah di hadapan mata Mark.

“ Tapi.. Bukan sebagai hamba kau lagi. Sebab.. ” KangIn berjeda. Matanya memandang ke arah satu sudut.

Tiba-tiba sahaja satu bunyi tembakan yang dahsyat menyebabkan burung berterbangan melarikan diri kedengaran. Mata meliar mencari sumber suara itu, hinggalah Youngjae dengan highnote paling tinggi menjerit histeria menunjuk ke arah di mana Yuki, Mark dan KangIn berada.

Untuk kesekian kali, rahang tidak mampu menghalang mulut mereka dari terus terbuka.

계속 ❀

Next chapter will be the last chapter ♡

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now