ER [ 18 ]

893 101 4
                                    

“ Mana Mark hyung ni? ” soal Yugyeom dengan gelisahnya mengalahkan cacing. Cerita Voice  dah nak start dah ni woi!

“ Lamanya Mark hyung— PANAS SYELL APAHAL MATAHARINYA RECIKS KAT AKU SIOT?! ” bebel Jackson lalu masuk ke kawasan sekolah semula. Dia melabuhkan punggung di foyer, tempat berbumbung terbuka di situ. Jejaknya diikut Yugyeom dan Bambam.

Hampir 20 minit mereka menunggu namun kelibat Mark masih tidak kelihatan.

Walaupun Mark sudah meminta Jaebum untuk pulang jika dia tak kembali dalam masa 10 minit, tapi malangnya si Im Jaebum tu bukan spesies faham bahasa.

Mereka berlima pun bukannya tahu sebab Jaebum tak bagitahu. Kalau dibagitahu juga, tentunya diorang meroyan nak balik.

Entah kenapa, perhatian Jinyoung tertumpu kepada tingkat tiga Blok F sedari tadi. Walaupun perhatiannya sudah cuba dialihkan dengan membebel kepada ‘anak-anak ’ supaya bersabar, tapi semua tu tak berjaya juga. Jinyoung sendiri tak faham apa yang menariknya dengan bangunan yang paling kusam tu.

Mana taknya, bangunan lain semuanya dah dicat dan di‘ceria’kan setelah kes kematian Min Yoongi tahun lalu. Tapi tiada seorang pun berani nak dekati bangunan Blok F untuk melakukan pengubahsuaian juga kerana bimbangkan vampire yang dikhabarkan bertapak di situ menyerang. Yelah, masa tu Hyo Yuki dah terlepas dari hospital mental.

“ Ish! Mana dia ni? ” soal Jinyoung dengan nada marah sambil menekan-nekan keypad telefon bimbitnya. Tapi setelah lama mereka berkawan, mereka berlima sudah tahu Jinyoung bukannya marah tapi risau. Bukan tu yang pelik. Masalahnya kenapa dia nak risau pulak?

“ Yang kau ni dah kenapa? Dia pergi jumpa Henry saem je pun. Bukannya Leftenan Jeneral Korea Utara. Chill bruh. ” balas Jaebum tenang. Siap silang kaki atas kerusi lagi.

“ Memanglah tap— ”

❝ ♪♬♪♬♩♪♪♩♬ ❞

“ Eo? ”

Jinyoung mengeluh lega lalu terduduk di sisi Jaebum yang memandangnya pelik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jinyoung mengeluh lega lalu terduduk di sisi Jaebum yang memandangnya pelik.

“ Wae? ”

“ Mark suruh kita balik dulu. Dia kata dia balik lambat ” jelas Jinyoung.

“ Geurae? Jomlah cakap kat diorang. ” ujar Youngjae lalu bangun mendapatkan tiga manusia yang dah pun menelentang di foyer. Jaebum dan Jinyoung turut ke arah mereka.

“ Tapi.. Macam mana nak balik? Kita kan datang dengan Mark hyung tadi? ” soal Yugyeom lalu menggaru kepalanya.

“ Yang datang dengan Mark tu kau dengan Bambam. Hish! Bas kan ada! ” bidas Youngjae lalu menarik Jackson supaya bangun.

“ Uhmm yelahh ” balas Yugyeom. Kini mereka sehati sejiwa berjalan serentak macam kawad kaki untuk ke bus stop yang terletak lebih kurang 30 meter dari sekolah.

Tapi kaki Jaebum terhenti apabila melihat seorang lelaki berusia lingkungan 50–60 tahun sedang mengangkat sesuatu dengan susah payah. Berat pastinya.

“ Eo? Hyunjong saem? ”

Yang lain turut berhenti sama lalu memandang Hyunjong yang sedang mengheret guni yang berisi sesuatu yang berat. Sesekali lelaki itu berhenti dengan tercungap-cungap.

“ Apa yang saem— ”

“ Hyunjong saem! Nak saya tolong?! ” jerit Yugyeom lalu berlari-lari anak mendapatkan Hyunjong dengan sengihan lebar. Mereka tercengang dengan tindakan Yugyeom termasuklah Hyunjong.

“ K-kamu semua tak balik lagi? Saya rasa dah lewat ni. Hehe ” ujar Hyunjong dengan riak sedikit terkejut namun dia bijak mengawal ekspresi muka. Yugyeom menggeleng lalu menggamit kesemua hyungnya untuk menghampiri.

“ Apa tu saem? Berat semacam je saya tengok ” tegur Youngjae yang sedang meletakkan dagunya di bahu Yugyeom.

“ Ouh. G-guni ni? Adalah sikit errm.. D-daging! Daging siap pek dalam plastik untuk anak-anak yatim! ” balas Hyunjong dengan sedikit gagap menyebabkan Jinyoung sedikit curiga.

Bukan, dari awal lagi Jinyoung tahu ada sesuatu yang tak kena dengan orang tua ni. Mungkinkah dia yang...? Mustahil, okay.

“ Nak bawak ke kereta ke saem? Nak kitorang tolong angkat? ” soal Bambam lalu menyinsing lengan kemeja dan blazer. Acah kuatlah kononnya. Hyunjong tertawa dengan nada sedikit sinis sebelum mengangguk setuju.

Yugyeom, Bambam, Jaebum dan Jackson bersepadu mengangkat guni tersebut yang memang berat namampus! Dan itu juga sebabnya guni tersebut terlepas pada permulaan mereka cuba mengangkat, ditambah pula tangan yang sedikit licin.

Guni tersebut bergolek ke kaki Jinyoung dan ikatannya terbuka agak luas. Jinyoung menunduk untuk membetulkan semula ikatannya namun lain pula yang jadi apabila tangannya tersentuh isi di dalam. Mata Jinyoung terbeliak. Itu bukannya daging!

Apa tu? Lembut tapi berbulu kasar putus-putus, sama macam berus. Tak pun, rambut manusia. Pada masa yang sama dia terasa seperti sedang meramas rambut seseorang kerana dasar ‘bulu-bulu’ itu sama seperti kepala seorang manusia.

Tambah aneh, Hyunjong berkata itu ialah daging yang sudah siap diproses dan dipek, tetapi tak mungkin bau hanyir darah masih tersisa?

Jinyoung berasa pelik yang amat tapi keinginannya untuk membuka guni tersebut bagi mengetahui isinya dihalang apabila Hyunjong segera mengikat kembali guni tersebut dengan kasar.

“ Aigoo mungkin tali tadi tak cukup kemas. Maaf, mesti udara sejuk dari guni ni buat kamu terkejut ya? ” tawa Hyunjong nampak dibuat-buat. Jinyoung melempar senyum palsu.

Sedang orang lain memasukkan guni tersebut ke dalam bonet kerata Hyunjong, Jinyoung masih termangu dalam kehairanan.

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now