DH ✏️ 10

2.1K 208 29
                                    

Siapa pernah tengok 'Make Me Shudder'? Yang season diorang ke bangunan poraninwittayakom time malam tu and then jumpa dengan hantu cikgu. Kalau pernah, mesti korang tahu bentuk bangunan tu. Ha... bangunan tulah yang sama dengan Taehyung masuk ↓.

✾✾✾✾✾

“ Alahai apa aku nak sekarang doe ? Menyesal pulak gaduh dengan Chimpanzee tu tadi . Tapi takkan aku nak mintak maaf pulak . Jatuh saham aku ” rungut Taehyung sendiri.

Taehyung terduduk mencangkung di hadapan pintu masuk sebuah bangunan. “ Emm... bangunan apa ni ? Aku tak pernah pergi pun ? ” Taehyung tertanya-tanya sendiri. Entah macam mana dia boleh sampai ke situ. Mungkin kerana dia hanya mengikut gerak hati dan langkah kaki dari tadi.

“ F ? Maksudnya ni blok F ? Blok larangan ? " Taehyung teringat perbualannya dengan Ryeo Wool minggu lepas.

Kalau kau kena buat kerja sekalipun, jangan pernah pergi ke Blok F tu ” Ryeo Wool beria-ia bercerita sambil jari telunjuknya lurus menunjuk ke arah blok yang sememangnya Taehyung tahu sebagai blok paling tak terurus. Dengan akar menjalar sana sini, signboard pun dah nak tercabut, dan tak pernah terdengar sebarang kekecohan.

Wae? ” Malas membina soalan, Taehyung bertanya sepatah. “ Sesiapa je yang ke sana, tak pernah kembali. Kecuali... mamat tu ” Ryeo Wool menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki berpakaian uniform lengkap.

Taehyung memandang Ryeo Wool yang terus faham maksud renungan itu. “ Dia selalu ke Blok F. Yang peliknya dia sorang je yang balik dengan selamat dari blok tu. Tapi, bila ada orang lain yang gatal pergi terjah blok tu, hilang tak pernah kembali kecuali dia bawak keluar," terang Ryeo Wool.

Macam kenallah... ” Taehyung menggumam. “ Kim KangIn, sunbae kita ” kata Ryeo Wool pendek. “ Oh! Classmate hyung aku! ” Taehyung memetik jarinya. Ryeo Wool hanya menggeleng lalu menyambung suapan jjampong.

“ Hmm... betul ke apa yang Ryeo Wool cakap tu ? ” Taehyung berdolak-dalik sama ada mempercayai omongan Ryeo Wool atau hatinya yang menjerit ingin tahu sejauh mana kebenaran kata Ryeo Wool.

“ Annyeong haseyo ! ” Jerit Taehyung namun hanya bunyi burung gagak menyambut salamnya . Taehyung melangkah perlahan mendekati signboard yang tergantung pada lorong untuk masuk ke dalam bangunan tersebut.

Signboard yang bertulisan merah dan sudah terputus sebelah talinya dari tergantung. Taehyung menyapu debu habuk yang menutup tulisan itu.

Dilarang Masuk Tanpa Kebenaran

“ Tanpa kebenaran ya ? Tuk, nek, cucu minta nak masuk ke kediaman tu ni ya ! Tak lama pun ! Menumpang ja ! ” Taehyung semakin seronok bermain dengan benda misteri sebegitu. Dengan beraninya dia melaungkan kehendak yang bererti mengancam nyawa.

Dengan beraninya dia menepis signboard usang itu sampai terjatuh. Namun Taehyung hanya memandang kosong dan terus berlalu.

Sesuatu yang memandang sedari dia berdiri di situ ... terus mengangguk senang akan sesuatu apabila memandangnya. Lalu dia terus menghilangkan diri dari sebalik pokok. 

✽✽✽

“ Heee~~ Bersepahnya lahai. Berapa tahun tak kemas ni ? ” Kritik Taehyung sendirian . Kakinya menyepak daun kering yang banyak bersepah di lantai.

“ Wah... cantik jugak pemandangan sekolah kalau dilihat dari sini. Satu sekolah boleh nampak ” puji Taehyung sambil tangannya menongkat pada dinding koridor .

❝ Ting! Ting.. ting.. tuk..❞

Taehyung memandang belakang.  Telinganya seperti terdengar bunyi tin jatuh sebentar tadi . Ya , bunyi itu sedang bergema di telinganya . Taehyung memandang sebuah tin yang tiba-tiba muncul di hadapannya . Tepat berhenti di hujung kaki .

Ada orang lain kat bangunan ni ?

❝  Zupp! ❞

Ada sesuatu melintas. Membawa pergi tin tadi dari kakinya. Tin iti kini bergolek ke arah kiri . Bagai ada daya tarikan di antaranya dan tin itu , kaki Taehyung mudah mengikut tin yang bergolek sendiri.

‘ Apa ni wei... ? Kaki, jebal hajima. Berhentilah wei.. ’ hampir pengsan dia di situ akibat ketakutan. Namun hatinya minta berteguh di situ.

Walaupun hari siang, namun hujung koridor itu tidak kelihatan. Mungkin kerana tangga di tepi menghalang cahaya dari sampai.

Akibatnya, Taehyung sendiri tidak dpat melihat wajah seorang wanita yang duduk memluk lutut di bucu koridor.

“ Agasshi ? Gwaenchanha ? ” Taehyung bertanya apabila mendengar esakan kecil dari wanita berambut ikal panjang itu.

“ Tolong saya ... tolong saya ... ” hanya itu yang diulang oleh wanita yang memeluk lutut lalu menggoyangkan badan ke depan ke belakang berulang kali.

“ T-tolong apa agasshi ? ” soal Taehyung lagi . Wanita itu berhenti . Dia yang tadinya membelakangi  Taehyung, memusingkan kepalanya. Hanya kepala sahaja.

Mata Taehyung membulat  mengalahkan mata D.O. Wajahnya yang jelita tadinya, bertukar berurat hijau timbul . Mata yang boleh memikat setiap namja, bertukar hitam sepenuhnya . Gigi yang cantik tersusun tadi memanjang membentuk taring tajam .

“ Tolong hilangkan kelaparan aku ! ” Wanita itu terus menerkam. Taehyung memejam mata dan hanya berdiri kaku.

“ Hyung ! ” Tubuhnya dirasakan berpusing . “ Aaaaaaaaaaaaaa! ” Jerit seseorang. Taehyung yakin itu ialah wanita yang menerkam tadi kerana suaranya nyaring.

“ Hyung , gwaenchanha ? ” Tanya seseorang lembut . Taehyung memberanikan diri membuka mata . Dilihatnya seseorang yang tersenyum memandangnya. “ Woozi-ah ? ” Taehyung memeluk Woozi yang pelik.

“ Waeyo , hyung ? ”

“ Woozi ah kau pergi mana ? Tahu tak kitorang cari kau tak jumpa - jumpa ? Kau tu dahlah muda lagi . Yoongi hyung mesti risau gila . Jungkook pun dah banyak kali tanya kau pergi mana tapi kitorang semua tak tahu. Kau buatlah lagi, hilang macam tu je ” Bebel Taehyung. Woozi hanya tersengih.

“ Hyung , Woozi okay je. Dan please ... janji dengan Woozi jangan masuk dalam Blok E ni lagi , okay ? ” Woozi menghulur jari kelingkingnya .

Taehyung memandang Woozi . “ Kenapa ? ”

“ Hyung dah bahayakan diri sendiri . Woozi tak nak Jin hyung, Namjoon hyung, Hoseok hyung, Jimin hyung dan Kookie kehilangan orang yang diorang sayang . Hyung masuk sini macam hyung serahkan nyawa kepada si tamak tu . Janji dengan Woozi , jangan masuk sini lagi , okay ? ” Woozi tersenyum.

Taehyung menyambut jari kelingking dengan jari kelingking juga . Entah kenapa hatinya tersentuh dengan setiap perkataam dari mulut Woozi . Terasa nyawanya dihargai oleh orang yang batu dikenalinya.

“ Balik kelas , hyung . Jimin hyung mesti risaukan hyung ” ujar Woozi sambil tersenyum manis. Taehyung mengangguk keberatan namun tetap melangkah menuju ke arah bangunan kelasnya .

Sempat dia berpaling namun Woozi sudah tiada di situ .  Suasana seram sejuk kembali menyapa kulit . Taehyung melangkah laju menjauhi tempat itu .



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now