DH ✏️ 37

1.7K 171 6
                                    

마크 투안 ❀

Yoongi...

Uhm? 

Kenapa kau tak
bagitau aku?

Apa...?

Namjoon, Jungkook, Jimin,
Taehyung dan Hoseok...

Ah...
Geokjeongma
Aku taknak kau risau
Kau patut fokus
study Mark-ah..

Aku nak balik Korea nanti
Tunggu aku, nae?

¤¤¤¤¤

3 November 20XX

Yoongi memasukkan kembali telefon yang diseludup masuk secara haram ke kawasan sekolah ke dalam poket hoodienya.

Kadang-kala dia boleh mendengar kuatnya vokal guru-guru yang sedang mengajar di kelas memandangkan waktu persekolahan sudah lama bermula.

Tapi sumpah Yoongi langsung takde mood nak belajar. Lagi-lagi setiap kali dia terpandangkan meja Seokjin di sebelah mejanya. Puas dia nak menahan rasa sedih setiap kali memandang meja itu.

Dia yakin meja tu boleh tarik minat ramai orang untuk memilikinya. Semuanya sebab dah berbalut cantik, siap ada bau wangi lagi. Fuhhh Seokjin memang perfectionist.

Sayangnya tuan punya penata rias meja tu gunakan tak sampai setengah tahun. Yoongi senyum nipis.

Yoongi duduk di tebing rooftop yang tak berpagar. Mungkin sebab memang jarang yang amat ada pelajar melepak di rooftop jadi pihak sekolah memutuskan tidak membazir duit membelinya.

Kaki digoyang-goyang. Sedikit pun dia tidak gerun memandang bawah. Dasar hati beku.

“ What should I do ? ” soalnya pada diri sendiri.

Kini dia kembali keseorangan.

Selama ini hanya Seokjin yang sanggup menegurnya. Cuma lima hubae yang tak faham bahasa tu yang terus menerus ‘mengganggunya’.

Entah kenapa orang lain menghindarinya. Mungkin sebab riak mukanya sedingin ais kutub selatan bergabung dengan ais kutub utara?

Hmmm memang betul orang putih kata ‘don't judge a book by its cover’. Yoongi merenung lantai yang jauh dan kelihatan sekecil kuman dari pandangannya.

‘ Kenapa korang tinggalkan aku ? ’

Kalaulah mereka masih berada di hadapannya...

Satu ayat itu akan ditanya walau sekeras mana pun mereka tak mahu menjawab.

“ Huh.... ” Yoongi mengusutkan rambutnya. Walaupun sudah hampir empat bulan semua kejadian itu berlalu... Dia masih tidak boleh menerima semua ini. Sekali lagi dia keseorangan... Tanpa teman.

Hanya Woozi tempat dia berborak dan menggila. Itu pun perangainya yang edisi terhad itu eksklusif dilihat di dorm sahaja. Semuanya kerana hanya Woozi dan Yoongi sahaja yang menghuni dorm itu.

“ Apa salah aku ? Kenapa orang yang aku sayang tinggalkan aku... ? ”

Yoongi membaling daun-daun kering yang gugur di atas bangunan itu ke bawah. Daun itu melayang-layang tak pasti ke mana. Dicampak ke sana, mendaratnya di sini. Yoongi merenung kosong hujan daun kering itu.

“ Tak boleh ke kalau aku nak ikut korang ? ”

Seketika suasana sunyi. Yoongi memejamkan matanya. Sepi. Kawan-kawannya tiada lagi di sisi.

“ Hyung...”

“ Hyung... ”

“ Hyungnim... ”

Satu suara lembut memanggil-manggil seseorang. Kedengaran seperti dirinya yang dipanggil lantas Yoongi mencelikkan mata. Kepala ditoleh.

“ WOOZI-AH !! ”

Yoongi berlari, mendapatkan Woozi yang sedang melemparkan senyuman kepadanya.

Tetapi tubuhnya menembusi bayangan Woozi sedangkan dirinya tidak sempat berhenti berlari, sekaligus menyebabkan dirinya terjatuh dari tingkat rooftop bangunan yang memiliki empat tingkat itu.

“ AHHH! ”

Dalam berpinar-pinar pandangan matanya, dia tahu kepalanya sedang mengalirkan darah segar di atas jalan.

Matanya menangkap kelibat Woozi di rooftop sedang tersenyum memandangnya.

“ Hyung... Hyung tak keseorangan... ”

“ Kitorang ada.. ”

“ Hyung boleh ikut kitorang...”

“ Kita takkan terpisah lagi hyung... ”

Yoongi senyum.

Terima kasih Woozi.

Memang ini impiannya. Takkan terpisah dari rakan-rakannya lagi.

‘ Guys... No matter what happen... We'll stay together... Forever ’

Kata-kata terakhir itu berdetak dalam hatinya sebelum pandangannya menghitam.  Telinganya sempat menangkap bunyi seseorang menjerit sebelum matanya benar-benar tertutup rapat.

“ SAEM! ADA PELAJAR JATUH! ”

~

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now