ER [ 30 ]

724 87 20
                                    

" Time aku masuk dalam salah satu kelas tu, ada yeoja berdiri tapi aku tak nampak muka dia. Tapi baru je aku nak gi kat dia, tetiba ada malaun pergi ketuk kepala aku. Tu yang berdarah-darah ni " Mark mencebik lalu mengusap kawasan dahi yang sememangnya luka dan dicemari darah.

" Lepas tu sedar-sedar je aku dah ada kat bilik tu " Mark memandang wajah Jinyoung yang sudah berubah ekspresi.

KUK!

" Adoi! " rungut Mark sambil menggosok-gosok kepala yang baru diluku Jinyoung tadi. Lelaki itu hanya membuat muka innocent, siap tiup-tiup buku lima lagi.

" Nak mati awal bagitaulah. Boleh je aku potong wayar kepala kau tu " dijelingnya Mark di sebelah. Mark mencebik sebelum dia pula bertanya.

" Kau tu? Macam mana kau tau aku ada kat sini? Dan macam mana kau boleh sampai sini? Pada pemerhatian akulah kan, tempat ni mungkin di bawah tanah memandangkan kita jalan atas tanah dan aku tak pernah nampak tingkap kat sini " kali ini Jinyoung pula terkedu.

Mark memandang Jinyoung dengan muka curious gitu. Entah macam mana boleh sampai, padahal tempat tu memang sangat tersorok.

" Ermm... "

" Kau- kau tak buat benda pelik-pelik semata-mata nak cari aku, kan? Such as... KAU MINTAK TOLONG JIN EH?! "

" BUKANLAH! MANA ADA! KHURAFAT! SYIRIK! KAFIR HUKUMNNYA! DOSA BESAR TU WOI! AKU BAIK KAY! "

" Dah tu? "

" Aku- emm.. Hehehe.. "

Flashback

Krekk...

Pintu kayu jati itu dibuka. Nampak gayanya engsel pintu itu sudah berkarat disapa angin. Jinyoung mengibas-ngibas udara di hadapan muka sebelum terbersin beberapa kali. Merah berair terus hidungnya.

" Aishh berapa lama takde orang ni? Mana barang-barang dalam rumah ni? Apesal pintu tak berkunci sia? " bebel dan menyoal sendiri di tengah-tengah ruang tamu. Kedengaran pantulan gema suaranya sendiri di ruang yang kosong itu.

Jinyoung berputar tanoa arah sebelum matanya menangkap satu imej yang membuat dirinya menggigil kegerunan.

Seseorang yang bernama Hyo Yuki sedang memerhatinya dari satu sudut. Pandangan yang dilemparnya kosong dan beku. Tubuhnya kaku dan tegak. Wajahnya pucat tanpa secalit senyuman. Secara tiba-tiba, Jinyoung betul-betul terasa kakinya kebas dan lembik lalu jatuh terduduk di situ juga.

Panik Jinyoung bertambah-tambah apabila Yuki mula bergerak ke arahnya. Lari, itu sahaja yang ada di fikirannya. Malangnya baru sesaat dia bangun, lagi sekali dia terjatuh, walhal Yuki makin menghampiri.

Last-last, langkah yang diambil hanya pejam mata dan redha lagi pasrah dengan qada' dan qadar.

Tapi, sangkaannya meleset. Yuki berhenti berganjak apabila jarak mereka hanya tinggal beberapa langkah kaki. Raut wajahnhya masih sama, kejung dan beku. Yuki mengangkat tangannya perlahan, menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan pada arah yang membelakangi Jinyoung. Pantas Jinyoung menoleh ke belakang.

Entah dari mana munculnya, tapi ada satu pintu terbuka dengan lampu yang menyala. Dari jarak yang agak dekat, jelas terlihat ada paip air hujan sinki bersama cermin dindingnya sekali. Kepalanya dipusing menghadap Yuki dan jantung bagai hendak tercabut melihatkan pemandangab yang teramat mengerikan baginya. Yuki kini hanya selangkah jauh darinya.

Akibat terkejut melampau, mulutnya automatik menjerit dan terus dia berlari ke arah bilik yang kemungkinan besar ialah bilik air. Terus dihempasnya pintu bilik itu.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now