↱ DH + ER Special ↲ 여덟

317 61 3
                                    

“ Aku kat mana ni? ” bisik hatinya kehairanan. “ Kenapa semuanya gelap? ” dia melepaskan nafas berat. Suasana sangat gelap, tiada apa pun yang dilihatnya walaupun matanya lebar terbuka. Hatinya mula berasa takut.

“ Aku taknak duk sini, aku nak balik! Mana rumah aku? ” katanya cemas. Matanya dipejama rapat, kedua penumbuknya digenggam kemas. Dia mengharapkan berjumpa seseorang yang akan membawanya pulang.

“ Mark ”

Dia membuka mata. Keadaan sekelilingnya bertukar. Hanya warna putih semata yang kelihatan. Matanya beralih kepada tubuhnya sendiri, dan menyedari dia memakai kemeja dan seluar putih.

Kepalanya tertoleh-toleh, mencari pemilik suara yang menyebut sesuatu nama tadi.

Apabila dia berpaling ke hadapan, dia terlihat seorang lelaki berpakaian sama sepertinya, kecuali wajahnya tersenyum manis dengan tangannya berada di dalam poket seluar.

“ Kau buat apa kat sini? ” lelaki itu bertanya. “ Takkan dah sampai masa kot? ” soalnya dengan nada bergurau.

Dia hanya berkerut, terlihat sangat keliru. Siapa lelaki di hadapannya? Siapa Mark? Masa apa? Dia di mana?

“ Ak-aku kat mana ni? Kau siapa? ” hanya dua soalan itu terkeluar dari mulutnya. Lelaki di hadapannya membuat wajah yang agak terkejut.

“ Akulah, Min Yoongi. Kau tak ingat aku? Kau ada di tempat antara dua alam. Alam dunia dan kematian. Kau koma ke? ” Dia terkejut, memandang sekeliling sekali lagi.

“ Aku.. siapa? Kenapa aku tak ingat apa-apa? ” matanya memandang tepat ke dalam anak mata Yoongi, meminta penjelasan.

Yoongi melangkah setapak ke depan. Mata Mark ditenung dalam-dalam tanpa menyuarakan walau sepatah perkataan. Dia dapat melihat apa yang terjadi sebelum kedatangan Mark ke situ.

“ Kau Mark. Mark Tuan, kau kawan baik aku. Kematian aku buat kau berdendam, dan kau berjaya lunaskan dendam tu. Tapi sekarang dendam tu datang kembali mencari kau. ” Mark semakin keliru.

“ Pulanglah, Mark. Nampaknya ini bukan tempat kau. Tempat kau di dunia, bukan di sini. ”

“ Aku tak tahu. Macam mana aku nak balik semula? ” tanyanya mula menggelabah. Yoongi menepuk-nepuk bahu Mark.

“ Kumpulkan semangat kau. Lawan. Kau jauh lebih kuat dari apa yang kau sangka ” di penghujung ayat, Yoongi tersenyum manis.

Lantas dia berpaling, berjalan menjauhkan diri dan hilang di sebalik cahaya.

Mark masih lagi berdiri dengan keliru. Namun dia cuba membuat apa yang disuruh Yoongi tadi.

Nafas dihembus, hatinya ditenangkan. Sekali lagi penumbuk digenggam, mata dipejam. Dia cuba mengingat kembali perkara yang membuatkan dirinya kuat.

Fikirannya dikosongkan. Sesuatu datang tanpa perlu dipaksa.

“ ..yung... Hyung... ”

“ Ya Mark Tuan! ”

“ HAHAHAHAHAHAHA ”

“ We have each other, to protect each other ”

“ Let's walk in a line, side by side ”

Mark membuka mata. Dia sedar dia tak mampu bernafas.

Air. Gelap. Cahaya.

Mark memandang ke atas. Kelihatan suatu cahaya yang seperti menantinya di atas sana lalu Mark memaksa kakinya bergerak, berenang ke atas sana.

Kedengaran bunyi air tasik berkocak tidak disedari sesiapa kecuali Jackson yang masih terduduk di tebing, tidak mampu untuk bangun.

“ Sakit!! ” dia terdengar raungan Rebecca lantas menoleh. Perempuan itu berguling-guling di atas tanah sambil menarik-narik rambutnya. Jinyoung, Jaebum dan Baekwon mengerutkan dahi mereka memandang Rebecca.

Tidak peduli dengan keadaannya, Jaebum segera menyepak-nyepak tubuh perempuan itu dengan geram. Saat itulah dia dapat melihat tangan Rebecca juga bertukar hitam, kulitnya mereput dan terkoyak.

Sekali lagi Jackson menoleh ke tasik kerana terdengar bunyi air. Keadaan di tasik itu gelap, dia tidak dapat melihat dengan jelas. Namun apa yang dia tahu, ada sesuatu yang tiba-tiba muncul di tengah tasik sana.

Jackson memandang mereka bertiga. Kelihatan Jaebum yang masih memaki Rebecca sudah terikat di pokok oleh akar-akar besar yang menjalar dari serata arah dengan Jinyoung yang cuba meleraikan akar-akar itu.

Jackson tiba-tiba terasa ngeri melihat keadaan itu lalu memandang tasik kembali.

Benda yang dilihatnya itu kekal statik buat beberapa minit sebelum mula bergerak menghampiri Jackson dengan perlahan. Jackson yang mula ketakutan hampir menjerit sebelum dia dapat lihat sesuatu itu sebenarnya ialah manusia.

Semakin lama semakin jelas dan akhirnya dia dapat melihat wajah itu.

“ MARK HYUNG!! ” jeritnya gembira. Jackson segera melutut, bersedia menarik Mark keluar dari tasik itu.

Jeritannya menarik perhatian keempat-empat mereka termasuk Rebecca. Di depan mata, mereka melihat Mark yang lencun menggigil teruk, cuba berjalan dari pinggir tasik yang cetek ke arah Jackson.

Mark terasa air itu dingin yang melampau sepertinya dinginnya salji hingga angin sejuk meresap ke dalam tulang temulangnya. Dia hampir-hampir terjatuh kerana terlalu lemah untuk berdiri namun digagahkan juga.

Rebecca terlopong. Dia tidak percaya lelaki itu selamat. Sangkanya Mark sudah mati ditelan tasik yang panasnya seperti bara api dan mampu melukakan kaki Jackson.

“ Tak mungkin.. ” gumamnya namun dapat didengari Baekwon. Lelaki itu tersenyum sinis lantas satu tapak diambil ke depan, menghampiri Rebecca.

Perempuan berkulit hodoh itu tersentak lantas melangkah satu tapak ke belakang.

“ Terkejut? Sihir kau tak berjaya? ” tanya Baekwon sinis. Dia tahu Mark akan selamat, cuma dia sengaja melengah-lengahkan keadaan supaya Mark punya masa untuk menyelamatkan diri sendiri.

“ Korang, bawak diorang balik sekarang. Akan akan menyusul kejap lagi ” katanya ditujukan kepada Jinyoung dan Jaebum. Jaebum membuat muka geram.

“ Balik amendenya dengan akar ni? ” bidasnya geram. Akar itu semakin membelit membuatkan nafasnya sesak.

“ Oh, lupa ” Baekwon berkata tenang. Dia mengerling Jaebum sekilas lantas kembali memandang Rebecca. Senyumnya semakin sinis.

“ Apa agaknya akan jadi kalau air sentuh pokok ni? ”

Rebecca membulatkan matanya. “ K-kau.. Jangan berani– ” Baekwon meludah ke arah satu akar yang membelit Jaebum, sebelum sempat Rebecca menghabiskan ayatnya.

Akar itu lantas mereput lalu hancur menyembah tanah. Jinyoung dan Jaebum terkejut.

Rebecca sekali lagi meraung. Baekwon segera mengambil kesempatan untuk menyelamatkan Jaebum.

“ Cepat, ambik air dari tasik. Siram kat akar ni ” Jinyoung mengangguk lalu berlari ke tasik namun bingung seketika kerana tiada alat untuk digunakannya.

Dalam saat cemas, dia terlihat tong sampah kitar semula berdekatan lalu dicari botol kosong di dalam tong sampah itu.

Air diambil lalu disiram. Jaebum bebas, Rebecca menggelupur kesakitan. Satu per satu anggota badannya mulai hancur.



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now