DH ✏️ 8

2.2K 194 23
                                    

" Emm... "

Jinyoung nampak macam baru lepas terbaling kaca kat muka jiran sebelah.

" Ceritalah " gesa Hoseok. Hanya mereka bertiga sahaja di dalam dorm lapan namja tu. Entah ke mana semuanya, tak tahulah. Cuci mata tengok awek kot. Kalau Jungkook hilang innocent dia tu, maka akan adalah rak buku setinggi dua meter menghempapnya.

" KangIn tu macam pelik tau. Kau tau tak kisah sekolah ni? Ramai pelajar hilang-"

" Tahu "

" Err.. sebenarnya, biasanya yang hilang tu ialah pelajar baru. Dan kebanyakan ialah orang yang KangIn perhati. Jadi kitorang nak kau hati-hati. Kitorang dah lama syak dia yang tolong Yuki selama ni. Aku perhati Seokjin sunbae pun sebab aku nak pastikan korang tak apa-apa. Tapi aku rasa mungkin Yoongi sunbae boleh jaga korang. Dia tu nampak je dingin. Sebenarnya dia baik hati dan caring " terang Jinyoung. Hoseok hanya mengangguk.

" Selain tu, kitorang tak berani melawan bila Yuki nakkan korban sebab orang yang menentang dia tu akan diburu 'bayang' dia. Pembelot tak guna sekolah ni " kata Jinyoung. Hoseok menongkat dagunya.

" Kenapa korang semua syak Kang In? " Tanya Hoseok. " Sebab... banyak benda pelik orang jumpa pada dia. Contoh, baju penuh darah memalam buta. Takkan dia pergi cari pasal dengan harimau pulak. Pastu, ada sorang hubae terjumpa dia pegang pisau lipat berdarah, esoknya hubae tu mati kena kelar. Seram doe. Jadi, kitorang just tak nak korang pulak jadi mangsa lepas ni. Cukup seratus ribu hilang terkorban " pesan Jinyoung buat kali terakhir sebelum mencapai beg galasnya.

Jaebum turut melangkah bersama Jinyoung. Meninggalkan Hoseok termangu di birai katil.

" Argh! Setan rambut blonde! "

✽✽✽

" Woi, berapa lama lagi nak menghendap? "

" Sshhhh.... "

" Siot betul. Aku nak tidolah wei "

" Boleh tapi senyap kejap "

Selain tu, kitorang tak berani melawan bila Yuki nakkan korban sebab orang yang menentang dia tu akan diburu 'bayang' dia....

Dari tadi Jimin dan Taehyung menghendap dari sebalik pintu. Asalnya diorang nak balik dan membuta. Tapi tak jadi sebab pintu tertutup rapat dan kedengaran orang berbincang dari dalam. Lantas idea Taehyung menghendap tiga makhluk di dalam terpaksa dituruti Jimin.

" Eh? Takde bunyi dah? " Tanya Taehyung seraya menjauhkan telinga dari pintu.

" Kau punya pasallah ni! Tengok! Tak dapat aku nak dengar diorang cerita! " Taehyung menyalahkan Jimin yang sebal.

" Macamlah bagus sangat kau skodeng orang tu -.- "

Krekkk....

" Argh! Setan rambut blonde! " Latah Jinyoung akibat terkejut melihatkan Taehyung yang tetiba ada depan pintu dengan rambut blonde nya tu.

" Pffft....." Jaebum menahan gelak. " Err... nuguseyo? " Tanya Jinyoung sambil menggaru kepala. Taehyung memuncung manakala Jimin terbaring tidak cukup nafas.

" Diamlah Park Jimin! " Marah Taehyung yang kehabisan nyawa menggelakkannya. Namun Jimin tidak meriakkan ketakutan, malah semakin galak mentertawakan Taehyung yang dikatakan setan rambut blonde.

" Aku? Setan rambut blondelah!" Cebik Taehyung. Jinyoung tersengih bersalah. "Mianhae. Mianhae. Aku terkejut tadi," pujuk Jinyoung.

" Kim Taehyung! Pulangkan balik handphone hyung! " Membulat mata Taehyung akibat disergah. Dengan kelajuan 340 km/j, Namjoon menerpa Taehyung yang melarikan diri sampai terpijak Jimin yang masih terbaring.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now