DH ✏️ 12

2K 200 10
                                    

“ Yoongi-ah ? Kau kenapa ? ” Tanya Seokjin pelik melihat tingkah gila Yoongi yang kelam-kabut ke sana ke mari. Mereka berenam memerhati keaneh Yoongi yang serupa orang mati bini.

Namun hanya jelingan pedang menjadi jawapan. Menyebabkan mereka hanya diam memerhati tanpa bersuara.

Sehinggalah kelibat Yoongi menghilang bersama Minho saem.

“ Aku tanya je kot. Macam tu sekali dia jeling ? ” Seokjin mengomel geram dengan sifat dingin semulajadi milik Yoongi. Orang cuba nak berbaik, menyombong bukan main. Alamatnya takde siapalah yang nak tolong kau kalau jatuh longkang.

Tapi acah berani je tu. Kalau Yoongi ada tak berani pulak nak protes apa-apa.

“ Dia ada masalah kot ” Namjoon cuba menenangkan Seokjin yang ada tanda nak memulakan perang dunia ketiga. “ Kalau ye pun bagitahulah , mana tahu kita boleh tolong. Ini tak, menyombong bukan main. Last-last kalau tak dapat nak settle , cari orang lain juga ” Seokjin masih tidak puas hati dengan tindakan Yoongi tadi. 

“ Ish.. hyung ni. Cubalah fikir positif sikit. Mana tahu dia sebenarnya taknak menyusahkan kita. Sebab tu dia jeling macam tu. Supaya kita putus asa nak menyibuk ” ceramah Hoseok yang tiba-tiba mampu berfikir dengan matang akhirnya berjaya membuatkan Seokjin tersenyap lalu menyambung membaca buku. Namjoon menunjukkan thumbs up sebagai tanda terima kasih kerana telah melenyapkan sifat tak boleh berhenti membebel bila dah mula milik Seokjin.

“ Oh , Woozi-ah. Kau kenapa ? ” Semua mata kini mengalihkan anak mata ke arah Woozi yang tercegat di muka pintu dengan muka sedih yang tak keterlaluan. Walaupu wajahnya kelihatan lemah tapi Woozi cuba membuka mulut bagi membalas pertanyaan Jimin.

“ So...So Hee... ” Hanya nama itu yang mampu diucap sebagai balasan. Jungkook iaitu satu-satunya manusia di dalam dorm yang mengetahui nama yang disebu Woozi tadi kina meluru dan terus mencengkam bahu Woozi.

“ Wae? Kenapa dengan So Hee noona ? ”

“ So Hee ? ”

✽✽✽

Yoongi menunduk gelisah di ruang menunggu wad ICU. Sudah lebih satu jam Min So Hee dikejarkan ke bilik ICU kerana tiba-tiba tekanan darahnya menurun dan denyutan jantungnya semakin melemah. Minho pula setia di sisi anak muridnya yang hanya bersendirian kala ini. 

“ Y-yoongi-ah ” panggil seseorang. Yoongi mengangkat muka memandang gerangan yang menyebut namanya tadi. 

Lelaki berbaju tidur pink itu, Kim Seokjin.

Yoongi segera bangun menghadap Seokjin dan lima dongsaengnya yang juga masih dengan berpakaian baju tidur. Yoongi pun terperasan beberapa jururawat yang melalui lorong itu tersenyum-senyum menahan gelak. “ Apa yang korang buat kat sini ? ” Tanyanya mengabaikan pandangan mata yang janggal. 

“ Woozi bagitahu So Hee noona kritikal ” sampuk Jungkook dengan poker face. Yoongi mengeluh. “ Kau jangan nak buat lawak boleh ? Woozi ? Seriuslah ? Aku langsung tak jumpa dia.. hari ni... ” Yoongi terduduk kembali.

Perkataan dari mulut Yoongi itu membuatkan mereka sedikit terkejut dan semakin meyakinkan Jungkook bahawa ada sesuatu yang dia tidak tahu tentang Woozi. Namun didiamkan sahaja dan dia cuba menyedapkan hatinya dengan berkata ‘ mungkin Woozi terdengar perbualan Yoongi . ’

Suasana senyap seketika sehingga seorang lelaki berkot putih labuh yang diyakini doktor yang merawat So Hee keluar dari wad ICU. “ Seonsaengnim! Sohee ? ”

Namun hanya gelengan menjawab soalan Yoongi.

✽✽✽

❝ Tit... tit... tit... ❞

Hanya bunyi alat pengesan degupan jantung sahaja memenuhi ruang sekarang ini. Tiada siapa pun dari kalangan lapan makhluk itu ingin membuka mulut. Suasana dirasakan sayu dengan keadaan So Hee yang semakn teruk. Jungkook masih memikirkan keadaan Woozi di hostel. Tidak peduli atau susah hati?

“ Noona... ” suara Yoongi kedengaran serak. Menyuntik rasa kasihan dalam hati mereka yang sememangnya berjiwa lembut. Apatah lagi Hoseok yang pernah kehilangan noonanya dalam tragedi beberapa tahun lepas.  Di mana noonanya, Jung Hyerim pergi bercuti bersama chingudeul-nya namun maut apabila kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung lalu... bultaoreune!

The car is on fire. BOW WOW WOW (ง ˙ω˙)ว



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now