ER [ 23 ]

819 96 53
                                    

“ Uwekk sampai ke sini baunya ”

“ UDARA MANA WEH!! ”

“ EH EH JANGAN PENGSAN KAT SINI WEH ”

“ Harum serbak sungguh baunya.. Seperti spender tak dibasuh setahun. Ya Allah.. Tolong aku nak pengsan weh ”

Macam-macam komen terkeluar dari mulut celupar manusia berenam tu. Walaupun mayat tersebut bertutup dengan beg mayat, baunya tetap merebak sampai ke mereka yang berdiri dalam jarak tidak kurang dari 500 meter.

Hanya mereka sahaja pelajar sekolah yang berada di situ. Halah kau tengok satgi mesti tempat tu kena serbu punya lepas live SBS keluar kat TV. Memekak je hakak wartawan kat belakang ni buat laporan.

“ Hagsaengdeul? ”

Serentak mereka memandang kosong seorang anggota polis bertopeng muka yang memanggil mereka tadi. Di sebelahnya ada seorang lagi anggota polis yang hanya berdiam diri merenung tajam mereka berenam.

“ Ye? ”

“ Maaf, tapi tolong ikut kami ke balai untuk keterangan ”

Tanpa dirancang, mereka mengeluh serentak. Adoo ni aku malas ni.

✽✽✽

“ Yaaaa macam tulah kisahnyaaa ” kata Youngjae dengan muka mengantuk.

“ Kamu ada sentuh ke mayat tu semalam? ”

“ Sentuh apa benda? Tengok dari jauh pun dah tak sanggup nak pergi dekat. ”

“ Sebab kesan jahitan pada perut mangsa terbuka, mungkin ditarik dengan pisau yang ada pada perutnya? Kamu ke yang buat? ”

“ Pisau mana pulak ni? Ada pisau k– ”

“ Ya. Saya yang bukak balik jahitan tu ” sampuk Jinyoung jujur. Mereka terus memandang Jinyoung yang duduk bersandar dengan tangan bersilang pada dada, gaya santai.

“ Kenapa kamu buat macam tu? Kamu dah tinggalkan cap jari kamu pada pisau tu, sekaligus dah rosakkan cap jari lain yang mungkin ada pada pisau tu ”

Kuat bebel pulak, getus hati masing-masing. Dua jam di dalam bilik soal-siasat memang menyeksa jiwa raga. Bilalah boleh join Raymond ahjusshi cari Mark.. Haih.

Jinyoung diam.

“ Saya tanya sekali lagi, kenapa– ”

“ Sebab saya nampak sesuatu, dan saya nak tahu apa benda tu. Benda tu ada dalam perut dia ” pintas Jinyoung.

“ Apa benda? Mana benda tu? ”

“ Handphone housemate saya, Mark Tuan yang hilang sejak tiga hari lepas ” jawab Jinyoung yakin.

“ Kenapa kamu yakin sangat itu handphone kawan kamu? Entah-entah tu handphone mangsa tadi ” bidas anggota polis tersebut.

“ Sebab pada telefon dia ada ukiran nama Mark Tuan yang sangat halus berhampiran lubang charger ”

Anggota polis itu terdiam. Suasana sunyi sehingga bunyi ketukan pada pintu memecah kesunyian. Setelah diberi izin, si pengetuk pintu tergesa-gesa masuk dan berbisik pada anggota polis tadi. Reaksi anggota polis itu kelihatan terkejut setelah mendengar perkara yang disampaikan.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now