DH ✏️ 35

1.7K 162 25
                                    

Panas.

Namjoon beralih-alih. Tapi masih matanya tidak boleh terpejam. Malam ni terasa panasnya lain macam.

Yoongi yang nyenyak tidur dipandang cemburu. Seronoknya lahaii kalau dapat jadi Yoongi seketika. Tapi tulah... Jadi pemilik hati beku plus mulut takde insurans nyawa macam dia pun susah jugak.

...............

" Arghhh aku tak tahan dah , " bisiknya hampir menjerit lantas mencampak selimut. Namjoon bangun lalu pintu dibuka luas.

Namjoon menghembus nafas lega sebaik dirinya disapa angin malam yang sejuk dingin.

Smartphone di tangannya berbunyi mematikan rasa damai. Wajah Namjoon kembali stres. Sempat jam pada telefonnya dipandang sebelum menjawab panggilan.

3.56 pagi

Lama juga dia berguling-guling sebab tak dapat tidur.

Dan siapa yang duk telefon pepagi buta ni? Dahlah nombor unknown. Entah celah mana dicari nombor aku, desis Namjoon tidak puas hati. Panggilan dijawab malas.

" Yeoboseyo ? "

" Ehehehe... "

Namjoon mengerut dahi.

" Siapa ni ? "

" Skrrr..... "

" Hei! Jangan main-main dengan akulah ! "

" Hyo... "

" ........... "

" Zrttt.... "

" Y-Yuki... ? "

" Hoseok... Hihihi... "

Mata Namjoon membulat sekejap. Walaupun tidak diiyakan, tapi dia tahu pemanggil gila itu ialah Hyo Yuki. Siapa lagi psiko gila yang dia kenal melainkan 'vampire' terlepas tu.

" Ermmm... Hyung.... ? "

Namjoon memandang Jungkook yang sudah terjaga, memandangnya dengan mamai. Walaupun mamai jelas ada kepelikkan di situ. Entah apa hyungnya buat bukak pintu malam-malam buta ni. Sejuk tau tak sejukkkkk.

" Hyung buat apa tu ? Baru 4 pagi ni hyung...."

" Jungkook-ah! Bangun sekarang! Ikut hyung! Cepat! "

" Hah ?! " segar-bugar mata Jungkook terpinga-pinga. Selimut dicampak, lengan Jungkook ditarik. Jungkook yang masih blur menurut penuh paksa.

Pintu Audi A6 dibuka. Jungkook ditolak paksa duduk di tempat duduk pemandu. Seterusnya Namjoon dengan tergesa-gesa walaupun gaya jalannya agak tempang kerana masih belum pulih sepenuhnya terus membuka pintu ruang penumpang di sebelah Jungkook dan tanpa menunggu enjin panas, kereta itu sudah dipandu keluar dari kawasan asrama atas arahan paksa Kim Namjoon.

" Kita nak gi mana ni hyung ? Aku ngantuklah.. " Jungkook sudah menguap beberapa kali. Pandangannya pun samar-samar. Harap-haraplah takde polis trafik want to jaga pulak malam ni. Namja berusia belasan tahun ni masih belum memiliki lesen memandu walaupun dia reti memandu berkat ajaran arwah Seokjin yang garang dengan terbilang. Or should I say mendiang? ._.

" Hospital , " jawab Namjoon ringkas. " Wae wae siapa masuk hospital? Hyung sakit lagi ke? " tanya Jungkook, memandang Namjoon.

Dengan pandangan poker face, Namjoon memegang dagu Jungkook lalu menolehkannya ke hadapan kembali. " Kalau kita accident, kita berdua yang sakit, tahu ? " Jungkook tersengih."

" Hoseok "

" WAE WAE KENAPA DENGAN HOSEOK HYUNG ? "

" Yuki call aku tadi. Dia cakap Hos--"

" OMG MANA DIA DAPAT NOMBOR HYUNG?? AHAAAAAAAA AKU TAHU MESTI HYUNG ADA SKANDAL NGAN DIA PASTU KORANG SIMPAN NOMBOR MEMASING PASTU DIA CALL HYUNG NAK SURUH HYUNG SELAMATKAN DI-- "

PANG!

" OMMA ! "

" MENGARUTLAH LAGI!! HISHHHH! TAKKANLAH AKU NAK ADA AFFAIR DENGAN VAMPIRE!! LAIN KALI DENGARLAH DULU! "

" ............. " Jungkook memuncungkan bibir, tanda protes.

" Dia sebut Hoseok and then mengilai-ngilai mengalahkan vampire– eh dia kan memang vampire. Pastu ada bunyi-bunyi pelik. Aku risaula– "

Tiba-tiba bunyi kereta F1 berlumba selaju 250km/j kedengaran. Namjoon tersandar keras pada kerusi. Wajahnya bertukar pucat. Manakala Jungkook menyeringai, menekan pedal minyak. Memaksa kereta itu bergerak lebih laju.

" OMMA TOLONG JIMIN!!!!! "

Namjoon dan Jungkook sama-sama berpandangan, sejurus kemudian melihat ke belakang serentak tanpa dirancang. Kelihatan Park Jimin berada di seat belakang, duduk bersandar pada kerusi dan memeluk bantal bulat berbentuk emoji smiley menjerit dengan mata terpejam.

" JEON JUNGKOOK PERLAHANKAN SIKIT KERETA NI!! "

" MACAM MANA HYUNG BOLEH ADA DALAM KERETA NI?! "

" AKU MEMANG TAK KELUAR DARI SINI SEJAK KITA BALIK TADILAH!! "

Namjoon menggeleng-geleng kepala lalu berpaling. Mukanya menjadi bertambah pucat.

" JUNGKOOK! PANDANG DEPAN! "

Srapppp! 

Kelihatan satu objek putih melayang di hadapan mereka, menyebabkan Jungkook hilang kawalan tanpa sempat menarik brek.

KRASHHH!

Audi A6 putih itu kini berada dalam kedudukan terbalik. Diiringi jeritan mereka bertiga. 

Darah segar mengalir, membuak-buak dari dahi Jimin. Pening. Jimin memadang Jungkook dan Namjoon yang tidak lagi sedarkan diri, dan kedudukan mereka yang masih beralaskan tempat duduk, kepala masing-masing dihalang tali pinggang keledar dari terhempas ke bumbung memandangkan kereta itu sudah terbalik. 

' A-aku.. kena selamatkan diri dulu... '

Seatbelt ditanggalkan. Kepala Jimin menghempas bumbung terlebih dahulu. Dengan susah-payah, dia cuba membuka pintu. Berjaya! Lantas dengan cara mengesot Jimin keluar dari perut kereta. Darah membasahi dahi, hidung dan hampir memenuhi bajunya.

Kira-kira semeter dia mengesot, kini Jimin cuba untuk berdiri. Walaupun asyik terpelecok akibat pening-pening lalat, dia cuba melangkah ke arah kereta itu. Dia mahu menyelamatkan dongsaeng dan hyung kesayangannya!

" Hyung... Kookie.. "

BOOM!

Jimin tercampak ke belakang. Letupan kuat itu berdentum, menyakitkan telinganya. Kini telinganya pula berdarah-darah. Darah dari hidungnya turut kuat mengalir. Jimin menjerit kesakitan. Dia terlentang di jalan tar. Kepalanya diangkat. Kelihatan api dengan bangganya membakar kereta yang dipandu Jungkook tadi.

“ ANDWAE! HYUNGGG! JUNGKOOK! ”

Jeritlah. Tak mungkin mereka akan hidup kembali.

Jimin menangis teresak-esak di situ. Dia masih cuba mendekati api besar itu menggunakan kedua lengannya. Kakinya tidak dapat dirasakan oleh dirinya lagi.

Tangan digagau, terawang-awang di udara, lagaknya seperti mahu menarik Jungkook mahupun Namjoon keluar.

Zraaappp!!

Jimin terkulai layu. Yuki tersengih dengan libasan pedang yang tepat terkena pada bahagian belakang leher Jimin.

Pedang dicampak. Kepala Jimin yang tak putus dari badan diusap sekejap. Lantas lighter dikeluarkan dan dia mula membakar rambut Jimin. Begitu juga bara api dilalukan ke bahagian leher yang ‘dipancung’ tadi. Kesan bakar terlihat jelas.

Api itu merebak, hingga hampir separuh wajah tampan milik Park Jimin terbakar. Yuki tersengih puas. Seketika dia menari-nari kegembiraan.

Lantas dia segera menyeret mayat Jimin dan meletakkannya di sisi pintu kereta yang sudah lunyai dijilat api.

Pedang diambil. Dengan langkah gemalai mengalahkan orang mabuk, Yuki berjalan tenang diiringi nyanyian lagu Ulek Mayang -,-

~

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now