↱ DH + ER Special ↲ 넷

419 45 1
                                    

— 18 Oktober

+ 9 pagi +

Lamborghini Reventon milik Mark meluncur laju di atas jalan raya yang lengang itu. Suka hati dia je buat jalan tu macam moyang dia punya.

“ Mark, aku tahu takde orang kat jalan ni tapi janganlah bawak kereta macam nak bunuh diri ” tegur Jaebum dengan tangannya kemas memegang tali pinggang keledar.

Terdengar keluhan terbit dari mulut Mark sebelum dia mula memperlahankan keretanya.

“ Mian. Fikiran aku serabut. Tak sedar aku bawak laju sangat ” katanya tanpa memandang Jaebum. Kalau pandang jugak maka arwahlah mereka berdua di atas jalan itu~~

“ Ni takpe ke kau tinggal budak 5 orang tu kat rumah? Kang tak pasal-pasal kita balik tengok-tengok rumah dah terbakar ” kata Mark, mengubah topik. Jaebum mengangguk.

“ Jinyoung ada, dia je yang matang sikit dari diorang tu ” balas Jaebum dan serta-merta dia terbayangkan Jinyoung yang memakai spek dan melibas rotan pada tapak tangan sendiri, mengawasi Yugyeom, Bambam, Youngjae dan Jackson yang tunduk membuat kerja-kerja membersihkan rumah.

“ Pahal takde orang pulak kat jalan ni? ” Jaebum mula berkerut kehairanan. Entah kenapa highway itu lengang tanpa ada walau sebuah pun kenderaan menggunakannya selain kereta milik Mark.

“ Semua ada kat pejabat kot. Eh, Junhae tau tak kita nak datang ni? ” soal Mark tiba-tiba. Kang dah sampai kat syarikat tempat Junhae berkerja sambilan, tak memasal je kena halau.

“ Tahu. Dia yang suruh kita datang sebenarnya ” balas Jaebum. Mark hanya meng‘oh’kan sahaja dan mereka kembali sepi selepas itu.

“ Mark! Jaga! ” Jaebum tiba-tiba menjerit panik membuatkan Mark keliru. Jaga apa?

Dan Mark diserang panik apabila Jaebum tiba-tiba memegang tangannya yang berada pada stereng seperti cuba mengawal kereta.

Jaebum memusing stereng ke kanan, membuatkan mereka hampir terbabas ke bawah. Mujur Mark sempat menarik brek pada saat-saat akhir.

Akibat cemas melampau, mereka berdua kekal statik dalam kedudukan masing-masing sambil tercungap-cungap mencari nafas. Tangan Mark dan Jaebum masing-masing menggigil teruk.

“ APAHAL KAU NI?! KAU NAK KITA MATI KE?! ” tengking Mark setelah paniknya reda sedikit. Pun begitu nafasnya masih turun naik dengan laju.

“ EH, ENGKAULAH APAHAL?! TAK NAMPAK ADA PEREMPUAN NAK LALU TU?! ” tengking Jaebum semula. Mark memandang kiri kanan jalan dan amarahnya tiba-tiba surut.

“ Jae, b-bukan jalan ni kosong ke tadi? ” Jaebum yang terperasan perubahan suara Mark turut memandang ke luar. Ya, jalan yang kosong sekosongnya tadi tiba-tiba dipenuhi kenderaan.

Dan kelibat perempuan yang dia sebut tadi tak ada.

Mereka berdua berpandangan seketika sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan pada tingkap kereta. Kelihatan seorang lelaki yang boleh dikatakan berusia 50-an mengetuk tingkap. Mark dan Jaebum segera melepaskan seatbelt masing-masing dan keluar.

“ Kamu berdua okay tak? Takut jugak ahjusshi tengok kereta ni laju macam nak langgar semua orang ” Mark dan Jaebum terpempam mendengar kata-kata pakcik itu.

“ Hah? Tapi tadi– ” Mark terhenti kerana keliru. Matanya dan mata Jaebum langsung tak nampak walau sebarang kereta di atas jalan sehinggalah mereka terhenti di tepi jalan.

“ Kamu kejar masa pun janganlah sampai bahayakan diri sendiri dan semua orang. Pandu elok-elok, ya? Ahjusshi tengok kamu berdua ni muda lagi, jangan mati awal pulak ” nasihat pakcik itu sebelum melangkah masuk ke keretanya.

“ Kejap, ahjusshi! Ahjusshi ada nampak tak perempuan lintas kat depan kereta kami tadi? ” tanya Jaebum sebelum pakcik itu sempat menutup pintu.

“ Perempuan? Eh, takde pulak. Ahjusshi nampak kereta kamu laju sangat sampai semua kereta ke tepi lepastu tiba-tiba brek mengejut kat tepi jalan. Tu yang ahjusshi datang tegur. Mana tahu nak bunuh diri ke apa. Lega pakcik tengok kamu berdua, bukan sorang-sorang ” terang pakcik itu.

Tidak lama kemudian, keretanya meluncur menyertai jalan raya yang sibuk, meninggalkan Jaebum dan Mark terpinga-pinga di tepi jalan.

✽✽✽

+ 10 pagi +

“ Oh, sampai dah? ” tegur Junhae. Mark dan Jaebum menoleh ke kanan dan terlihatlah kelibat lelaki yang berpakaian sut lengkap menghampiri mereka.

“ Kenapa kau panggil kitorang ni? ” tanya Jaebum sebaik sahaja Junhae melabuhkan punggung di sofa berhadapan mereka.

“ Firstly, pasal gambar² tu, kitorang tak dapat siasat siapa yang hantar. Because kat sekolah takde cctv, cap jari kat sampul tu pun takde, and kat semua jenis pejabat pos takde rekod penghantaran ke sekolah korang dalam tempoh sebulan ni. Memang agak mustahillah nak cari orang yang hantar tu ” Mark mengeluh perlahan sebelum memberi perhatian apabila Junhae menyambung kata-katanya.

“ Secondly, pasal kes korang kena kacau banyak kali tu.. Aku mintak tolong kawan aku dari jabatan lain. Dia ni boleh kata ‘special’ sikitlah dari orang lain ” penerangan Junhae membuatkan Jaebum dan Mark tertanya-tanya.

Bunyi pintu kaca diketuk mematikan niat Jaebum untuk bertanya “ Amende kau merepek ni? ” pada Junhae. Terlihat seorang lelaki yang agak tinggi, mungkin lebih tinggi dari Junhae, berdiri dengan senyuman di muka pintu.

“ Sorry lambat. Payah nak deal dengan boss tu ” katanya lalu mengambil tempat di sebelah Junhae. Junhae hanya mengangguk sebelum memandang Mark dan Jaebum yang jelas tertanya-tanya.

“ Korang, ni Kang Baekwon. Nama dia memang pelik sikit, tapi dia lagi pelik ” dan satu tamparan hinggap di kepalanya.

“ Okay, dia ni in charge dalam bab-bab mistik macam yang korang alami. Macam ada perempuan dalam rumah tapi tiba-tiba hilang takde kesan macam hantu tu kan, hah tugas dia kena jejaklah spesies-spesies setan ni ” terang Junhae lagi. Baekwon di sebelahnya hanya diam.

“ Wait, sekarang ni kau nak cakap kitorang kena kacau hantu ke? ”

“ Well, tak mustahil. Benda tu wujud okay? ”

Jaebum hanya menarik muka masam. Baginya hantu hanya makhluk rekaan manusia untuk menakut-nakutkan orang lain.

“ Trust me, kalau yang pecah masuk tu bukan hantu sekalipun, dia still boleh tolong korang setelkan masalah ni ” kata Junhae lagi, cuba menenangkan Jaebum.

“ Okay, tapi kalau tu bukan hantu aku luku-luku kepala kau, tau? ”

Junhae hanya tersengih tanda tak takut.



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now