ER [ 4 ]

1.2K 128 9
                                    

" Ni bilik kau. Bilik aku tepat-tepat kat atas bilik kau ni. "

" Yang lain tu duduk kat mana ? "

" Tingkat atas. Rumah ni ada sembilan bilik. Enam kat atas, tiga kat bawah "

" Means satu bilik jelah yang tak ada orang ni ? "

" Ye, dan kat tingkat ni kau dengan Hyera je duduk. Tapi si Hyera tu dah nak berambus dah pun. Dia mana pernah duduk sini lama-lama. "

" Ouh... "

" Kalau kau taknak tido dalam bilik, joinlah kitorang tidur depan tv, kat living room "

" Ada bilik, tidur kat living room jugak ? "

" Layan movie bro... " Jaebum tersengih. Mark hanya tersenyum nipis sambil matanya memerhati segenap bilik yang bakal didiaminya itu. Berdekorasikan moden dan luas.

" Rumah kau ke ? "

" Tak. Rumah sewa je. Tapi takdelah mahal sangat sewa dia.. "

" Kau tak takut ke ? " Mark mengangkat kening, nakal.

" Nak takut apa ? " Jaebum mengerutkan dahi, tidak faham. Mark pula yang tersengih.

" Biasa rumah mewah, sewa murah ni berhantu~ " suara Mark meleret-leret. Jaebum menjelingnya.

" Aku dah duduk sini dua tahun kot. Tak pernah jumpa makhluk bernama hantu. Tapi kalau manusia perangai macam hantu tu adalah. Tu pun sebab aku berkawan ngan diorang. Dah biasa sangat dah " bidasnya. Mark tergelak kecil.

Mereka berjalan beriringan ke ruang tamu, di mana ada enam makhluk termasuk Hyera sedang asyik melayan drama The Conjuring 2.

" Hyung tahulah yang kitorang ni penakut. Kalau tengok movie ni, jumpa hantu nanti takdelah kitorang takut sangat sebab dah biasa~ " Jackson beralasan apabila ditanya.

Toksah nak 'kuat iman' sangat kalau lepas tengok citer hantu... nak pergi tandas pun suruh orang teman, Jaebum membidas.

Last-last berselimutlah mereka bertujuh di hadapan tv sambil peluk-memeluk sesama sendiri. Kecuali Hyera pastinya.

Takkanlah sorang yeoja nak tidur dengan tujuh namja? -..-

🍁🍁🍁🍁🍁

" HARGHHH! BANGUNN! "

" BOW WOW WOW "

" YAHHHHHHH! "

" Choi Youngjae... Kim Yugyeom... Wang Jackson.. Kunpimook Bhakul.. "

" IT'S BHUWAKUL HYUNG! "

" BHUWAKUL TAK BAKUL.. BANGUN! MANDI SANA! "

" 5 minutes hyung... "

" 5 minutes or 5 hours? Takde! Mandi sekarang! Bangun! "

Mark membutangkan kemeja sekolahnya sambil memerhati Jinyoung yang terjerit-jerit menyuruh makhluk-makhluk yang sedang berhibernasi di hadapan tv bangun dengan poker face. Sesudah menyambar blazer, baru dia mendekati Jaebum yang dari tadi melantak di meja makan bersendiri.

" Memang setiap pagi macam ni ke ? "

" Apa ? "

Mark memuncungkan mulut, menunjuk ke arah Jinyoung yang sudah merah mukanya dan bercekak pinggang.

" Ermm.. Boleh dikatakan setiap pagi sekolah.... "

" Pekaklah aku gamaknya... "

" Tu belum bila sepupu aku sorang tu mengamuk lagi.. "

" Hyera ? "

" Yup. Dulu dia pun belajar satu sekolah dengan kita jugak. Tapi biasalah minah tu tak boleh berenggang dengan appa dia. Ni pun first time dia datang sini tanpa appa dia. Family dia nun kat Jerman sana tu ha.. "

Mark hanya mendengar Jaebum bercerita walaupun kadang-kadang tak berapa jelas kerana dipotonh jeritan Jinyoung yang tak sudah-sudah membebel.

️❇️ Bilik Hyera ️❇️

" IM HYERAA!!! BANGUN! ADE KE ANAK DARA TIDO LEPAS SUBUH?! BANGUN! "

" Alahhh kasilah aku can doe! Nak tido pun jealous ke?! Bukannya aku sekolah pun! " Hyera melawan lalu menarik selimut, menyelimut seluruh tubuhnya. Jinyoung bercekak pinggang.

" Eihhh kau ni tak tau malu ehh? Ade ke patut aku yang namja ni kejutkan kau? " Jinyoung menarik-narik comforter tebal itu. Tahulah bilik sejuk ada aircond, suhu 16° pulak tu.

Dasar mengada. Suhu kat luar tu dah kurang dari 22° nak jugak dia turunkan lagi. Jadi ais baru tahu rasa.

Hyera mengalah, mamai. Terus dia berjalan keluar meninggalkan Jinyoung yang tercengang.

" Morning.. " Hyera yang datang dengan rambut serabai dan muka mamai terus mengambil tempat di hadapan Mark. Terus tersedak lelaki itu melihat keadaannya.

" Woii kau ni muka tak basuh, rambut tak bersikat, gigi tak gosok dah makan? " tegur Jaebun sambil memerhati Hyera tajam. Hyera yang sedang mengunyah biskut merry go round menjeling sepupunya itu.

" Lantak ahhh korang blah nanti rumah ni syurga aku hokayy. "

" Dengan kitorang takpe kau dah biasa. Ni new member kat depan mata ni tercekik dia mampus anak orang "

Hyera memandang Mark dengan pandangan kosong.

" Kesah? "

Jaebum facepalm.

" Err Jaebum, lambat lagi ke diorang tu nak siap ? "

" Ermm.. Biasanya ngam-ngam pukul lapan diorang siap. Wae? "

" Aku nak pergi dululah. Ade kerja sikit nak buat. Eh? "

" Okay. "

Mark mencapai kunci kereta miliknya.

" MARK HYUNGG! NAK IKUT!! "

Mark menoleh. Kelihatan Yugyeom dan Bambam terkocoh-kocoh di tangga.

" Eh eh tak breakfast dulu? " soal Jinyoung terkejut. Budak-budak ni dahlah jenis pantang tak sarapan. Mulalah berdrama sakan mengalahkan orang tak makan seminggu.

" TAKNAK ! "

Yugyeom dan Bambam tersengih di hadapan Mark. Mark ketawa.

" Okay okay jom! "

" YESS! "

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now