DH ✏️ 7

2.2K 218 9
                                    

Hari ni sumpah lain macam. Semua hilang mood nak berborak sambil baling bantal. Sudahnya semua berdiam diri sampai ke sudah. Siapa je yang dapat terima semua benda yang terlampau tiba-tiba? Itulahh siapa suruh gatal masuk sekolah tu? Salah sendirilah ni. Dah tu nak salahkan siapa?

Tak sangka langsung sekolah pilihan diorang ni paling banyak kes sampai digelar.. Death Highschool.

Jungkook masih tertanya-tanya ke mana Woozi menghilang. Walaupun dia yang bernama Kookie a.k.a biskut, tapi yang ada perangai biskut tu ialah Woozi. Sekejap ada sekejap hilang. Ish!

Namjoon masih pelik. Kenapa Yoongi cakap jauhi Yongsun kalau nak selamat? Nak cakap Yongsun tu ialah Yuki? Tapi muka dia innocent je. Takde alahan dengan cahaya. Hmm... mungkin juga yang dimaksudkan ialah jauhi Yongsun kalau nak selamat dari penangan kaki dan tangan Yoongi.

“ Hei, fikir makwe ke apa tersengih macam tu? ” Tegur Yongsun. Memandang pelik Namjoon yang macam kerang busuk dibuat sup. Tersengih-sengih, tarik mulut karang.

Automatik dia berhenti tersengih dan berdehem tiga kali. “ Mana ada. Saya single lagilah ” Nafi Namjoon. Yongsun tersenyum kecil sebelum kembali memandang depan. Namjoon curi-curi menjeling segenap wajah jelita milik Yongsun.

Melihat Yongsun, terasa berbaloi juga dia masuk ke Death Highschool. Itulah dia fikiran Namjoon yang memang sah dah angau.

✽✽✽

「 Kelas 4–A–2 」

“ Okay, class. Hari ni ssaem nak korang ubah kedudukan meja ” ujar Mrs. Ji sambil menampal sesuatu pada papan putih. “ Alahai... malasnya aku ” keluh Hoseok perlahan.

“ Setiap seorang, ambil satu kertas dalam bekas ni ” Mrs. Ji menyentuh satu tin biskut yang berisi gulungan kertas.

"Dalam kertas tu ada nombor meja kamu. Seperti yang didepan, " terangnya.

Tertampal satu gulungan kad manila yang dilukis petak bersama nombor di dalamnya, mewakili nombor tempat duduk.

Hoseok mengemas barangnya yang bersepah di dalam laci meja seperti pelajar lain.

Dibuka gulungan kertas yang dicabut sebentar tadi.

❛ 12 ❜

Ada empat baris dan setiap baris ada enam meja yang disusun berdua-dua.

Maknanya dia duduk di barisan kedua, tempat hujung sekali, di sebelah tingkap. Dengan seorang seatmate.

“ Annyeong ” ucap seseorang. Hoseok memandang empunya suara. Seorang lelaki memandangnya sambil tersenyum. Tapi entah kenapa dia rasa senyuman tu...

Creepy?

Mengarut. Terpengaruh dengan kes kat sekolah lah tu. Hoseok menggeleng kepala. “ Annyeong ” balasnya. Lelaki tadi sudah duduk di sebelahnya.

‘ Alahai... dia seatmate aku? Okay Hoseok. Siapkan mental kau supaya tahan dengan creepy smile dia tu ’

“ Nama aku Kim Kang In. Nama kau Jung Hoseok kan? ” Hoseok mengangguk mengiyakan dengan muka mintak cop selipar. Nasib baik selipar susah nak cari masa tu sebab kat sekolah semua orang pakai kasut. 

“ Aku ucapkan selamat datang ke Daegu Last Highschool ” sekali lagi ucapannya diiringi creepy smile yang membuatkan Hoseok terpaksa menahan diri dari menjerit di situ juga. Kenapalah dalam banyak-banyak seatmate, KangIn juga yang terpilih untuk berada di sebelahnya?

“ Atau Death Highschool. Heh ” Hoseok tersentak. Dia mendengar dengan jelas setiap butir perkataan KangIn walaupun KangIn hanya berbisik dengan angin. Lebih baik di diam saja. Nanti kalau si tulang belakang Yuki dapat tahu, tak ke naya?

“ Annyeong ” sapa seseorang ketika Hoseok sedang mengemas barangnya. Yelah, sesi persekolahan dah habis. Nak duduk sekolah buat apa? Tempah maut? Manusia takde akal je yang buat macam tu.

Walaupun perangainya mengalahkan budak kecil, tapi Hoseok masih boleh berfikir secara waras. Tapi bila dia takut, tikus pun dia boleh dia ingat naga. 

“ Annyeong ” Hoseok kenal namja yang berdiri di hadapannya. Seseorang yang sentiasa membuat dirinya tertanya-tanya.

“ Park Jinyoung imnida ” Ucap lelaki itu memperkenalkan diri. Hoseok tidak bereaksi. “ Kau ni... yang selalu stalk Seokjin hyung tu ke? ” Dengan wajah dungu Hoseok bertanya. Kelihatan telinga Jinyoung mula memerah. Jaebum di sebelahnya menggembungkan pipi menahan gelak dari terhambur.

Ya, Hoseok masih ingat. Dia selalu nampak Jinyoung memerhati Seokjin di mana saja mereka kebetulan ke tempat sama seperti tandas dan kantin. Seperti ada magnet di antara Seokjin hyung dan Jinyoung. Hoseok perhati je tindakan Jinyoung selama ni. Malas nak tuduh tanpa bukti. Nanti sendiri malu. 

“ Er... tu.. hyung kau, ke? ” Tanya Jinyoung sambil tergaru kepala macam beruk kena belacan. “ Sepupu ” sepatah perkataan cukup menerangkan hubungannya dengan Jin. “ Oh. Em... aniy.. aku.. selalu perhati dia sebab... ” katanya tergantung.

“ S-SEBENARNYA APA?! MEH SINI AKU LEMPANG SIKIT KASI LANCAR SIKIT KAU BERCAKAP! Gagap pulak dia ” Hampir sahaja dia menjerit namun nada suara dikawal supaya tidak keterlaluan. Kalau ikutkan, dah lama dihentak kerusi pada meja. Tapi takut patahlah pulak. Nama je kerusi besi tapi nampak macam bila-bila masa boleh menyembah bumi!

“ Sebenarnya aku selalu nampak KangIn stalk dia! Ulp! ” Jaebum menutup mulut Jinyoung yang memang dah mengalahkan speaker kuatnya. Mata-mata di dalam kelas sudah terarah pada mereka. Habislah jika khabar sampai ke telinga Kang In.

Hoseok terdiam. Menadah telinga membenarkan Jinyoung mahupun Jaebum bercerita. Mereka berdua memandang sesama sendiri sebelum memandang Hoseok yang memandang mereka tajam. Walaupun dia sentiasa ceria, tapi bila dia mengamuk memang seram gila woii. Jinyoung menarik nafas sedalamnya.

“ Sebenarnya... ”



Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now