ER [ 29 ]

718 94 9
                                    

“ Hyunjong saem sebenarnya harabeoji saya. Dan dialah suami kepada Yuki ”

“ Bila KangIn oppa ditangkap dan Yuki terlepas, saya dah boleh agak dia akan cari harabeoji semula. Sebab cuma harabeoji boleh tolong dia ”

“ Sebab tu saya syak kehilangan Mark sunbae ada kaitan dengan diorang. Sebab Mark sunbae hilang lepas harabeoji datang. Dan Mark sunbae tak pernah kenal siapa Kim Hyunjong ”

“ Syak wasangka saya jadi lagi kuat bila mayat pengetua dijumpai. Boleh jadi harabeoji bunuh pengetua supaya dapat masuk sekolah kita as someone yang ‘selamat’. Lagipun, takde siapa tahu Daegu Last Highschool ni diletakkan atas nama dia ”

“ Saya bagitau Sohee unnie dan kitorang ke rumah harabeoji. Tapi bila kitorang sampai.. Takde apa pun kat sana ” akhiri Yongsun lalu memandang Sohee yang laju mengangguk, mengiyakan segala isi penceritaannya.

“ Yang tinggal cuma perabot-perabot yang ditutup dengan kain putih. Tapi kain-kain tu tak berhabuk mana pun, macam rumah tu baru je ditinggalkan ” tambah Sohee lagi.

Jackson pandang Yugyeom.

Yugyeom pandang Bambam.

Bambam pandang Jaebum.

Jaebum dan Youngjae pandang Sohee.

Raymond merenung Yongsun.

Masing-masing tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.

Raymond berdehem. Matanya kini memandang Jaebum pula.

“ Jaebummie, tak cuba call Jinyoung ke? ” Jaebum mengeluh.

“ Tulah masalahnya. Telefon dia tinggal bawah bantal ” jawabnya lalu menyeluk poket seluar dan kemudiannya menayang Oppo F1 Plus rose gold milik Jinyoung kepada semua.

“ Woahh hyung. Jumpa tak bagitau kitorang pun ”

“ Ahh engkorang setakat nak main game Dark Souls Ⅲ yang kena bayar tu dalam fon ni.. Memang taklah aku nak tunjuk –" ”

“ Alahh sekali sekala tak salahkan...? ”

“ Tak salah kalau kepala aku tak kena pancung! Kau sentuh fon Jinyoung aku yang kena, tahu? Haihh ”

“ Meh sini fon tu ” Raymond menghulur tangan. Telefon Jinyoung kini berpindah tangan.

Butang ‘on’ ditekan. Terpapar gambar derp mereka bertujuh sebagai wallpaper. Hanya Mark yang tiada di situ.

‘ Astaghfirullah dengan spesies mana anak aku berkawan ni? –" Siapa pulak dah ni? ’ dahi Raymond berkerut memandang seorang lelaki yang tidak dikenalnya di dalam gambar itu. Tidak pernah pula dilihat lelaki itu bersama lima manusia bengong di hadapannya.

‘ Yang aku peduli ni dah kenapa? Kawan diorang agaknya ’

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

‘ Yang aku peduli ni dah kenapa? Kawan diorang agaknya ’

Klak!

“ AIKK SEJAK BILA PULAK DIA NI TAK RETI LETAK PASSWORD? ” soal Jaebum sarkastik dan pelik.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now