ER [ 16 ]

1K 107 5
                                    

“ MARK TUAN!!! ” bentak Jinyoung.

“ Hah apa apa? ” tanya Mark dengan mata yang masih tak terbuka sepenuhnya.

“ TOLONGLAH JANGAN TIDO! ”

“ Mana ada aku tido.. ” nafi anak pakcik Tuan tersebut.

“ Dah tu apa?! ”

“ Lelap.. ”

“ KEPALA PAPAYA KAU! SIAPKAN! ” Jinyoung menekan pen di atas buku di hadapan Mark yang terbuka.

Sayangnya Mark hanya memandang acuh tak acuh.

“ Huwarghh ”

“ Teruk sangat merah matanya tu hyung.. ” komen Youngjae.

“ Nan joryeo.. ” Mark melentokkan kepala si atas meja jepun yang menjadi port ulangkaji mereka.

“ Aishh this kid ” rungut Jinyoung.

“ Thee~~ ” Mark hanya tersengih memandang Jinyoung yang sudah berputus asa.

“ Nado~~ ” balas Yugyeom. Jinyoung menjeling semua yang berada di meka tersebut. Hanya Jaebum yang tak mempedulikan keadaan dan fokus memandang buku. Mungkin kerana telinganya tersumbat earphone.

Sekilas jam dijeling. Baru pukul 10 malam. Nampak sangat spesies liat nak belajar. Part pedajal hubae laju je jalan.

“ Kau pergi mana petang tadi Mark? ” soal Jinyoung setelah buku ditutup.

Pantas, mata Mark memandang Park Jinyoung namun tidak membalas apa-apa.

“ Uhm? ” tekan Jinyoung. Mark mengeluh. Tentunya sesiapa sahaja dalam rumah tu perasan yang dia selalu keluar lewat petang.

Bertambah peliknya bila dia balik awal pagi. Kalau tengah hari tu tak wujud, agaknya dia mungkin dianggap orang luar. Yelah, masa tengah hari je lekat lat rumah. Tu pun sebab membuta kat sofa ruang tamu atau dalam bilik.

Jaebum turut musyil apabila mendapati Mark tidak lagi berada di dalam kawasan sekolah selepas waktu sekolah, padahal itulah kebiasaannya ketika awal perkenalan mereka.

“ Tapi tu kisah masa kau awal-awal join masuk rumah nilah. Sekarang ni dah bulan Jun okay? Kalau dulu kau keluar petang balik malam, sekarang keluar tengah hari balik petang. Okay memanglah ‘BAGUS’ jugak enn sebab kesihatan kau pun makin improve, takdelah teruk macam dulu. Tapi tolonglahhh walau apa pun aktiviti kau, tolong tunda sekejap. SEMINGGU JE PUNN! SEMINGGU LAGI NAK EXAM! ”

Mark terkejut. Bukan sebab ditengking, tapi sebab Jinyoung dah pun berdiri gaya ahli politik di atas meja. Jaebum yang tadinya fokus kini sudah ternganga dengan keberanian Jinyoung memijak buku tulisnya.

“ Hurm.. ”

Jinyoung memandang Mark penuh pengharapan.

‘ Sohee noona pun dah cakap benda yang sama.. Apa salahnya.. kan..? Bukannya benda tak elok pun.. ’

“ Hyung? ”

“ Yelah.. ”

Jinyoung tersenyum puas hati. Tak nampak pulak Jaebum yang sedang membuat muka tak puas hati.

“ Cha~~ Dah kemas natang ni semua. Geuraedo.. PPALI JAGO!! ” jerit Jinyoung memecah gegendang telinga cicak yang sedang bergayut pada lampu.

Dan mereka segera mengemaskan meja tersebut sebelum berlalu ke bilik masing-masing~

✽✽✽

+ 10.23 p.m +

Mark menepuk-nepuk bantal miliknya. Tidak lama kemudiam kepalanya pula yang menepuk bantal tersebut. Mata cuba dipejamkan namun seberapa kali dia mencuba, matanya tetap berdegil untuk terbuka kembali.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now