DH ✏️ 33

1.7K 177 8
                                    

Tit... Tit... Tit...

“ Eeghhh... ”

Namjoon cuba membuka matanya. Walaupun sangat berat. Susah. Penat. Sakit.

Tapi.... Bayangan wajah rakan-rakan yang muncul silih berganti dalam fikiran bagaikan memberi semangat buat dirinya. Untuk terus berusaha bangun dari kegelapan yang dilihat itu. Dia yakin sepupu-sepupu gila yang sentiasa menceriakan hari itu menantinya. Dia perlu kuat. Itu saja.

Sedikit demi sedikit... Akhirnya matanya berjaya diangkat. Walaupun kabur.. Lama-kelamaan pandangannya semakin jelas. Dapat dilihat cat putih yang memenuhi segenap pandangan matanya. Sekejap dia terkelip-kelip, cuba memproses imej yang diterima.

Mata Namjoon melilau. Dia dapat mengecam suasana hospital itu. Di sebelahnya, kelihatan seseorang sudah tertidur dengan kepala diletokkan ke atas katil. Dari pakaiannya, Namjoon tahu orang itu juga pesakit hospital seperti dirinya. Cuma rambut panjang perang itu menutup wajah itu. Namun tanpa melihat pun Namjoon tahu empunya diri yang menemani itu ialah Kim Yongsun.

Namjoon hanya tersenyum nipis. Mengagak kecederaan pada kaki Yongsun agak teruk memandangkan Yongsun berkerusi roda. Telefon pintar di atas meja kecil di sebelah katil menarik perhatian.

“ Aisshhh dah retak dah skrin fon ni.. ” rungutnya. Sayang telefon pintar LG V10 yang baru dibeli itu sudah retak. Mungkin terhentak pada batu. Almaklumlah dah berapa hari tersesat kat hutan, mustahil tak terjatuh. Nasib baik masih hidup

“ 1 Januari? Dah berapa lama aku sesat? Ke aku yang tak bangun-bangun? ._. ” Sakit-sakit pun dia masih boleh membebel sendiri. Pulak tu bangun-bangun je terus capai fon. Pftttttt berjuta-juta lagi manusia kat luar sana macam tu.

Namjoon musykil. Mustahil sebegitu lama dia tertidur atau nama logiknya, ‘koma’. Segera dia membaca kembali tarikh itu.

1 일월 2012

Lahaiii patutlah. Jam dan tarikh dah reset ke 1 Januari, awal tahun. Mungkin kerana baru menerima bateri setelah beberapa hari tidak dicas.

Namjoon meletakkan kembali telefon ke atas meja lalu matanya kembali memandang siling yang putih bersih tanpa cela itu. Seketika kemudian dia bangun, cuba turun dari katil. Tujuannya cuma untuk menyelak langsir ; mahu mengagak waktu.

Malangnya, baru sahaja beberapa langkah dia berjalan, dia sudah tersembam ke depan. Bunyi tubuh yang tinggi dan keras berlaga dengan lantai membangunkan Yongsun dari lena. Terpisat-pisat Yongsun menggosok mata.

Sebaik sahaja pandangannya tiada kekaburan, dia diserang panik apabila mendapati Namjoon tiada di atas katil sendiri.

“ Namjoon?! Mana awak?! Macam mana boleh hilang?! Yuki culik dia pulak ke apa ?! ” kedengaran serak suara Yongsun. Tapi kerisauannya berganda.

Tak lama kemudian, dia ternampak Namjoon di sebelah kiri katil ; terduduk bersimpuh. Sambil memandangnya dengan muka blank.

Panik Yongsun terus bertukar bahagia.

“ NAMJOON?! A-awak dan bangun?! Doktor!! ” Yongsun menolak kerusi rodanya laju menuju ke luar. Telinga Namjoon menangkap suara Yongsun menjerit dengan nada gembira di luar.

“ NAMJOON-SSHI DAH SEDAR!! ”

Namjoon tergelak kecil mendengar kata-kata Yongsun. Lucu pula mendengarkan telatah Yongsun yang macam budak-budak.

Namjoon cuba bangun namun sudahnya dia terduduk kembali, seraya menyeringai kesakitan. Kakinya terasa kebas dan berdenyut-denyut. Langsung tak boleh digerakkan. Terpaksalah dia diangkat oleh seorang doktor dan dua jururawat yang datang bersama Yongsun.

¤¤¤¤¤

“ Hyung! Hyungnim! ” termengah-mengah Jungkook di muka pintu dorm. Yoongi, Jimin dan Taehyung yang sememangnya sedang bertapa di atas katil masing-masing sambil semua acah-acah rajin baca buku terus memandang Jungkook dengan pokerface.

“ WEHHH NAMJOON HYUNG DAH SEDARRR!!! ” dengan teruja Jungkook meloncat mendekati Taehyung. Lalu tangannya tanpa sengaja mencekik hyungnya yang seorang itu. Secara refleks, Taehyung terus menampar Jungkook dengan lidah terjelir.

Jimin dan Yoongi hanya berpandangan. Jimin tersenyum namun Yoongi masih senyap, bahkan bertambah kerutan di wajahnya.

“ Mana kau tahu? ”

“ Yongsun sunbae call pejabat tadi. Actually dia nak call Yoongi hyung tapi kelas hyung kosong. Pastu dia nak cari hyung berdua tapi... Kelas korang bertiga dah kosong, orang yang cari hyung tu pergi panggil akulah. Jauh kot nak menapak ke dorm ” dengan semangat Jungkook bercerita.

Yoongi hanya termenung, memandang katil depan yang kosong.

“ Hyung, kenapa macam tak suka je Namjoon hyung dah sedar?  ” tanya Jimin tiba-tiba.

“ Bukan aku tak suka.. ” Yoongi tidak memandang Jimin. Jimin tak puas hati, lalu dia menggunakan kepakarannya dalam mengusya orang untuk mengusya Yoongi. Dan Jimin tidak pasti sama ada mata Yoongi memang kosong atau memancarkan kerisauan. Kenapa pulak dia risau? Bukan patutnya happy ke? ._.

“ Tapi.. ”

“ Macam mana kita nak cakap kat Namjoon yang... Seokjin dah takde? ”

Mereka terdiam kelu.

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now