ER [ 33 ]

605 73 6
                                    

【 2 Sept 20×× 】

+ 3 a.m +

Mata KangIn membulat terkejut. Yuki di sebelahnya tidak memberi reaksi apa-apa.

KangIn memandang Yuki bergilir-gilir sampai pening kepalanya. Otaknya masih tidak dapat meneka bagaimana Yuki boleh berada di sebelahnya, pada masa yang sama di hadapannya.

Bezanya, Yuki yang berada di hadapannya kelihatan muram dan kesedihan tetapi Yuki di sebelahnya tiada ekspresi muka.

“ M-macam... Macam mana... ” terkedu KangIn jadinya. Yuki yang masih dengan muka tanpa ekspresinya terus mendekati dan berdiri di sebelah ‘dirinya’ yang mengejutkan KangIn tadi.

“ Perkenalkan. Mendiang kakak kepada harabeoji kau, Kim Hyunhae ” kata Yuki dengan sinis. Perkataan ‘mendiang’ itu menampar keras telinga KangIn yang benar-benar berharap dia tersalah dengar atau Yuki sedang bergurau kasar dengannya.

“ Macam nilah nasib dia.. Lepas mati pun jadi hamba aku ” Yuki tersengih sinis sambil menampar lembut pipi Hyunhae sebelum mencengkamnya. “ Semuanya salah kau ” perkataan disebut satu persatu sebelum pipi itu dilepaskan kasar.

Sekarang barulah KangIn mengerti yang Yuki menggunakan sihir untuk memanggil roh seseorang supaya menyerupainya. Tapi... Apa tujuannya?

“ Memandangkan benda ni sangat penting untuk aku.. Aku perlukan kau. Oh, jangan risau. Lepas semuanya selesai dan aku dapat apa yang aku nak, kau akan bebas ” ujarnya dengan penuh kesinisan sambil memandang Hyunhae yang hanya menunduk.

Dalam diam, KangIn terasa gerun. Yuki bukan seorang perempuan psiko biasa. Dia ibarat dewi maut yang tidak akan puas hati dengan kematian yang normal, sebaliknya dia mahukan kepuasan menonton seksaan kematian, terutama sekali orang yang didendaminya.

Yuki sememangnya bukan manusia ataupun vampire, tapi Hitler versi perempuan yang kejamnya tiada tara!

✽✽✽

+ 10 a.m +

『 Guest House 710 』

“ Biar aku je turun ” kata Hyera lalu melepaskan tali pinggang. Yang lain hanya mengangguk lalu Hyera menjejakkan kaki turun dari van SUV yang dipandu Raymond. Van mewah itu berhenti tepat di hadapan pintu masuk hotel yang dipilih Jinyoung.

“ Annyeonghaseyo. ” Hyera menyapa penyambut tetamu di kaunter lalu disambut dengan senyuman mesra. “ Saya nak tanya, ada kan penginap bernama Park Jinyoung? ” penyambut tetamu itu terdiam sekejap sambil jarinya menskroll tetikus komputer.

“ Ada. Tapi.. Orang ni patutnya dah keluar masa 30 Ogos, tapi kali terakhir kami nampak dia keluar dari sini pada pagi 28 Ogos. Lepas tu kami tak nampak dia keluar masuk lagi dah. ” jelasnya teragak-agak. Hyera cuba mengawal reaksi wajahnya dari menunjukkan kerisauan.

“ Takpelah. Ada kunci pendua? Saya ambikkan barang dia dan bayar kos hotel ni ” penyambut tetamu itu mengangguk lalu memberikan kunci pendua beserta nombor bilik kepada Hyera.

Selesai mengurus segalanya, Hyera membawa beg Jinyoung yang hanyalah sebuah beg sandang yang besar dan sarat lalu diletakkan di bonet kereta.

“ Kajja. Kita ke rumah tu ” kata Hyera sambil memasang tali pinggang keledar. Raymond terus memandu kereta itu pergi.

Hampir setengah jam menelusuri jalan-jalan berderet yang ditunjukkan, sampaikan mereka semua yang berada di belakang sudah terlelap barulah Hyera mengakhiri perjalanan itu.

“ Tu rumahnya! ” jerit Hyera sambil menunjuk ke arah sebuah banglo yang dijualnya beberapa bulan yang lalu. Raymond menghentikan van itu di laman luar pagar banglo luas itu. Begitu juga beberapa kereta peronda polis yang sedari tadi setia mengekori putaran roda van itu.

Bunyi siren yang memecah gegendang telinga turut sama dipadam, meninggalkan hanya lampu biru yang masih berputar menyilaukan mata. Adalah juga kelihatan makcik si orang gaji rumah-rumah jiran menjenguk ke tingkap, memerhati mereka dengan penuh tanda tanya. Kejap lagi mulalah majlis mesyuarat tingkap tu.

Seorang anggota polis berpangkat inspektor memberi isyarat mata kepada anak buahnya untuk memberi arahan lanjut dengan menggunakan pembesar suara. Namun belum sempat dia melakukan apa-apa, daun pintu banglo itu terkuak terlebih dahulu.

Mereka berlapan sudah hampir menjerit melihatkan wajah Mark, Jinyoung dan yang paling tidak disangka akan dilihat.. Oh Junhae.

“ JIROUNGIE! ” jerit Jaebum dengan kuat dalam kegembiraan. “ JUNHAE HYUNG?! JUNHAE?! OH JUNHAE?! YAHH TU MEMANG JUNHAE HYUNG KAN?! YOUNGJAE CUBIT AKU PLEASE!! NI BUKAN MIMPI KAN?! ” sorak Yugyeom berkali-kali. Jackson dan Bambam sudah berpegang tangan dan melompat bahagia. Terkejut, hairan dan gembira bercampur-baur dalam hati mereka tatkala memandang lelaki itu.

“ MARK! ” Sohee sudah menekup mulut dengan air mata yang deras meluru ke pipinya, terharu melihatkan Mark masih boleh tersenyum ke arahnya walaupun terluka sana-sini. Raymond cuba berfikiran rasional dan waras untuk tidak meluru dan memeluk anaknya terus.

Suasana ibarat keluarga askar yang terlibat dalam perang besar yang mengorbankan ribuan nyawa bersatu kembali.

Yeonrin tersenyum puas dengan adegan dramatik yang berlaku di hadapannya, namun hanya seketika sebelum dia menyedari kehadiran bebayang yang cuba menyerang dari belakang.

TANG!

Entah macam mana mereka bertiga terpelanting dan tergolek ke hadapan. Tak logik betul kalau gelombang yang dihasilkan oleh pertembungan dua bilah pedang berjaya menolak mereka hingga tersungkur.

Terkejut terus mereka yang berada di luar pagar termasuklah si buah cempedak. Yeonrin dan Yuki bertentang mata, di sebalik pedang urumi milik Yeonrin dan pedang daito milik Yuki.

Yuki langsung tidak mengaduh walaupun pipinya sudah terkena libasan salah satu mata pedang urumi. Kedudukan mereka kekal statik sehinggalah Yeonrin tertolak sedikit ke belakang.

Yuki masih dengan muka sinisnya, tidak mengaduh sakit sebaliknya mencalit darah pada ibu jari dan menjilatnya.

Junhae dan Jinyoung yang gerun, menjerit lalu bertempiaran lari menjauhkan diri ke pagar utama yang terlebih tinggi dan canggih. Nak keluar tak boleh sebab tinggi dan berkunci.

Tanpa sedar, mereka meninggalkan Mark yang masih terdiam di tempat yang sama. Mark tidak dapat melepaskan matanya daripada Hyo Yuki, perempuan yang membuat dirinya dikuasai kebencian.

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now