ER [ 14 ]

1K 108 6
                                    

Dia menghentak meja. Bunyi kuat dihasilkan menyebabkan pakcik kebun jadi patung dan orang gaji termelatah hebat. Namun wanita yang sedang duduk bersilang kaki di hadapannya masih mempamerkan wajah selamba.

“ Kau ingat aku apa?! Hamba kau?! ” dia menengking. Wanita yang ditengking itu masih kekal selamba menghirup air kopi panas yang dibancuh oleh pembantu rumah sebentar tadi.

“ Boleh dikatakan macam tu ”

“ MWORAGO?! I GISAEKIYA!! ”

Setelah beberapa minit membiarkan lelaki itu menyumpah dirinya, wanita itu bangun dan segera mencekak kolar kemejanya.

Lelaki itu mengerang kesakitan apabila tubuhnya dihentak kuat pada dinding.

“ Kau dengar sini baik-baik. Ini ialah sumpah ayah kau. Seluruh keturunan kau akan bersama aku. Tahu? ” Hyunjong tidak bertindak balas. Hanya isteri yang cuma dianggap sampah itu ditenungnya tajam.

“ Kim Hyunjong, aku tak pernah peduli kau nak anggap aku isteri atau bukan tapi yang aku tahu, sumpah ayah kau yang buat kau jadi orang suruhan aku dalam permainan ni ” Yuki tersenyum sinis memandang suaminya.

“ YANG SUMPAH TU ABEOJI! BUKANNYA AKU!! ” bentak Hyunjong marah walaupun lehernya tidak mampu menyedut oksigen dengan baik. Katanya sekali lagi mengundang sinis pada wajah isteri tuanya.

“ Kau lupa isi sumpah ayah kau? Seluruh keturunan KIM JAEJUN akan ikut cakap aku.. Kau lupa apa jadi pada Kim Hyunhae.. Lima belas tahun lalu? ”

Hyunjong mengetap gigi geram. Gara-gara ketamakan ayahnya, kini dia pula menjadi mangsa.

Sejujurnya Hyunjong tidak mahu lagi terlibat dalam dendam Yuki yang dibenci, sebaliknya mahu memeruskan hidup normal dengan perempuan yang dicintainya, Jo Yeonrin yang dinikahinya sejurus selepas ayahnya meninggal.

Namun dia turut tidak mahu menerima nasib sama seperti Kim Hyunhae, kakak kandungnya sendiri. Dibunuh dengan kejam akibat mementingkan suami lebih dari Yuki. Heh. Undang-undang egois yang tak memikirkan orang lain.

Tidak lama selepas itu, dalam penuh terpaksa dan ego yang diruntuhkan oleh wanita yang tidak pernah disukainya sejak awal perkahwinan, Hyunjong mengangguk.

Yuki melepaskan kolar baju Hyunjong dengan muka puas. Dan setelah itu dia berlalu ke biliknya di hadapan kamar di mana Hyunjong sedang termangu.

Nampaknya nak tak nak, terpaksa dia melibatkan diri dalam dendam yang tak berpenghujung ni.

✎✎✎

+ 9.30 a.m +

“ Mana saemnya ni? ” rungut Youngjae dan terus melurutkan kakinya ; bercangkung. Jackson yang berdiri di sebelahnya mengeluh berat. Kaki pun dah tak mampu nak tahan berat badan sendiri.

Bukan Youngjae dan Jackson sahaja, malahan seluruh warga Daegu Last Highschool menghela nafas berat dan mula mengadu sesama sendiri. Keadaan di perhimpunan mula menjadi hingar-bingar.

“ Ni denda ke apa ni? Saem suruh kita pergi perhimpunan pastu batang hidung sorang saem pun tak nampak! ”

“ Kau tuang cat atas meja pengetua lagi eh?! Tak memasal kita kena denda! ”

“ KEPALA MEJA KAU!! SEBAB BENDA TU KETUA PENGAWAS TU LUMUR MUKA AKU DENGAN TELUR ANGSA TAHU!! TOBAT TANAK BUAT LAGI! ”

“ Lagi lima minit saem tak datang. Kita boleh balik ”

“ Melecet kaki aku– ANDWAE! PARUT JAHIL NI TAKLEH ADA KAT KAKI AKU!! ”

“ Eh bodoh kaki kau tu tertutup ngan stokin kau nak show off kat siapa huh? Takde orang hingin nak tengoklah ”

Kelewatan para tenaga pengajar menyebabkan kebanyakan pelajar sudah duduk bersila dan bersembang sesama sendiri.

Mark sendiri sudah duduk memeluk lutut dan melentokkan kepala ke bahu Jaebum. Siap terlelap dengan ternganganya lagi tu. Jaebum hanya membiarkan dan terus membaca buku bertajuk Demian.

“ Annyeonghaseyo hagsaeng. ”

Semua memandang guru disiplin di hadapan tanpa ekspresi. Acah tak puas hati.

“ Maaf atas kelewatan. Kami ada hal sekejap tadi.. ”

“ Yeah, right. 2 jam memang tempoh yang sekejap– ”

“ SIAPA TU?! ”

Mark dan Jaebum menjeling jebon yang juga classmate merela yang berani bersuara. Jebon yang tengah tekup mulut sendiri ; acah terlepas cakap.

Beberapa minit berlalu, guru disiplin tersebut mengarahkan semua murid untuk berdiri dan dengan suku rela hati, mereka semua bangun. Siap ada yang acah patah kaki, mengada suruh kawan tolong angkat. Lebih parah yang suruh kawan papah pft kau fikir kawan kau tu larat nak angkat berat kau yang sama ngan seguni beras tu?

“ Buat pengetahuan semua, pengetua sekolah kita terpaksa terbang ke luar negara atas beberapa sebab dan mungkin tidak akan bersama kita selama beberapa bulan... ” dan para pelajar mula berbisik sesama sendiri mendengar berita mengejut yang tak disangka.

“ Pihak sekolah mengumpulkan para pelajar pada pagi ini untuk diperkenalkan dengan seorang pengetua sementara. Tanpa berlengah, dijemput Kim Hyunjong, pengetua baharu sekolah kita! ”

Acuh tak acuh, tapak perhimpunan dipenuhi tepukan ala kadar. Kelihatan seorang lelaki berusia lingkungan 60-an menaiki pentas dengan wajah dingin.

Pada mulanya lelaki itu diberi peluang berucap namun dia tidak menjawab malahan nerenung tajam semua pelajar yang mula seram sejuk dengan renungan yang dilemparkan.

Akhirnya Kim saem menyuruh mereka semua beratur dan pulang ke kelas masing-masing untuk meneruskan pelajaran.

Jaebum mencuit Mark. Mark berpaling lalu membuat muka rimas.

“ Kau tak rasa ke pengetua baru tu pelik? ”

“ Apa yang peliknya? ”

“ Yelah dengan muka macam telan seguni asam jawa pastu ditenungnya kita macam nak makan! ”

“ Alahh rabun kot. Dia try nak tengok mukan sensorang jelas² kot. Biasa ah orang tua enn. ”

Sebetulnya Mark turut merasakan apa yang Jaebum rasakan. Ini kerana dia memerhati yang Hyunjong seolah mencari seseorang, dan akhirnya dia melihat mata tua lelaki itu berhenti pada Park Jinyoung. Namun segala syak ditepis jauh-jauh. Andai Jinyoung tidak membuka cerita, dia sendiri takkan bertanya.

“ Ye eh? ”

“ Teori okay, teori.. ”

“ Ish– ”

“ BERSEMBANG APA LAGI?! KAU NAK AKU GANTUNG MULUT KAU KAT TIANG BENDERA HAH?! NAK?! ”

“ HALAMAK ENGKO SETAKAT SETIAUSAHA PENGAWAS PUN BATAK NAK KECOH AH! NAK MASUK KELAS AH NI! ”

Jaebum mengheret Mark ke kelas sambil berlawan mata pelajar lelaki yang juga merupakan setiausaha pengawas sekolah. Tu pun riak nak mampus. Gila kuasa memgalahkan ketua pelajar pulak tu 😒

계속 ❀

Death Highschool 「와」 Endless RevengeWhere stories live. Discover now